Jumlah Pengunjung

Thursday 27 April 2017

RUMAH MELAYU KENA RIBUT DAP IPOH TIMOR TERUS HILANGKAN DIRI!!!

Kakitangan Yayasan Bina Upaya diketuai oleh saudara Hairul Anwar selaku ketua Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Pemuda Ipoh Timor bergotong royong membersih dan membaiki rumah mangsa.

Ribut melanda secara mengejut baru-baru ini di sebuah Kampung Melayu Kg. Seri Keramat. Alhamdulillah tiada kemalangan yang serius menimpa kepada penduduk kampung tersebut. Walau bagaimana pun, akibat dari hujan ribut petir dan angin yang kuat melanda kampung tersebut, sebuah rumah telah ditimpa pokok dan telah mengakibatkan kerosakan yang amat serius.

Ok la, bukan pasal kisah bagaimana kejadian yang telah berlaku hendak aku ceritakan disini, yang aku fokus hendak ceritakan disini adalah siapa pemimpin yang dahulu sampai ke tempat kejadian dan apa bantuan sumbangan yang mereka akan berikan kepada mangsa.

Seperti sedia maklum, Kampung Seri Keramat merupakan sebuah kampung yang terletak dibawah Parlimen Ipoh Timor yang telah dimenangi oleh Parti DAP. Pilihan Raya ke 13 yang lalu memang Barisan Nasional kalah besar di Palimen ini kerana majoritinya adalah dari kalangan pengundi berbangsa Cina.

Tak kisah la, menang besar ke menang kecil ke yang penting bila terjadinya kejadian begini mana perginya ahli parlimen DAP Ipoh Timor tersebut? Mengapa pemimpin DAP hanya datang melawat kampung Melayu bila tiba setiap kali pilihan raya sahaja?

Sebenarnya sifat pemimpin DAP yang hanya hadir bila tiba musim pilihanraya telah kerap berlaku, aku juga akui memang bangsa melayu senang ditipu oleh janji-janji manis cilaka DAP ini. Biarlah, perkara dah berlalu pon, dan aku harap bangsaku MELAYU akan sedar sikap dan taktik penipuan mereka selepas ini.

Contoh dapat aku berikan pada artikel aku yang lalu tentang sikap dan penipuan DAP kepada penduduk kampung Sri Kinta baru-baru ini (klik sini untuk rujukan). Janji DAP yang mahu beri Rm5000 untuk baik pulih rumah juga hingga kini tidak ditunaikan, kalau korang tak percaya korang boleh masuk Kg. Sri Kinta Jalan 5 untuk tanya sendiri pada makcik dan anak beranaknya yang baru kena kencing dengan pemimpin DAP Ipoh Timor. Strategi DAP tiap kali datang melawat kampung Melayu bila musim pilihanraya hampir tiba adalah dengan melawat dan bawa wartawan Sinar Harian (wartawan yang dibayar oleh DAP), sebabnya orang melayu paling ramai baca paper Sinar Harian sekarang.
Berita yang dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian sebelum ini dimana janji DAP ketika itu mahu memberi bantuan RM5,000.00 namun tidak ditunaikan sehingga kini. 

Maka bila keluar cerita DAP masuk kampung melayu mula la ada yang bangang menyalahkan UMNO kawasan tersebut kerana mengabaikan mangsa sehingga membiarkan pemimpin DAP yang datang memberi bantuan. Hakikat sebenar dan tanggungjawab siapa langsung diorang tak tahu, yang mereka tahu nak salahkan UMNO kawasan tersebut. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya Melayu hanya rajin baca tajuk cerita sahaja dan isi dalam cerita mereka langsung tidak endahkan.

Aku nasihatkan disini, rajin-rajin la mengkaji tentang wakil rakyat setiap kawasan sebelum kita nak menyalahkan UMNO sahaja.
Dah dekat pilihan raya semula baru datang masuk kampung melayu
Yang sepatutnya bertanggung jawab, tapi hilang selepas menang pilihanraya dan muncul semula bila tiba hampir pilihanraya untuk tahun ini. 

Ok la, idea aku malam ni tak berapa nak cun untuk menulis, mungkin agak melalut sikit susunan cerita, namun aku harap korang dapat faham cerita yang aku cuba sampaikan dalam artikel ini tentang tanggungjawab sepatutnya dipikul oleh pemimpin parti mana bila bencana alam atau bantuan diperlukan oleh penduduk kawasan. Jangan teruk sangat jadi bangang beranggapan semuanya tanggung jawab UMNO sampai DAP duduk main mahjong goyang telor bersama persatuan cina mereka.

Semoga bertemu lagi pada artikel akan datang dan sekiranya ada sebarang berita atau nak cerita boleh tinggalkan pada komen dibawah..

Dan satu lagi, kalau korang nak tahu sapa yang tolong keluarga mangsa rumah tersebut korang baca kat bawah la.. Artikel dari Suara Perak.

UMNO Ipoh Timor pantas hadir memberikan bantuan. 

Saudara Hairul Anwar mendengar luahan hati mangsa. 

Memikir mencari dan memberikan bantuan yang sepatutnya. 

Berbincang bersama Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor saudara Basri, Datuk Hariri dan pemuda UMNO Ipoh Timor untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa. 

IPOH: Prihatin dengan kesulitan yang dialami sekeluarga mangsa pokok tumbang di Kg Seri Keramat, Pasir Puteh, Yayasan Bina Upaya (YBU) membantu mengemas rumah berkenaan dan memindahkan mangsa ke rumah yang lebih selamat.

Seramai 25 kakitangan dan sukarelawan YBU yang diketuai sendiri Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohamed Noor melaksanakan kerja-kerja pembersihan mulai jam 11 pagi.

Turut hadir sukarelawan daripada Persatuan Budak Bus Stand (Big Bro) yang diketuai Presidennya, Amiruddin Mohd Daud.

Wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut hadir untuk menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa, Sariah Din, 68.



Ketika menceritakan kejadian kira-kira jam 4.30 petang Selasa lalu, Sariah berkata, ketika itu dia tinggal bertiga di rumah bersama suami, Abd Jamal Badarudin, 73, dan anak istimewanya, Azlan Alfikin, 28.

“Ketika hujan lebat dengan kilat dan ribut, anak makcik sedang membasuh pinggan di dapur manakala suami sedang berbaring di katil tengah kerana dia tidak sihat.

“Apabila ribut bertambah kuat, makcik segera memeluk anak dan suami, membawa mereka ke depan rumah sambil meminta suami azan.

“Makcik nampak macam puting beliung dan terdengar atap zing berbunyi kuat dan diikuti pokok tumbang menghempap rumah,” katany kepada Suara Perak.

Sariah bagaimanapun bersyukur kerana tidak ada sesiapa yang cedera di dalam kejadian itu.

Sementara itu, Hairul memberitahu, keluarga tersebut akan dipindahkan ke sebuah homestay di Taman Temara dekat sini sementara menunggu unit Flat SUK, Station 18 siap dengan bekalan air dan elektrik yang dijangka dalam tempoh seminggu.

No comments:

Post a Comment

Member BSK