Jumlah Pengunjung

Tuesday, 5 November 2013

PERGADUHAN DUA PENYOKONG PARTI DI SUNGAI LIMAU SEMALAM !!!



Hari mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap (SKSD) bertukar kecoh apabila berlaku provokasi dan ketidakpuasan di antara penyokong Pas dan BN.

Difahamkan, insiden yang berlaku seawal jam 8 pagi itu adalah berpunca daripada kewujudan satu khemah milik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan oleh petugas BN.


Tinjauan mendapati Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian kira-kira jam 11 pagi untuk mengawal situasi daripada semakin tegang.


Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian, insiden tersebut menjadi semakin teruk apabila terdapat penyokong di kedua-dua parti cuba untuk bertumbuk.


Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu berkata, insiden itu berlaku disebabkan oleh ketidakpuasan pihak tertentu yang mempertikai mengenai kewujudan satu khemah yang dipercayai milik SPR.


“Khemah apa saya tidak tahu, tapi ini di bawah bidang kuasa SPR. Jadi, kedua-dua pihak telah pun berunding supaya berada di luar daripada khemah itu.


“Tiada perkara tidak diingini berlaku kerana kita berjaya meleraikan pertelingkahan itu dengan cepat. Kedua-dua parti bersetuju untuk berada di sebelah kiri sekolah bagi Pas dan BN di sebelah kanan sekolah,” katanya.


 

Ismail berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu sekiranya ada pihak yang membuat aduan dan laporan kepada pihak polis.


“Kita tengoklah kalau SPR mahu ambil tindakan, kita akan menyiasat. Sekiranya ada mana-mana parti yang buat laporan polis juga kita akan siasat,” katanya.


Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli ketika ditemui berkata, insiden tersebut dapat dikawal.


“Perkara ini adalah berpunca daripada ketidakpatuhan keputusan-keputusan yang dibuat secara bersama di antara Pas dan BN bersama pihak berkuasa SPR yang diwakili oleh Pegawai Daerah Yan. Keputusannya adalah untuk tidak mengadakan khemah di tempat mengundi.


“Jadi, apabila berlaku juga perkara itu, maka tercetusnya ketidakpuasan. Di mana satu pihak akur dan satu pihak tidak akur. Kita meminta supaya SPR dan SPRM dapat menyelesaikan perkara ini,” katanya.


Tambahnya, pihaknya juga tidak akan membuat laporan polis berhubung perkara itu kerana satu penyelesaian harmoni di antara kedua-dua belah pihak telah berjaya di capai dan dapat dilaksanakan.


Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.



2 comments:

  1. Assalamualaikum Bro,

    Mohon linkkan Blog saya. Selamat Berjuang. Terima kasih.

    nakhodakuale.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. w'salam.. mohon linkkan blog sy juga..

    ReplyDelete

Member BSK