Jumlah Pengunjung

Friday 13 May 2016

BELIA PEMANGKIN UMMAH !!!



Islam adalah agama yang sangat memuliakan para pemuda dan belia. Al-Quran juga banyak menceritakan kisah perjuangan para Nabi dan Rasul yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda dan belia. Ibnu Abbas RA pernah berkata :

“Tidak ada seorang Nabi pun yang diutus ALLAH, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak ada seorang ‘Alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda.”

“BELIA PEMANGKIN UMMAH” begitulah nama tajuk yang telah dipilih sebagai pembuka tirai program “MALAM BELIA BERSELAWAT” pada malam ini bersemperna HARI BELIA NEGARA yang sedang berlangsung selama tiga hari di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR.

Sebuah program yang telah dikendali dan diacarakan oleh Presiden Majlis Belia Negeri Perak, 'Saudara Hasnul Fairuz' telah mengupas sedikit tentang kepentingan Belia sebagai pemangkin Ummah. Alhamdulillah, program dengan tajuk begini amatlah bersesuaian untuk majlis yang besar dan julung-julung kali diadakan di Universiti Putra Malaysia ini. 

Ceramah yang telah disampaikan oleh “Ustaz Khu Shairi Ar Rantawi” dari rantau Negeri Sembilan banyak memberi nasihat untuk belia-belia masa kini agar dapat memimpin sesebuah organisasi mengikut peredaran zaman moden, yang semakin mencabar.

Dan sesungguhnya, Negara amat mendambakan munculnya lebih ramai generasi belia Malaysia yang memiliki kekuatan sama seperti yang pernah dilahirkan dalam sejarah ketamadunan umat islam. Generasi belia yang memiliki kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi, luas penguasaan ilmu serta berkeupayaan untuk memimpin anggota masyarakat. Dengan memiliki elemen-elemen ini, belia juga diharap dapat memainkan peranan sebagai pemangkin kepada agenda transfomasi Negara dan ummah.


Dengan berakhirnya Tazkirah Perdana pada malam ini, diharap belia-belia yang telah hadir dapat menggunakan ilmu yang telah diberi oleh Ustaz Khu Shairi Ar Rantawi agar dapat meneruskanperjuangan memimpin dari generasi pemimpin yang terdahulu.















No comments:

Post a Comment

Member BSK