Jumlah Pengunjung

Wednesday 26 October 2016

PEMBORONG RUGI BESAR KERAJAAN KEKALKAN HARGA MINYAK MASAK!!!


RAKYAT Malaysia boleh menarik nafas lega dengan pengumuman bahawa harga minyak masak kekal. Pengekalan harga tersebut diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Di sebalik kebimbangan orang ramai dan belian panik, kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak masak tetap kekal RM2.50 sekilogram.
Sebelum ini media pembangkang melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran. 

Bagaimanapun ia dinafikan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyatakan belum ada sebarang mengenai pemansuhan subsidi minyak masak dibuat ketika ini.


1 comment:

  1. "Di sebalik kebimbangan orang ramai dan belian panik, kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak masak tetap kekal RM2.50 sekilogram."

    maklumat kena lah betul dan tepat. hanya peket 1kg shj yg kekal.

    ReplyDelete

Member BSK