Jumlah Pengunjung

Wednesday 2 May 2018

HAMZAH KASIM BANTU TIGA MASJID SUNGAI RAPAT !!!


Parlimen Gopeng menerima peruntukan khas berjumlah hampir RM9 juta bagi bina baru dan menaiktaraf masjid di tiga kawasan itu.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng yang merupakan calon N.44 Sungai Rapat Datuk Hamzah Kasim berkata, peruntukan berkenaan bagi bina baru masing-masing di Changkat Larang dan Seri Jaya, Batu Gajah sementara Masjid Sungai Rokam (naik taraf).

"Kerja-kerja bina dan naik taraf telah dimulakan di Masjid Sungai Rokam melibatkan peruntukan RM3.5 juta dan di Masjid Seri Jaya RM2.5 juta. Turut disediakan disitu adalah kemudahan dewan untuk pelaksanaan aktiviti masyarakat setempat, katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat di Masjid Al-Ahmadiah Kampung Changkat Larang, Lahat. Hadir sama, Pengerusi Masjid Mas Saud Md Isa.

Beliau berkata lagi, bagi Masjid Changkat Larang, kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini telah mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta.

Katanya, dana itu bagi meneruskan hasrat kariah untuk bina baharu masjid, selepas masjid sedia ada tidak mampu menampung jumlah jemaah terutamanya pada solat jumaat.

Masjid ini telah beberapa kali dinaik taraf, kedudukannya yang hampir dengan kawasan perkuburan dan rizab jalan telah menjadikan ruang semakin sempit. Sebab itu kariah berusaha mencari tapat baru dan Alhamdulillah ada insan yang mewakafkan tanahnya seluas hampir dua ekar bagi tujuan bina baru masjid ini dan lokasinya tidak jauh dari tapak asal.

No comments:

Post a Comment

Member BSK