Jumlah Pengunjung

Showing posts with label tebing tinggi. Show all posts
Showing posts with label tebing tinggi. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

AZIZ BARI FITNAH UMNO IPOH TIMOR DAN ZAMBRY!!!


Aziz Bari calon Tebing Tinggi DAP yang akan bertanding memakai logo PKR mula berkempen cara terdesak dengan menyerang Pemimpin UMNO Ipoh Timor serta Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir kononnya pemimpin UMNO meminggirkan rakyat yang tinggal di bawah Parlimen Ipoh Timor. Mungkin tiada idea untuk mengulas dan menghangatkan diri sendiri di Dun Tebing Tinggi semperna PRU14 ini, Aziz Bari membuat komen terhadap pemimpin UMNO sebegitu.

Untuk pengetahuan Aziz Bari yang amat bangang, walaupun parlimen Ipoh Timor tidak dimenangi oleh pemimpin Barisan Nasional dari dahulu, pemimpin Barisan Nasional tetap tidak pernah meminggirkan rakyat dikawasan sana. Dun Tebing tinggi juga pernah dihadiri oleh Menteri Besar Perak dengan hanya menaiki basikal sebelum ini sambil meninjau masalah rakyat setempat dan memberikan bantuan serta baik pulih rumah yang telah usang.

Dato' Azian Haji Osman juga yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor, amat dikenali oleh penduduk Ipoh Timor kerana beliau amat kerap turun kawasan melihat masalah rakyat setempat berbanding pemimpin DAP Ipoh Timor yang langsung tak pernah nampak muka selepas pilihanraya. Berkata tentang pembangunan dalam kawasan Ipoh Timor, boleh dilihat sendiri kawasan-kawasan yang telah pemimpin Barisan Nasional bangunkan, antaranya Masjid-masjid baru telah dibina, masjid lama telah dinaik taraf, semua masjid telah dipasang penghawa dingin, dewan-dewan baru telah dibina, jalan raya, bantuan makanan berupa kotak bantuan dari YBU (Yayasan Bina Upaya) sentiasa diberikan kepada golongan sasar setiap bulan dan tak lupa juga bantuan perniagaan untuk yang berminat mahu menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Ok, kita berhenti seketika tentang sumbangan UMNO Ipoh Timor kepada rakyat setempat, sebab kalau nak bercerita tentang sumbangan Barisan Nasional Ipoh Timor disana sampai tahun depan pun aku tak habis menulis. Jom kita kenali siapa Aziz Bari mangkuk hayun ini yang tiba-tiba muncul mahu bertanding di Dun Tebing Tinggi dan sekarang seolahnya mahu menjadi Hero di Ipoh Timor (Phuiii...).

Aziz Bari sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan "Murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara." fahamkah anda maksud Aziz Bari yang berkata tentang murtad ini..?

Wahai kawan-kawan ku dan saudara mara ku, jangan pandang ringan dengan perkara murtad, kerana murtad ini amatlah berat kesalahannya disisi agama islam. Beginikah contoh pemimpin yang anda mahu berikan kepercayaan? Korang mahu bala dari ALLAH turun ke kawasan anda..? Nauzubillah..

Tolonglah sebarkan perkara ini kepada keluarga kita yang mengundi di Dun Tebing Tinggi dan Parlimen Ipoh Timor. Bukan aku mahu mereka cerita atau membuat fitnah, korang boleh rujuk berita ini disini (KLIK SINI)


Aziz Bari juga sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja dalam negara, mungkin dia mahukan semua kuasa Sultan dan Agung di hapus sekali gus mahu melenyapkan kuasa Raja-Raja melayu di Malaysia dan sememangnya itu memang agenda DAP dari dahulu hingga kini. 

Aziz Bari juga sebelum ini pernah bertanding di Parlimen Sabak Bernam melalui parti PKR (yang ketika itu dia merupakan ahli PKR) dan kalah disana. Namun selepas itu dia keluar dari PKR kerana kecewa kalah dalam Pilihanraya dan kalah dalam pemilihan PKR. Namun selepas itu Aziz beralih kepada parti DAP kerana dia merasakan parti DAP lebih telus dari parti PKR dan kini Aziz terpaksa bertanding di Dun Tebing Tinggi dengan menggunakan logo PKR. Tidak malukah Aziz Bari ini..? (Tiada pendirian)

Aziz Bari memang tersangat asing di Dun Tebing Tinggi dan kerana itulah Aziz Bari cuba mewujudkan satu isu yang boleh membuatkan pengundi Dun Tebing Tinggi mengetahui tentang kehadirannya yang mahu bertanding disini. Jadi pendapat aku, tak perlulah kita mempopularkan diri dia di Dun Tebing Tinggi dan hanya cukuplah kita jauhi diri kita dari mendengar ceramahnya. Jauhi diri kita dari calon sebegini, kerana calon sebegini sekiranya menang dia akan bersikap serupa dengan calon DAP Dun Tebing Tinggi sebelum ini yang hanya munculkan diri setiap kali menjelang pilihanraya sahaja.

Satu lagi nasihat aku pada anak muda di Dun Tebing Tinggi, apa yang dia beri kalau korang nak ambil contohnya seperti upah pasang bendera terpulanglah pada korang untuk terima. Aku juga faham korang nak juga merasa dan mencari duit tambahan semperna pilihanraya kali ini, ye la nak pasang bendera Barisan Nasional korang tak kenal siapa yang uruskan kan..? Lepas ni kalau nak kenal tu korang kenal-kenalkan lah diri korang.. Jangan kerana upah yang sedikit korang sanggup jadi hamba Aziz Bari tu huru harakan tempat kita hingga Aziz Bari tu rasa besar kepala. Korang dapat berapa ringgit setiap kali pasang? Yang DEAL pasang bendera dengan DAP Tebing Tinggi tu korang tahu dapat ke dapat berapa..? hahaha..

Jangan malukan diri kita pada mata orang tua di tempat kita, malulah pada diri sendiri bila suatu hari nanti kita akan di ingat sebagai petualang bangsa melayu yang menyokong DAP ditempat sendiri.. Jika benarlah DAP itu mahu memperjuangkan nasib kamu, kamu mintalah sekarang peluang kerja pada mereka dengan gaji yang mahal seperti laungan mereka dalam setiap ceramah mereka yang kononnya mahu meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga kita.

Semoga bersambung lagi cerita tentang Aziz Bari barua DAP ini..


Monday, 23 April 2018

CALON MELAYU DAP TEBING TINGGI PERTAHANKAN MURTAD???


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya.

Saturday, 27 January 2018

PEMIMPIN PKR BERTUMBUK HINA MELAYU BODOH SAKAI MASUK HUTAN!!!

Gambar hiasan

Insiden yang berlaku antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi tadi di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan tidak kurang hebatnya. Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.


Semuanya bermula apabila Azan menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu. Azan Ismail menyatakan, pebuatan Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR. Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan.

Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung. Berlakulah pertikaman lidah antara Lee Chean Chung. Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU. Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang. 'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan.

Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan. Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan Ismail.

Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca pergaduhan tersebut. Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya. Manakala sikap tidak boleh menerima teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.
(SUMBER

Thursday, 27 April 2017

RUMAH MELAYU KENA RIBUT DAP IPOH TIMOR TERUS HILANGKAN DIRI!!!

Kakitangan Yayasan Bina Upaya diketuai oleh saudara Hairul Anwar selaku ketua Pemuda UMNO Ipoh Timor dan Pemuda Ipoh Timor bergotong royong membersih dan membaiki rumah mangsa.

Ribut melanda secara mengejut baru-baru ini di sebuah Kampung Melayu Kg. Seri Keramat. Alhamdulillah tiada kemalangan yang serius menimpa kepada penduduk kampung tersebut. Walau bagaimana pun, akibat dari hujan ribut petir dan angin yang kuat melanda kampung tersebut, sebuah rumah telah ditimpa pokok dan telah mengakibatkan kerosakan yang amat serius.

Ok la, bukan pasal kisah bagaimana kejadian yang telah berlaku hendak aku ceritakan disini, yang aku fokus hendak ceritakan disini adalah siapa pemimpin yang dahulu sampai ke tempat kejadian dan apa bantuan sumbangan yang mereka akan berikan kepada mangsa.

Seperti sedia maklum, Kampung Seri Keramat merupakan sebuah kampung yang terletak dibawah Parlimen Ipoh Timor yang telah dimenangi oleh Parti DAP. Pilihan Raya ke 13 yang lalu memang Barisan Nasional kalah besar di Palimen ini kerana majoritinya adalah dari kalangan pengundi berbangsa Cina.

Tak kisah la, menang besar ke menang kecil ke yang penting bila terjadinya kejadian begini mana perginya ahli parlimen DAP Ipoh Timor tersebut? Mengapa pemimpin DAP hanya datang melawat kampung Melayu bila tiba setiap kali pilihan raya sahaja?

Sebenarnya sifat pemimpin DAP yang hanya hadir bila tiba musim pilihanraya telah kerap berlaku, aku juga akui memang bangsa melayu senang ditipu oleh janji-janji manis cilaka DAP ini. Biarlah, perkara dah berlalu pon, dan aku harap bangsaku MELAYU akan sedar sikap dan taktik penipuan mereka selepas ini.

Contoh dapat aku berikan pada artikel aku yang lalu tentang sikap dan penipuan DAP kepada penduduk kampung Sri Kinta baru-baru ini (klik sini untuk rujukan). Janji DAP yang mahu beri Rm5000 untuk baik pulih rumah juga hingga kini tidak ditunaikan, kalau korang tak percaya korang boleh masuk Kg. Sri Kinta Jalan 5 untuk tanya sendiri pada makcik dan anak beranaknya yang baru kena kencing dengan pemimpin DAP Ipoh Timor. Strategi DAP tiap kali datang melawat kampung Melayu bila musim pilihanraya hampir tiba adalah dengan melawat dan bawa wartawan Sinar Harian (wartawan yang dibayar oleh DAP), sebabnya orang melayu paling ramai baca paper Sinar Harian sekarang.
Berita yang dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian sebelum ini dimana janji DAP ketika itu mahu memberi bantuan RM5,000.00 namun tidak ditunaikan sehingga kini. 

Maka bila keluar cerita DAP masuk kampung melayu mula la ada yang bangang menyalahkan UMNO kawasan tersebut kerana mengabaikan mangsa sehingga membiarkan pemimpin DAP yang datang memberi bantuan. Hakikat sebenar dan tanggungjawab siapa langsung diorang tak tahu, yang mereka tahu nak salahkan UMNO kawasan tersebut. Sebab apa jadi begitu? Sebabnya Melayu hanya rajin baca tajuk cerita sahaja dan isi dalam cerita mereka langsung tidak endahkan.

Aku nasihatkan disini, rajin-rajin la mengkaji tentang wakil rakyat setiap kawasan sebelum kita nak menyalahkan UMNO sahaja.
Dah dekat pilihan raya semula baru datang masuk kampung melayu
Yang sepatutnya bertanggung jawab, tapi hilang selepas menang pilihanraya dan muncul semula bila tiba hampir pilihanraya untuk tahun ini. 

Ok la, idea aku malam ni tak berapa nak cun untuk menulis, mungkin agak melalut sikit susunan cerita, namun aku harap korang dapat faham cerita yang aku cuba sampaikan dalam artikel ini tentang tanggungjawab sepatutnya dipikul oleh pemimpin parti mana bila bencana alam atau bantuan diperlukan oleh penduduk kawasan. Jangan teruk sangat jadi bangang beranggapan semuanya tanggung jawab UMNO sampai DAP duduk main mahjong goyang telor bersama persatuan cina mereka.

Semoga bertemu lagi pada artikel akan datang dan sekiranya ada sebarang berita atau nak cerita boleh tinggalkan pada komen dibawah..

Dan satu lagi, kalau korang nak tahu sapa yang tolong keluarga mangsa rumah tersebut korang baca kat bawah la.. Artikel dari Suara Perak.

UMNO Ipoh Timor pantas hadir memberikan bantuan. 

Saudara Hairul Anwar mendengar luahan hati mangsa. 

Memikir mencari dan memberikan bantuan yang sepatutnya. 

Berbincang bersama Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Timor saudara Basri, Datuk Hariri dan pemuda UMNO Ipoh Timor untuk memberikan bantuan segera kepada mangsa. 

IPOH: Prihatin dengan kesulitan yang dialami sekeluarga mangsa pokok tumbang di Kg Seri Keramat, Pasir Puteh, Yayasan Bina Upaya (YBU) membantu mengemas rumah berkenaan dan memindahkan mangsa ke rumah yang lebih selamat.

Seramai 25 kakitangan dan sukarelawan YBU yang diketuai sendiri Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohamed Noor melaksanakan kerja-kerja pembersihan mulai jam 11 pagi.

Turut hadir sukarelawan daripada Persatuan Budak Bus Stand (Big Bro) yang diketuai Presidennya, Amiruddin Mohd Daud.

Wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut hadir untuk menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa, Sariah Din, 68.



Ketika menceritakan kejadian kira-kira jam 4.30 petang Selasa lalu, Sariah berkata, ketika itu dia tinggal bertiga di rumah bersama suami, Abd Jamal Badarudin, 73, dan anak istimewanya, Azlan Alfikin, 28.

“Ketika hujan lebat dengan kilat dan ribut, anak makcik sedang membasuh pinggan di dapur manakala suami sedang berbaring di katil tengah kerana dia tidak sihat.

“Apabila ribut bertambah kuat, makcik segera memeluk anak dan suami, membawa mereka ke depan rumah sambil meminta suami azan.

“Makcik nampak macam puting beliung dan terdengar atap zing berbunyi kuat dan diikuti pokok tumbang menghempap rumah,” katany kepada Suara Perak.

Sariah bagaimanapun bersyukur kerana tidak ada sesiapa yang cedera di dalam kejadian itu.

Sementara itu, Hairul memberitahu, keluarga tersebut akan dipindahkan ke sebuah homestay di Taman Temara dekat sini sementara menunggu unit Flat SUK, Station 18 siap dengan bekalan air dan elektrik yang dijangka dalam tempoh seminggu.

Thursday, 2 March 2017

TIPU UNTUK TAGIH SIMPATI PEMIMPIN !!!



Assalammualaikum, rasa diri aku terpanggil untuk menulis tentang kes penduduk Kg. Sri Kinta yang kononnya diabaikan Ketua Kampung, pemimpin UMNO Ipoh Timor dan Sri Kinta. 

Memang mula-mula aku malas nak ambik port bila dapat gambar dari Group Whatsapp keratan akhbar dari Sinar Harian Perak (rujuk sini) kedatangan pemimpin DAP kerumah makcik ni beri bantuan. Aku anggap biar la, sebab diorang bukan tahu cerita sebenar pon masalah keluarga tu walaupun dalam masa yang sama aku agak terkilan dalam penulisan artikel tersebut mengatakan makcik tu langsung tak pernah dapat bantuan dari pemimpin kampung. Yang aku agak tergelak sikit bila dalam masa yang sama dalam artikel tersebut tulis dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Nampak tak makcik tu cakap tak serupa bikin ?

Takpe la, bukan aku nak salahkan makcik tu 100% pun.. 

Bagi aku ok la DAP datang bagi bantuan, sebab memang tanggungjawab diorang pun.. Kg. Sri Kinta dibawah DUN Tebing Tinggi.. DUN Tebing Tinggi pula adalah diwakili oleh DAP.. (dah korang yang bangang undi DAP sebelum ni) Sejak DAP menang Pilihanraya 13 lalu pun baru ini la dia datang nak melawat bagi sikit bantuan.. lagi pun tak lama lagi nak pilihan raya balik kan...? bagi makcik tu sikit beras, minyak masak dan bawak wartawan Sinar (yg makan dua kolam tu) cukup la.. terus la pengundi-pengundi bangang percaya kononnya pemimpin DAP lebih perihatin dari pemimpin UMNO kawasan ni.. padahal sejak menang 4 tahun dulu tak pernah lawat dan bantu orang kampung pon.. bila sampai masa nak mengundi balik baru datang bawak bantuan bersama wartawan SINAR HARIAN (dua kolam).

Ok, berbalik pada tujuan cerita aku yang sebenar, aku terpanggil nak menulis cerita ni sebab nak menjawab satu status FB (sila rujuk sini) yang seolah-olah nak menyalahkan ketua kampung, pengerusi masjid dan nama aku terpalit sekali. Sedangkan hakikat sebenarnya orang yang punya Fb menulis tu pun langsung tak bantu apa-apa sedangkan rumah emak dia dekat juga dengan rumah makcik tu.



Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu tentang keluarga tu yang di gelar keluarga 69 dalam kampung.

(1) Suami makcik tu (telah meninggal dunia) pernah dipenjarakan kerana disabitkan kes rogol anak sendiri suatu masa dahulu.(Maaf aku tiada niat nak mengaibkan arwah)

(2) Anak perempuan makcik tu yang tinggal bersamanya mempunyai ramai anak yang berlainan bapa.

(3) Anak perempuan makcik tu setahu aku tak pernah kawin, sedar-sedar dah mengandung.

(4) Kebanyakan lelaki yang hamilkan anak makcik tu semuanya penagih dadah dan penjual dadah (korang boleh rujuk kes ini pada balai polis Pasir Putih Ipoh).

(5) Salah seorang anak perempuan tu adalah anak dari hasil hubungan haram dengan lelaki cina, juga merupakan seorang penjual dadah.

(6) Dua orang anak lelaki perempuan tersebut selalu ditangkap kerana mencuri duit tabung masjid, tabung surau jalan 1 Sri Kinta dan surau tengah sri kinta. (ini juga korang boleh rujuk dengan pengerusi surau-surau tersebut)

(7) Dibawah aku sertakan bukti video bagaimana cucu makcik ni mencuri duit tabung masjid Sri Kinta sewaktu jemaah masjid sedang mengerjakan solat jumaat. Korang nilai sendiri kepakaran budak ni mencuri.



Ulasan tentang kes kejadian dalam video diatas :

Polis Pasir Putih berjaya menahan dua budak tersebut dan menahan ibu budak tersebut kerana menurut keterangan dua budak tu mereka disuruh oleh ibu mereka berbuat demikian dan diberi upah seorang seringgit (RM1) sahaja.
Ibu budak tersebut ditahan dan diserahkan kepada AADK Kinta dan ujian air kencingnya POSITIF dadah jenis SYABU, di lepaskan dengan pantauan pihak AADK Kinta setiap bulan. (kes ini juga korang boleh tanya pada pegawai AADK Kinta)

(8) Rumah yang didiami mereka bukanlah milik mereka, tanah tersebut adalah milik bekas suami anak perempuan makcik tersebut (anak perempuannya yang lain pulak dan tinggal berasingan dengannya) kerana sebelum ini UMNO bahagian Ipoh Timor, Ketua Kampung Sri Kinta dan Penghulu Lahat pernah cuba mahu membantu untuk memberikan bantuan rumah baru atas tanah tersebut, namun bila makcik tersebut gagal menunjukkan bukti geran tanah tersebut milik mereka maka bantuan memang tak boleh diberikan. (bab ni korang kena berfikir secara waras, takkan nak buat rumah atas tanah orang, nanti dah siap tiba-tiba tuan tanah datang tuntut nak rumah tu sebab  dibina atas tanah miliknya).

(9) Makcik tu menipu kononnya mereka telah tinggal disitu selama 25 tahun.. mereka bukan penduduk asal Kg. Sri Kinta.

(10) Makcik dan anak perempuanya memang menggalakkan anak cucunya mencuri dalam kampung dan selalu merayap hingga pukul 3 pagi sekitar kampung. (ini juga korang boleh rujuk dengan cikgu sekolah KEMAS Kg. Sri Kinta tentang perilaku sebenar budak-budak ni).


Nak ceritakan semuanya memang panjang, silap-silap sampai tahun depan pun tak habis, cuma bagi aku dalam kes ni sepatutnya pihak Masjid Jamek Al-Dinniah Kg. Sri Kinta yang harus bertanggung jawab. Rumah Makcik tu pulak memang belakang rumah Pengerusi Masjid jer.. Korang fikir la, hingga kini duit tabung masjid sri kinta berjumlah RM50K (Lima Puluh ribu lebih). Nak buat apa dibiar duit banyak-banyak tu dalam akaun masjid ? Bukankah duit tu sumbangan orang ramai ? Orang bersedekah sebab nak pahala.. takkan duit masjid tu untuk buat pembangunan sahaja.. Kutipan jumaat untuk setiap kali jumaat paling kurang RM1500.00 ke atas.. sebulan kutipan duit tabung melebihi Lapan Ribu sebulan..

(Sedikit catatan kewangan masjid tahun 2016)

PENDAPATAN RM
Baki Dalam Bank (31/7/2016) 41413.25
Baki di tangan (31/7/2016) 1664.31
Kutipan Hari Jumaat 7415.00
Bayaran dari Jabatan Agama untuk Bilal dan Siak 1200.00

JUMLAH PENDAPATAN 51697.97
JUMLAH PERBELANJAAN 11511.00
Baki di Bank 38918.66
Baki di tangan 1268.31
Baki 31.8.2016 40186.97

Catatan kewangan masjid diatas tu korang fikir la sendiri..
Pernah AJK Masjid suarakan mahu setiap kematian dalam kariah masjid untuk keluarkan sedikit sumbangan, namun di bantah oleh Pengerusi Masjid atas alasannya nanti semua orang nak... (bodoh punya alasan.. macam la tiap-tiap hari orang mati dalam kawasan kariah Masjid tu..)

Bab pengurusan Masjid ni biar la buat masa ni aku ceritakan sikit sahaja.. aku nak tengok lepas ni kalau banyak bunyi tak puas hati apa yang aku tulis ni pengurusan Masjid boleh saman aku, dan lepas tu boleh la aku bogelkan semua terutama berkenaan dengan kontraktor yang satu-satunya sahaja dapat tender buat pembangunan masjid tu..(Lepas dia..dia..lepas dia..dia..lepas dia..dia...)

Ok la.. sebelum aku melalut bogel cerita yang bukan-bukan lagi baiklah aku berhenti disini dahulu, cuma aku sedikit terkilan bila nama aku juga terpalit seolah-olah aku yang bertanggung jawab semuanya atas kesusahan dan makan minum penduduk kampung. Yang lain boleh cakap dan komplen apa sahaja, tapi harus diingat, orang lain juga ada anak bini dan keluarga.. takkan 24 jam  hidup aku nak kena pantau masalah orang kampung jer... ( makcik dah makan.. makcik sihat.. makcik nak bantuan apa-apa tak..? )
Phuiii.... hahahaha... habis anak bini aku biar kebulor kat rumah...

Sampai setakat ini sahaja buat masa ni, sapa-sapa tak puas hati apa yang aku tulis ni boleh mai jumpa tumbuk muka aku.. korang ada tangan aku tangan.. korang makan nasi aku makan nasi...

ASSALAMMUALAIKUM......



(dibawah merupakan bukti gambar pemberian bantuan pada makcik tu.. gambar yang lain-lain aku tak jumpa buat masa ni..)








Member BSK