Jumlah Pengunjung

Thursday, 2 January 2014

ABBY ABABI ANTARA PUKIMAK YANG TERLIBAT !!!



Polis akan mengumpul bukti dan keterangan saksi berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.
 
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, sehubungan itu beliau menyeru semua pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis.
"Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas perundangan dan sekarang bukti dan keterangan sedang dikumpul untuk disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Pada 11.30 malam tadi, perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang di Kompleks Dayabumi, yang terletak tidak jauh dari kawasan perhimpunan haram itu.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). - BERNAMA





No comments:

Post a comment

Member BSK