Jumlah Pengunjung

Showing posts with label #FBP13. Show all posts
Showing posts with label #FBP13. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

KECOH...PERGADUHAN DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!



Dalam kemeriahan sambutan Festival Belia Putrajaya 2013, penganjur turut menganjurkan aktiviti dan program yang ada seperti sambutan Hari Belia Negara tahun lepas. Antara aktivitinya adalah Muay Thai yang terdapat dalam segmen Fit and Fitness. Bertempat di hadapan Galeria dan di perkarangan jalan utama, gelanggang Muay Thai amat mudah untuk dikunjungi. Berlangsung selama 2 hari iaitu 25 dan 26 Mei pasti menjanjikan aksi-aksi dan pertarungan yang hebat.

Peserta yang terlibat terdiri dari yang amatur hinggalah yang bertaraf professional turut serta dalam pertarungan yang diadakan selama dua hari ini.



MENTERI BELIA DAN SUKAN LANGGAR MAT REMPIT !!!



Malam ketiga Festival Belia Putrajaya 2013 gempar dengan bunyi motosikal yang menyertai pertandingan Drag Race yang berlangsung di belakang Istana Kehakiman Putrajaya. Perlumbaan yang bermula sejak siang hari ketiga festival ini berlangsung, pada malamnya telah dilancarkan secara rasmi oleh YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Perjumbaan yang terbagi kepada beberapa kategori seperti 4 stroke, 2 stroke dan Terbuka ternyata menarik minat anak muda yang gemar dengan sukan lumba motorsikal. Drag Race ini adalah perlumbaan motorsikal yang mengunakan trek lurus dan kiraan masa bagi menentukan pemenang bagi setiap perlumbaan.

Pada malam perlancaran ini YB Khary Jamaluddin yang datang bersama isterinya Puan Nori Tun Abdullah turut melepaskan pelumba dan baca seterusnya...

Friday, 24 May 2013

APA TERJADI DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 !!!



Tanggal 15 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Belia Negara. Apakah signifikan kepada tarikh tersebut sehingga kerajaan Malaysia menjadikan setiap tahun pada tarikh itu untuk meraikan belia-belia negara? 15 Mei dipilih sebagai menghargai belia-belia negara dan sebagai satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap golongan yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Putrajaya dipilih sebagai lokasi utama bagi sambutan Hari Belia Negara kerana dipercayai pemimpin yang telah membangunkan Putrajaya harus dihargai dengan pengisian program-program yang bermanfaat dan menjadikan Putrajaya sebagai sebuah lokasi yang meriah, penuh dengan anak muda.

Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir dengan kemenangan berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional. Rakyat masih mempercayai kredibiliti pemimpin-pemimpin yang telah dipilih bagi meneruskan lagi transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Rakyat percaya dengan memilih mereka ini mampu menyelesaikan pelbagai perkara yang masih tertangguh dan rakyat berpegang kepada prinsip Aku Janji Barisan Nasional iaitu ‘Janji di Tepati’.
Bertitik-tolak dari pemilihan itu, golongan belia baca seterusnya...

Member BSK