Jumlah Pengunjung

Friday 18 November 2016

TUN MAHATHIR KENCING PESERTA BERSIH 5 ESOK!!! #Bersih5 #Merah


Memali & Bersih 5, Kali Ini Mahathir Betul Betul Lari

Esok, 19 November, adalah ulang tahun ke 31 tahun tragedi berdarah Memali di Baling, Kedah.

Tragedi yang mengorbankan 14 orang itu berlaku semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketika kejadian, rakyat dimaklumkan bahawa Dr. Mahathir berada di China dan menyerahkan kepada timbalannya, Tun Musa Hitam untuk menyelesaikan perkara itu hingga menyebabkan Musa dipersalahkan kerana gagal mengawal pertumpahan darah.

Malah wujud spekulasi mendakwa Musa memberi arahan untuk menembak mati dua penduduk kampung itu.

Namun selepas memendam rasa selama 30 tahun, Musa akhirnya membongkarkan apa yang berlaku termasuk mengakui bahawa beliau sudah penat menjadi kambing hitam kepada peristiwa Memali.

Selepas hampir tiga dekad peristiwa itu berlaku, Musa mendedahkan bahawa Dr Mahathir sebenarnya berada di ibu negara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Akhirnya terbongkar bahawa pada hari kejadian, Musa bukanlah pemangku Perdana Menteri kerana Dr. Mahathir sebenarnya berada di dalam negara.

Ironinya, pada tarikh yang sama esok, perhimpunan haram Bersih 5 akan diadakan di Dataran Merdeka. Pada mulanya Dr. Mahathir menyatakan beliau akan menghadiri demonstrasi jalanan itu dan turut menggesa orang ramai turun bersama-sama ke jalanan, kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Namun tidak sampai 24 jam selepas menggesa rakyat turun ke jalanan, Dr. Mahathir memberitahu beliau tidak akan hadir Bersih 5 kerana berada di luar negara pada tempoh tersebut. Kali ini beliau dikatakan berada di negara Afrika.

Jika pada tragedi Memali dulu Mahathir sebenarnya berada di dalam negara, namun kali ini nampaknya beliau benar-benar melarikan diri.

Tatkala beliau dilihat sebagai ikon rakyat menentang kerajaan namun pada masa sama, tangan Dr. Mahathir dibasahi dengan darah Memali, yang berlaku ketika pemerintahannya.

Apatah lagi tragedi Memali itu merupakan kemuncak penentangan PAS terhadap penindasan Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilaksanakan pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.

ISA hanya dimansuhkan pada 15 September 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peristiwa Memali itu mengingatkan ramai terutama ahli-ahli PAS akan kezaliman yang dilakukan dan sehingga kini PAS masih menuntut Dr. Mahathir memohon maaf terhadap perkara berkenaan.

Beliau bertanggungjawab kerana ketika itu Dr. Mahathir adalah Perdana Menteri.

Justeru itu, kepada penyokong PAS (jika masih ada) yang menyokong perjuangan Dr. Mahathir ketika ini, ingatlah akan kezaliman yang dilakukan oleh beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Tulisan :
BB141, Jumaat
18 November 2016

No comments:

Post a Comment

Member BSK