Jumlah Pengunjung

Friday 15 December 2017

NAJIB TERUS DESAK OIC SELAMATKAN BAITULMAQDIS UNTUK ISLAM PALESTINE!!!


Kesemua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bersatu untuk menolak pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel, sebaliknya kota suci itu perlu menjadi ibu negara Palestin, kata Perdana Menteri.

“Status muktamad Baitulmuqaddis tidak boleh diputuskan melalui pengiktirafan satu pihak kerana ia mesti diselesaikan menerusi rundingan pelbagai hala antara Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

“Langkah seumpama itu menjejaskan semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang komprehensiff, adil lagi berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Lebih-lebih lagi, masa depan penyelesaian dua negara itu tergantung dalam konteks ia mudah tergugat,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Al-Quds Al-Sharif (Baitulmuqaddis) di Istanbul, Turki hari ini.

Menurutnya, sebarang percubaan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis atau sebarang perubahan dalam sempadan sebelum 1967 adalah melanggar hak rakyat Palestin dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing. Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin,” kata Najib.

Tegas Najib , sebagai sebuah organisasi yang mewakili lebih 1.6 bilion umat Islam, OIC tidak boleh terus membisu dalam menghadapi perkembangan yang tidak adil.

“Kita mesti bekerjasama sebagai saudara Muslim seagama dan dengan komuniti antarabangsa, untuk memastikan kedudukan Al-Quds Al-Sharif dirundingkan dalam kerangka penyelesaian dua negara.

“Pada masa yang sama, kita harus berusaha untuk menghalang negara lain daripada mengikuti langkah yang sama mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara Israel,” kata beliau lagi.

Sidang kemuncak bertemakan ‘Tindakan Bersama dalam Semangat Perpaduan dengan Al-Quds’ diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan atas kapasiti beliau selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13 berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

Member BSK