KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur International (KLI) hotel bersama pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling akan bersama membantu menjayakan program sosial bersama golongan gelandangan.
Program ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kemelut kehidupan yang kian memberi tekanan terutamanya kepada golongan kurang berkemanpuan itu.
Menurut jemputan media yang dihantar, program tersebut bakal berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman yang akan mengagihkan pek makanan dan minuman yang dimasak sendiri oleh kakitangan hotel.
Program tersebut bakal dilaksanakan pada 10 Mei ini, Selasa bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. – SuaraTV
Dalam perkembangan lain, KLI Hotel juga akan menyediakan pakej sahur yang amat berpatutan pada bulan puasa nanti. Apa yang lebih menarik, KLI akan mengadakan pakej Sahur EURO 2016 serta pertandingan PES 2016 buat peminat bola di negara ini.
KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling, 16 bersyukur dapat meluangkan masa bersama peminatnya dalam satu majlis yang diadakan di ibukota, petang tadi.
Bekas naib juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012 itu berkata, gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan merekayang tidak pernah jemu untuk menyokong kerjaya muziknya sebelum ini.
“Saya begitu berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis yang diadakan ini kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan mereka semua.
“Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KLI yang begitu bermurah hati untuk menaja majlis perjumpaan ini,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Program yang dihadiri sekitar 50 orang peminat itu ditaja oleh pihak hotel Kuala Lumpur International (KLI) yang turut bertindak sebagai penganjur majlis.
Menurut Wan Azlyn atau nama penuhnya Wan Azlyn Maashah, paling menarik pejumpaan yang diadakan itu begitu meriah apabila semua yang hadir begitu mesra seperti sebuah keluarga meskipun tiada pertalian darah.
“Rata-rata yang hadir begitu ‘sporting’ malah mereka turut menyertai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
“Saya juga sedang merancangkan untuk mengadakan majlis perjumpaan seperti ini di negeri kelahiran saya Kedah dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.
Selain cabutan nombor bertuah, para peminat Darling turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu dari single pertamanya berjudul Takkan Ada.
Sementara itu Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Siti Aishah Yahaya berkata, pihak KLI amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjayakan majlis tersebut.
Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz.
Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab. – (SUMBER)