Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

SUDAH JELAS PKR DAN DAP YANG DULU KENCING PAS !!!





Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.

Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.

"Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.
"Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.
Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.

"Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.

Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang.
"Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.

Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.
Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.

Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.

"Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.







Saturday, 16 August 2014

KRISIS SELANGOR... DAP GELAR PAS SEBAGAI MUNAFIK !!!



Memang makin panas sekarang ni, semuanya gara-gara kegilaan tiga parti yang mengaku bergabung tetapi tidak berani mendaftarkan diri sebagai satu ikatan parti yang sah. Akibat dari kebodohan tiga parti ini yang kononnya membuat tindakan yang bijak maka terjadilah perebutan kerusi menteri besar selangor. Ikuti cerita terbaru gelaran munafik yang telah diberikan DAP kepada PAS.



Omak oiiii, dah pandai cina DAP menjatuhkan hukum fatwa MUNAFIK kepada PAS.

Nampak gayanya berjayalah PAS dengan proses tarbiyah dan tahaluf siyasi mereka dengan puak-puak DAP ini.

Sekali DAP maki PAS... dia guna bahasa Arab dahhh...

Adakah ahli-ahli jemaah PAS tak pedih telinga dan tersentuh hati bila dituduh munafik oleh ahli DAP kapir harbi ni?

Bukankah lebih sopan... kalau ya pun munafik boleh digantikan dengan perkataan hipokrit?

Tapi munafik...huh tentu ahli-ahli jemaah PAS tahu hukuman yang bakal mereka terima jika menjadi munafik.

Yang keluarkan fatwa munafik tu adalah rakan politik mereka sendiri. 

Kalau Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Hadi Awang sendiri yang keluarkan fatwa itu pada ahli-ahli jemaah PAS, sudah tentu berderai air mata ahli-ahli itu memohon ampun dari Tok-Tok Guru.

Tetapi apabila seorang kafir harbi yang mengeluarkan perkataan munafik pada seorang muslimah PAS merangkap Exco PAS yang setia pada jemaah ini, adakah jemaah-jemaah PAS yang lain mahu menangis meratapi cercaan tersebut?

Kesian maruah seorang muslimah AS dihina sebegitu rupa...

Kini Allah dah buka peluang kepada PAS memerintah sebuah negeri yang kaya dengan rahmat dan nikmat terbentang di depan mata, namun ternyata masih ada puak-puak dalam PAS yang masih buta kerana mahu berkongsi kuasa dengan puak-puak kafir harbi DAP dan liberalis songsang PKR? 

PAS boleh perintah Kelantan 24 tahun tanpa sekor pun ahli DAP (dan PKR) yang menjadi ADUN, MP apatah lagi Exco. Boleh jer...

Namun apabila dimunafikkan oleh DAP, adakah PAS mahu diam lagi?

Unit Amal PAS...korang senyap kerana mabuk KETUM kah?
 





Saturday, 22 June 2013

MENTERI BESAR SELANGOR MIMPI PEREMPUAN TELANJANG !!!

Khe khe khe...  itu la menteri besar selangor, tak pernah di buat dalam sejarah malaysia bila seorang menteri besar tidur semasa sidang media. Nak buat macamanakan, benda dah jadi, memang jadi bahan gelak orang ramai la... wakakawakka... Aku rasa tak lama lagi ini tandanya nak ada pilihanraya kecil, kt mana tu entah la... nasib baik la aku ni penyokong BARISAN NASIONAL.. kalau tidak malu aku nak menyokong pembangkang... Apa2 pon korang layan la video kt bawah ni... khekhekeh...



Saturday, 23 March 2013

KHALID IBRAHIM JATUH TERGOLEK DI DEPAN PEJABAT SUK SELANGOR !!!




Khalid Nak Bubar DUN Selangor Lepas Parlimen Pulak…
Satu persatu tindakan bodoh yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, sewaktu kaum Cina sedang gembira menyambut sambutan Tahun Baru Cina, Khalid memberitahu akan mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal dari Parlimen.

Kata Khalid, beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu pembubaran itu.
Paling cepat akan dilakukan oleh Khalid adalah membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei, 15 hari selepas Tahun Baru Cina.
Selidik punya selidik, Khalid sebenarnya masih belum mengadakan sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ‘terhormat’ PR untuk menentukan tarikh pembubaran.

Padahal, sambutan Chap Goh Mei sudah semakin dekat.
Dalam isu itu, Khalid memperlihatkan dirinya tidak sabar untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dari kerajaan Perseketuan.
Cubaan Khalid itu dilihat seperti mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan pembubaran Parlimen dan terus mengisytiharkan tarikh PRU13.

Ditambah dengan cara terdesak yang dilakukan oleh beliau, Khalid menggunakan nama rakyat Selangor sebagai senjata ugutan kepada Najib.
Khalid sering kali memberitahu kepada umum, rakyat di Selangor sudah tidak sabar untuk menunggu PRU13 berlangsung serta tidak sabar untuk mengundi menentukan pemerintah ‘baru’ di Malaysia.

Kalau difikirkan secara logik, hakikatnya, Khalid sebenarnya takut untuk berdepan dengan kebenaran di mana semakin lama tarikh pembubaran Parlimen, semakin banyak tembelangnya akan pecah. Jadi, rakyat Selangor yang menjadi mangsa walhal sudah satu penggal Khalid mempergunakan rakyat di negeri itu.

Yang terkini, Khalid bercakap lain pula. Kalau di awal-awal beliau terlalu terdesak dan gelojoh untuk membubarkan DUN Selangor, sekarang dia hanya akan membubarkan DUN Selangor selepas Parlimen dibubarkan. Kenapa?
Nampak jelas, Khalid tidak mempunyai pendirian yang tetap dan tegas dalam kuasa pemerintahannya. Sekejap sangat dia mudah untuk mengubah kata-kata yang diungkapkan sebelum ini.

Selepas perasmian Seminar of New Approaches on Development on Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor, Khalid mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Tarikh pembubaran itu akan berlaku jika Kerajaan Persekutuan umumkan pembubaran, kalau Kerajaan Persekutuan bubar parlimen esok, jadi kerajaan negeri akan bincang untuk buat keputusan sama ada bersama Kerajaan Persekutuan atau tidak,” kata Khalid.

Itulah kenyataan Khalid. Katanya mahu membubarkan sama dengan Parlimen, tapi, makna sebenar kenyataannya itu adalah lebih lambat dari Parlimen. Persoalannya, apakah permainan yang cuba dilakukan oleh Khalid? Semakin takut?
Kalau isu ini Khalid tidak mempunyai pendirian yang tegas, macam mana nak menentukan hala tuju kerajaan negeri Selangor jika diberi mandat lagi untuk mentadbir sebagai Menteri Besar.

Benarlah, Khalid memang suka putar-belitkan keadaan. Permulaannya mengatakan DUN Selangor mahu dibubarkan awal disebabkan rakyat Selangor sudah tidak sabar untuk menantikan PRU13, apakah alasan kali ini untuk melewatkan pembubaran DUN Selangor dari Parlimen? Sebab rakyat jugakah?
Tidak mustahillah kalau dalam Manifesto 2008 Khalid memberitahu itu adalah janji dan apabila hampir dekat dengan PRU13, Khalid mengubah kata-katanya dengan mengatakan manifesto bukan janji.

Sememangnya Khalid tidak pernah tetap dengan pendiriannya, apatah lagi dalam usaha untuk mengotakan janji-janji kepada rakyat. Wahai rakyat Selangor, bukalah mata siapakah Khalid ini!





Tuesday, 5 February 2013

Air Khalid Ibrahim Terpancut-pancut !!!



Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang pagi tadi membuat keputusan yang adil dengan menolak permohonan Menteri Besar Selangor yang mahu membatalkan saman air  yang difailkan oleh 700 rakyat negeri Selangor.

Sambil menyifatkan mahkamah sudah memahami denyut nadi rakyat marhaen dalam isu air ini, pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, kini sudah dua kali Tan Sri Khalid Ibrahim kalah ditewaskan oleh gerakan rakyat.

“Sudah 2 – 0, dimenangi oleh rakyat. Minggu lalu Ibu tunggal menang, kali ini meter berpukal pula menang. Tahniah untuk gerakan Rakyat.

“GAPS akan terus menyokong tindakan rakyat yang mahu memfailkan saman lebih dari 30 janji Manifesto Pakatan PKR, DAP dan Pas dalam pilihanraya ke 12. Rakyat wajib mendapat pembelaan dan keadilan dari mana-mana parti yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari dalam manifesto mereka. Janji kena ditepati bukan dicapati,” ujarnya mengulas perkembangan terkini isu air yang berlaku di Selangor.

 
Tambahnya, isu air bukan isu politik, GAPS juga mendesak Menteri Besar segera meluluskan pembinaan Logi Langat 2 bagi memastikan krisis air Selangor boleh diselesaikan secepat mungkin.

“Insaflah Menteri Besar, janganlah menzalimi dan menginiaya rakyat marhaen. Rakyat perlukan air, rakyat sudahbosan dengan politiking kerajaan negeri.


“Keputusan mahkamah hari ini juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa kerajaan pakatan Selangor DAP, PKR dan Pas telah gagal. GAPS menuntut Khalid Ibrahim dan barisan EXCO nya agar dengan rasa hormat meletakkan jawatan. Rakyat sudah serik dan jelak ditipu oleh pembesar yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor


Saturday, 19 January 2013

MENTERI BESAR SELANGOR TERLEPAS CAKAP SOKONG BARISAN NASIONAL !!!


"Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya...dan saya
berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan
mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan
Undangan Negeri Ijok. Terima kasih," katanya sebelum mengakhiri
ceramah itu di Ladang Tuan Mee di Ijok yang merupakan kawasan
majoriti penduduk India. "

Kata-kata Abdul Khalid itu menimbulkan keriuhan dalam kalangan 150
 orang yang hadir kerana beliau "mempromosikan" lawannya pada pilihanraya itu.

Beberapa penyokong PKR yang menyedari perkara itu lantas melaung
 "Tan Sri tercakap salah, Tan Sri tercakap salah" kepada hadirin bagi
membetulkan kenyataan. Ini membuatkan hadirin terus ketawa
manakala penyokong BN, yang turut mengikuti ceramah itu, bertepuk tangan.





“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu
mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan
mengkhianatinya. “



Member BSK