Jumlah Pengunjung

Showing posts with label BALASUBRAMANIAM. Show all posts
Showing posts with label BALASUBRAMANIAM. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

PANAS...KEMATIAN BALASUBRAMANIAM & KAITANNYA DENGAN ANWAR IBRAHIM !!!





Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung,  pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama.

PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.

Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.

Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.

Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang sebenar-benarnya.

Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan dimakan sumpah. 

Tidak ada agama dalam dunia ini yang membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.

Malah orang yang gemar bermain-main dengan sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh anggota masyarakat.

Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali.




Saturday, 16 March 2013

ANWAR IBRAHIM BUNUH P BALASUBRAMANIAM ???





Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar 

P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.  

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.  

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik. 

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya. 

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.  

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.  

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.  

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.  

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?   Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.  

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.  

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.    

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?  Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?  

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.   

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.  

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.  

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.  

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.  

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya. 

Member BSK