Jumlah Pengunjung

Sunday 29 April 2018

NIZAR CALON PKR SUNGAI RAPAT KAKI FITNAH !!!


Nizar Jamaluddin yang merupakan calon N.44 Sungai Rapat sepatutnya berterima kasih kepada Dato Seri Najib Razak kerana telah memaafkannya dari di penjara 2 tahun atau pun denda pada tahun 2015 yang lalu. Kes tersebut berlaku pada tahun 2012 (BOLEH RUJUK DISINI) semasa nizar berceramah di Taman Desa Pakatan Ipoh. Bayangkan sekiranya Dato Seri Najib tidak menerima permohonan maafnya ketika itu ? Sudah pastinya nizar tidak layak sekarang bertanding di Dun Sungai Rapat.

Nizar sememangnya pandai berceramah memaki hamun pemimpin Barisan Nasional dalam ceramahnya untuk memberi pendengar dan penonton ketawa riang sambil meyakinkan rakyat kononnya apa yang diungkapkan olehnya semuanya adalah benar belaka.

Dalam misi Nizar untuk memenangi Kerusi Dun Sungai Rapat, mungkin Nizar terlupa bahawasanya dia adalah calon yang telah melompat sebanyak 3 kali pada setiap PRU yang bermula dari PRU12 (Pasir Panjang) PRU13 (Changkat Jering) dan kali ini PRU14 di Dun Sungai Rapat.

Dalam survey penulis kepada ramai pengundi Sungai Rapat, ramai memberikan komen bahawasanya pada kali ini mereka tidak mahu memberi kepercayaan kepada nizar, kerana contohnya mereka telah nampak bila nizar meninggalkan kawasan yang dimenanginya tanpa rasa bertanggungjawab, mereka tidak mahu nasib mereka menjadi seperti nasib penduduk Rantau Panjang dan nasib penduduk Changkat Jering.

Mereka lebih berkeyakinan dengan Calon dari Parti Barisan Nasional Datuk Hamzah Kasim, kerana Datuk Hamzah sememangnya penduduk Dun Sungai Rapat dan Datuk Hamzah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gopeng. Sudah pastilah Datuk Hamzah akan membela dan membangunkan kawasan mereka dan jasa-jasa Datuk Hamzah telah terbukti sebelum ini lagi walaupun Datuk Hamzah selama ini bukanlah ADUN Sungai Rapat sebelum ini. Dan pada PRU14 ini, apabila Datuk Hamzah menawarkan diri untuk bertanding, penduduk sungai rapat amatlah berbesar hati dan amat gembira dengan pencalonannya.

Mereka berharap, pada PRU kali ini Datuk Hamzah dapat mengalahkan Nizar dengan majoriti yang amat besar sebagai peringatan kepadanya agar bertanggungjawab bila memegang amanah yang telah diberikan rakyat setiap tempat.







No comments:

Post a Comment

Member BSK