Jumlah Pengunjung

Monday 23 April 2018

CALON MELAYU DAP TEBING TINGGI PERTAHANKAN MURTAD???


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK