Jumlah Pengunjung
Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts
Wednesday, 11 January 2017
KAKITANGAN BANK FITNAH WANITA BUTA TIPU JUAL TISU !!!
JOHOR BAHRU: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) menafikan dakwaan kononnya menipu menjadi buta dengan menjual tisu seperti tersebar dalam laman sosial.
Noraslina Rajoni, 43, menghadapi masalah penglihatan tahap kedua sejak lahir dan mempunyai kad OKU bagi membuktikan keadaannya.
Mata kanannya buta sepenuhnya manakala mata kirinya hanya boleh mengesan warna terang.
Beliau mewarisi penyakit Allahyarham ibu bapanya, Rajuni @ Rajimin Moin, 70, dan Asiah Mahmod, 67, yang mempunyai masalah penglihatan.
Noraslina berkata, kecaman terhadapnya timbul selepas kakitangan bank memuat naik gambar di Facebook (FB) yang mendakwa beliau menipu orang ramai dengan menyamar sebagai buta dan menjual tisu.
"Memang saya masukkan wang RM14,000 ke dalam akaun milik saya di sebuah bank di Bandar Baru Uda, di sini, tapi bukan semuanya duit saya.
"Duit saya cuma RM3,000, selebihnya duit anak kedua saya yang juga menjual tisu serta duit beberapa kawan OKU yang lain.
"Mereka kerap menumpang menyimpan duit dalam akaun saya dan ini adalah hasil jualan kami selepas beberapa bulan.
"Kalau nak kata saya menipu buta itu memang fitnah kerana saya ada kad OKU sah.
"Saya buta dan saya tidak menipu orang ramai dengan meminta sedekah, sebaliknya menjual tisu yang dibeli dengan modal kira-kira RM500," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sejak beberapa tahun lalu, Noraslina membeli tisu secara pukal dan akan menambah stok sebelum kehabisan.
Beliau menyimpan hasil jualan dalam akaun berserta wang anak-anaknya dan ada masanya beberapa rakan OKU yang tidak mempunyai akaun bank, turut menumpang hasil jualan mereka.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan (PERKUM) Malaysia, Mohammad Faiz Asangku Abdullah, berkata pihaknya kesal dengan tindakan kakitangan bank berkenaan mengambil gambar dan mendedahkan butiran peribadi mangsa.
Katanya, pihaknya akan meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan bank berkenaan.
Baru-baru ini, gambar seorang wanita mengutip derma di Dataran Bandaraya dekat sini, dan memasukkan sejumlah wang tunai didakwa hasil kutipan meminta sedekah, menjadi viral di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan netizen.
Tuesday, 16 February 2016
LELAKI FITNAH PDRM BUNUH AMIN BEYOND !!!
Bekas
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat terus mencabar kepimpinan
parti itu apabila tampil berkongsi pentas bersama pemimpin-pemimpin
Parti Amanah Negara (PAN) dalam ceramah umum yang diadakan di Mukim
Teluk Ketam, Pengkalan Chepa di sini, malam tadi. - See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/husam-terus-cabar-pas-1.190115#sthash.ra7LzRCi.dpuf

Pembunuhan Amin Beyond baru-baru ini memang sangat menggemparkan negara, kerana mangsa sebelum ini sangat lantang membela hak bangsa Melayu yang semakin ditindas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Namun begitu, arwah juga tidak terlepas dari tuduhan dan pelbagai cerita tidak betul mengenainya.. Terkini, seorang lelaki MOHD SHARIMAN SHAHRIR B. OMAR berani membuat komen yang terang-terang menuduh bahawasanya PDRM adalah punca pembunuhan Arwah Amin Beyond. Anda boleh melihat komen si bangsat ini disini..(KLIK SINI)
Harap pihak PDRM dapat bertindak terhadap lelaki ini yang seolah-olah tahu cerita segalanya..
![]() |
| Antara status miliknya yang amat marahkan PDRM sebelum ini.. |
Tuesday, 26 January 2016
JAWAPAN TABUNG HAJI TERHADAP FITNAH TERBARU !!!
PENJELASAN ISU SURAT YANG KONONNYA DARI ZETI KEPADA TABUNG HAJI
Dengan andaian bahawa isu kebocoran surat dari BNM kepada Tabung Haji adalah benar, berikut adalah beberapa fakta mengenainya :
1. BNM memandang berat terhadap aset TH pada September 2015 yang rendah berbanding nilai liabiliti (bermaksud deposit daripada pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.
Surat berkenaan adalah untuk menyatakan kebimbangan BNM terhadap TH dan keperluan kepada TH untuk meningkatkan rizab mereka serta memperkasakan pengurusan risiko mereka.Ia bukanlah surat yang bertujuan untuk menghukum TH.
2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna bahawa aset mereka hanyalah sebanyak RM 56.72 bilion manakala nilai deposit yang perlu ditampung ialah RM57.9 bilion – menunjukkan terdapatnya kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.
3) BNM menyatakan bahawa punca bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, Tabung Haji telah menghabiskan margin rizab mereka dengan membayar dividen dan bonus lebih tinggi daripada keuntungan bagi tahun tersebut - iaitu membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan mereka.
Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang namun sebaliknya ia telah digunakan untuk membayar balik pendeposit dengan nilai yang tinggi.
4) Besar kemungkinan nilai aset pada September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak termasuk dalam penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran – terutamanya hartanah asing.
Menurut peraturannya, TH melabur sebanyak 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah, dan lebihan 10% lagi dalam pasaran wang.
Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat namun TH tetap membuat pelaburan secara besar-besaran dalam sektor hartanah di luar negara.
Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, baru-baru ini TH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membuat pulangan sebanyak 200% ke atas pelaburan hartanah di UK.
TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.
Indeks Bursa pada akhir September adalah sebanyak 1600 mata namun pada akhir tahun 2015, ia ditutup sedikit rendah daripada 1700 mata - ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.
Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion - yang tertinggi direkodkan dalam tempoh 14 tahun.
Oleh itu, untuk membayar dividen sebanyak 8% dan bonus pada kadar yang sama serta menampung kejatuhan nilai pada bulan September, TH perlu meningkatkan nilainya dari bulan September-Disember 2015 pada nilai sekitar RM4.6 bilion - atau kira-kira 8% peningkatan dari aset pada bulan September yang bernilai RM56. 72 bilion – dimana ianya adalah tidak mustahil.
Walau bagaimanapun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya pendeposit tidak mengalami kerugian.
Tetapi, berdasarkan situasi keseluruhan ekonomi yang lemah pada tahun 2015, untuk menjangkakan nilai dividen sebanyak 8% dilihat sangat optimis.
Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan yang lepas iaitu pada tahun 2008-2009, nilai dividen hanya 5% manakala pada tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.
Bagaimanapun, Pengerusi TH telah mengeluarkan kenyataan bahawa TH tidak mempunyai sebarang masalah untuk memperolehi keuntungan dan membayar dividen untuk tahun lepas serta mereka sedang menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi, mari kita tunggu.

Untuk mengelak dari mempercayai setiap fitnah terhadap Tabung Haji Sila Klik dan RUJUK DISINI..
Monday, 10 February 2014
NIK AZIZ SUBAHAT HINA UMAT ISLAM BERSOLAT !!!
Cerita terkini yang berlaku di negeri kedah, satu program Kedah Berselawat telah mendapat kritikan dan fitnah dari page Nik Aziz yang merupakan Musridul Am Parti PAS Malaysia. Yang aku peliknya kenapa Nik aziz boleh biarkan page beliau menfitnah hingga begini. Sudah beberapa kali page tersebut menfitnah sesama islam. Adakah mereka dari parti PAS berasa cemburu dan sakit hati bila program agama anjuran Mukhriz Mahathir ini mendapat sambutan seramai 40,000 kehadiran pada malam tersebut.
Inikah contoh sifat seorang muslim yang PAS agungkan selama ini? Beginikah sikap parti yang kononnya melaungkan memperjuangkan agama ALLAH ? Bagi aku, sikit demi sedikit ALLAH telah tunjukkan pada rakyat Malaysia penipuan demi penipuan yang PAS telah lakukan. Apakah nasib anak muda melayu selepas ini jika terus terpedaya dengan tipu helah dan busuk hati dari PAS.
Sama-sama kita berdoa agar umat islam yang selama ini menyokong perjuangan songsang PAS cepat sedar.

Gambar di atas adalah fitnah dari page Nik Aziz terhadap program Kedah Berselawat anjuran kerajaan negeri Kedah.
Gambar di bawah pula adalah kenyataan dari staff Yayasan Islam Negeri Kedah yang merupakan penganjur program tersebut.
Seramai 40,000 kehadiran telah di catatkan pada malam tersebut... Mungkin kehadiran yang ramai ini yang telah membuatkan PAS susah hati dan gundah gulana... Seseungguhnya Iblis amat membenci dengan program sebegini...
Thursday, 14 March 2013
Mahfuz Omar Terkejut Bukti Fitnah KBS & Hasan Ali Di Dedahkan Dalam MAHKAMAH !!!
Hasan menyaman Mahfuz berhubung kenyataannya yang mendakwa segala aktiviti dan jelajah ceramah Jati mendapat dana daripada tajaan syarikat-syarikat tertentu dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM30 juta.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menolak permohonan Mahfuz setelah mendapati anak guamnya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mempunyai kausa tindakan terhadap Mahfuz.
Menurut Hasnal, Mahfuz sebelum ini memohon untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan Hasan atas alasan plaintif tersebut tiada kuasa tindakan untuk mengemukakan saman terhadapnya.
Ini kerana Mahfuz mendakwa, kata-kata dalam sidang akhbar tersebut bukanlah libel (fitnah bertulis) sekiranya Hasan tidak menyaman pihak media yang menerbitkan pernyataan tersebut, kata Hasnal.
Justeru itu menurut Hasnal, Mahfuz yang diwakili peguam Saufi Putra berpendapat, Hasan tidak boleh menyamannya atas libel tersebut.
Selepas menolak permohonan Mahfuz, Hakim Nor Bee menetapkan perbicaraan kes saman itu didengar selama tiga hari bermula 28 Oktober depan.
Dalam saman yang difailkan pada 12 April tahun lalu, Hasan mendakwa, Mahfuz yang dinamakan sebagai defendan pada 2 Mac 2012 telah memanggil sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas di sini.
Dalam sidang akhbar tersebut, wartawan dan jurugambar portal berita dalam talian, KL Pos News Portal telah merakamkan audio visual sidang akhbar itu.
KL Pos News Portal kemudiannya menurut plaintif, telah menyunting dan memuat naik edisi rakaman tersebut ke laman web mereka dan juga di laman Youtube di Internet.
Ekoran daripada sidang akhbar tersebut, plaintif menyatakan, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan artikel bertajuk 'Pas dakwa KBS taja 2,000 ceramah Hasan Ali' pada 2 Mac 2012.
The Malaysian Insider pula pada hari yang sama telah menerbitkan artikel 'Pas dakwa KBS taja ceramah Hasan Ali untuk belia'.
Pengendali portal berita propembangkang Malaysiakini.com pula menyiarkan artikel, 'Mahfuz wants probe into ministry project for Hasan Ali' (Mahfuz desak siasatan ke atas projek kementerian untuk Hasan Ali).
Pernyataan itu bagi plaintif, dalam maksud semula jadi dan lazim antaranya membawa maksud, beliau merelakan dirinya dipergunakan sebagai perkakas dan alat untuk mencapai agenda politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Selain itu, menurut Hasan, perkataan tersebut membawa maksud beliau merelakan program-program yang dijalankannya dibiayai oleh dana yang didakwa diselewengkan sehingga menjejaskan reputasi, imej dan nama baik beliau.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta perintah injunksi.
Subscribe to:
Posts (Atom)