Jumlah Pengunjung

Monday 10 December 2018

RUSUHAN KUIL : EMPAT LELAKI BELASAH MUHAMMAD ADIB DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN!!!


PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan empat suspek yang membelasah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, di pekarangan kuil Maha Mariamman , USJ, Subang Jaya, dibebaskan.

Majistret Nurshahirah Abd. Salim membenarkan dua daripadanya dibebaskan dengan bon mahkamah berjumlah RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua suspek diwakili peguam Sri Threren.

Semua suspek berusia lingkungan 21 hingga 24 direman bermula Jumaat lalu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang merupakan anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya patah tulang rusuk selepas dipercayai dibelasah kumpulan perusuh di pekarangan Kuil Maha Mariamman, USJ, Subang Jaya.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di kuil berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir terhadap lelaki itu tadi.

Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah). - K ONLINE!

2 comments:

  1. MEMOHON UNTUK PINJAMAN CEPAT DAN KESELAMATAN

    Adakah anda memerlukan pinjaman. Kami sah dan memberi jaminan pinjaman pemberi pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami meminjamkan dana kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan kepada anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari yang boleh dipercayai seperti Kami akan senang menawarkan pinjaman Anda Hubungi kami melalui E-mel: susan.credit@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

Member BSK