Jumlah Pengunjung
Wednesday, 11 January 2017
KAKITANGAN BANK FITNAH WANITA BUTA TIPU JUAL TISU !!!
JOHOR BAHRU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) menafikan dakwaan kononnya menipu menjadi buta dengan menjual tisu seperti tersebar dalam laman sosial.
Noraslina Rajoni, 43, menghadapi masalah penglihatan tahap kedua sejak lahir dan mempunyai kad OKU bagi membuktikan keadaannya.
Mata kanannya buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.
Beliau mewarisi penyakit Allahyarham ibu bapanya, Rajuni @ Rajimin Moin, 70, dan Asiah Mahmod, 67, yang mempunyai masalah penglihatan.
Noraslina berkata, kecaman terhadapnya timbul selepas kakitangan bank memuat naik gambar di Facebook (FB) yang mendakwa beliau menipu orang ramai dengan menyamar sebagai buta dan menjual tisu.
"Memang saya masukkan wang RM14,000 ke dalam akaun milik saya di sebuah bank di Bandar Baru Uda, di sini, tapi bukan semuanya duit saya.
"Duit saya cuma RM3,000, selebihnya duit anak kedua saya yang juga menjual tisu serta duit beberapa kawan OKU yang lain.
"Mereka kerap menumpang menyimpan duit dalam akaun saya dan ini adalah hasil jualan kami selepas beberapa bulan.
"Kalau nak kata saya menipu buta itu memang fitnah kerana saya ada kad OKU sah.
"Saya buta dan saya tidak menipu orang ramai dengan meminta sedekah, sebaliknya menjual tisu yang dibeli dengan modal kira-kira RM500," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sejak beberapa tahun lalu, Noraslina membeli tisu secara pukal dan akan menambah stok sebelum kehabisan.
Beliau menyimpan hasil jualan dalam akaun berserta wang anak-anaknya dan ada masanya beberapa rakan OKU yang tidak mempunyai akaun bank, turut menumpang hasil jualan mereka.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan (PERKUM) Malaysia, Mohammad Faiz Asangku Abdullah, berkata pihaknya kesal dengan tindakan kakitangan bank berkenaan mengambil gambar dan mendedahkan butiran peribadi mangsa.
Katanya, pihaknya akan meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan bank berkenaan.
Baru-baru ini, gambar seorang wanita mengutip derma di Dataran Bandaraya dekat sini, dan memasukkan sejumlah wang tunai didakwa hasil kutipan meminta sedekah, menjadi viral di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan netizen.
#1MDB MAHADHIR NAK JADI MALAIKAT PILIH TETAMU ALLAH !!!
ALOR SETAR 9 Jan. – Kecewa, marah dan terguris. Tiga perkataan itu cukup untuk menggambarkan betapa terusiknya perasaan mereka yang berpeluang menunaikan haji melalui tajaan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) ekoran kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya ibadah mereka itu tidak mabrur.
Begitu pun rata-rata mereka menganggap Dr. Mahathir sudah tidak perlu dilayan kerana matlamatnya dalam mengeluarkan kenyataan ketika ini kebanyakannya hanyalah bermotifkan politik semata-mata.
Bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hamzah Adnan, 67, kenyataan Dr. Mahathir itu terlalu jauh menyimpang kerana beliau dilihat cuba membuat penilaian sendiri terhadap perkara yang menjadi hak Allah.
“Saya fikir beliau perlu lebih berhati-hati membuat kenyataan. Seruan menunaikan haji ini adalah satu anugerah Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.
“Saya sendiri contohnya bukan orang senang. Namun pada tahun 2014, ketika baru sahaja berkira-kira mahu mendaftar menunaikan haji bersama isteri, tiba-tiba, Allah pilih untuk ke sana atas tajaan 1MDB, maka adakah wajar untuk orang mempertikaikan hak Allah dalam menjemput saya ke sana dengan jalan begitu?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Hamzah, selaku bekas Perdana Menteri dan orang berusia, kenyataan dikeluarkan Dr. Mahathir itu adalah sesuatu yang amat tidak boleh diterima.
“Dahulu kita hormati pandangan dan visinya yang jauh. Tetapi hari ini selaku orang yang sentiasa mengikuti isu politik semasa, saya kecewa dengan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beliau,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penerima tajaan 1MDB ke Mekah, Jamil Ismail, 60, mengakui kata-kata bekas Perdana Menteri tersebut benar-benar mengguris perasaannya.
“Siapa kita manusia biasa ini hendak menilai mabrur atau tidak sesuatu amalan dilakukan? Apabila ada individu yang buat kenyataan begini, maka secara tidak langsung umum akan mempertikaikan pula tahap keimanannya kepada Allah.
“Kalau kita yakin dengan ketentuan dan kebijaksanaan Allah, bagaimana boleh kita pertikaikan seruan Allah kepada insan-insan terpilih yang menunaikan haji. Bagaimanapun bagi saya, usahlah kita bebankan hati dengan memikirkan perkara yang tidak sepatutnya kita fikir seperti melayan kenyataan sebegini,” katanya.
Dalam pada itu, seorang jemaah haji yang ditaja 1MDB tahun lalu, Abdul Rahim Zakaria, 65, menasihatkan Dr. Mahathir agar beristighfar dan menilai semula kata-katanya kerana dianggap telah membuatkan ramai jemaah haji berkecil hati.
“Ketentuan Allah ini kita kena terima. Kalau Tuhan hendak angkat parti baharunya itu untuk memerintah Malaysia, Tuhan akan beri juga tetapi tidak perlulah sampai tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegini.
“Kalau beliau hendak berpolitik, teruskanlah berpolitik tetapi jangan babitkan orang ramai dan rakyat yang membuat ibadat. Tak seronok rasanya. Bukan hendak menentang tetapi tidak kena dengan cara orang tua-tua sepertinya, tidak bolehlah cakap begitu,” kata Abdul Rahim.
Anak Perempuan Mahadir pengamal LGBT |
Anak Bongsu Perempuan Mahadhir Seorang Lesbian |
Anak Lelaki Mahadhir Seorang yang dalam senarai 10 terkaya dimalaysia |
Anak bongsu perempuan Mahadhir bebas dan bangga minum Arak |
Harta Anak Mahadhir |
Cucu Mahadhir anak kepada Mukhriz belum berumur 20 tahun tetapi sudah mampu memakai beg tangan berharga Rm400 ribu |
Anak angkat Mahadhir Seorang Gay dan bangga dengan pegangan hidupnya sekarang |
Subscribe to:
Posts (Atom)