Jumlah Pengunjung

Friday 22 July 2016

ARTIS MALAYSIA DITAHAN KES TIPU HARTANAH ???



Kontroversi dan sensasi tidak dapat lari dari dunia artis. Pun begitu, ada sesetengahnya tidak mampu menangani kehidupan sebagai artis yang penuh dugaan dan cabaran sehingga menyalahgunakan kedudukan sebagai "artis popular" untuk kepentingan peribadi dengan cara yang salah.
Seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan hartanah.

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu Adlin iaitu Emelda yang dihubungi tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.
SUMBER

No comments:

Post a Comment

Member BSK