Jumlah Pengunjung

Showing posts with label FBP14. Show all posts
Showing posts with label FBP14. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

LAGENDA SUKAN NEGARA BIKIN GEMPAK DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014 !!! #FBP14



Riuh seketika di Pameran Agensi KBS dan Kerajaan tengahari tadi gara-gara telah di datangi oleh tiga lagenda sukan negara. Pengunjung berebut-rebut untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan mendapatkan tanda tangan dari mereka. Satu langkah yang amat bijak dari Kementerian Belia dan Sukan Negara apabila membawa mereka turut serta di dalam karnival belia putrajaya pada tahun ini. 

Sememangnya rata-rata pengunjung belia disini tidaklah begitu mengetahui secara terperinci tentang sumbangan dan kejayaan lagenda negara ini. Apabila diterangkan dan tunjukkan kejayaan mereka sebelum ini mengharumkan nama negara barulah mereka mengerti mengapa suatu ketika dahulu lagenda ini begitu di geruni oleh atlit negara luar. 

Terima kasih di ucapkan kepada lagenda bola sepak negara Kamarul Zaman Yussof, lagenda olahragawati kebangsaan  G.Shanti dan Ratu Pecut Negara Dato M.Rajawani, kerana sudi meluangkan masa bertemu belia-belia di festival tahun ini. Semoga kedatangan lagenda negara ini akan dapat memberi semangat yang kuat untuk belia-belia malaysia menjadi seperti mereka suatu ketika dahulu.

Antara yang menarik perhatian dan maklumat-maklumat penting khasnya untuk para pengunjung belia disini, pihak KBS turut membawa atlit-atlit negara yang terkini dan menyediakan pameran dari agensi kerajaan seperti PERBADANAN STADIUM MALAYSIA (PSM), JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT, INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN), YAYASAN KEBAJIKAN ATLET KEBANGSAAN (YAKEB), PEJABAT PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA (ROY), PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO), PESURUHJAYA SUKAN (PJS), SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT dan pelbagai agensi lagi. 

Semoga acara dan penyertaan dari agensi kerajaan begini dapat KBS teruskan lagi pada tahun hadapan untuk pengetahuan generasi yang akan datang. Sedikit gambar untuk tatapan pembaca




























Saturday, 24 May 2014

BELIA SELURUH NEGARA SERBU TIMBALAN PERDANA MENTERI !!! #FBP14



Bertempat di khemah Malaysia International Youth Exchange, telah dikunjungi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada pukul 5 petang pada hari kedua Festival Belia Putrajaya 2014 berlangsung. Kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke khemah Malaysia International Youth Exchange membuatkan peserta-peserta dari pelbagai negara di tempat ini merasa kagum dengan keakraban pemimpin negara bersama belia-belia malaysia.

Walaupun tidak lama, namun kemesraan pemimpin negara bersama belia-belia menambahkan lagi kemeriahan sepanjang Festival ini berlangsung. Terima kasih belia-belia ucapkan kerana sudi membuat kunjungan mesra kesini.

















Tuesday, 20 May 2014

MALAM BELIA BERSELAWAT SEJUKKAN PUTRAJAYA !!!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.      Dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan MALAM BELIA BERSELAWAT sempena Festival Belia Putrajaya 2014 (FBP 2014) pada 22 Mei 2014 (Khamis) jam 9.00 malam di Pentas Utama Festival Belia Putrajaya 2014, Presint2, Putrajaya

3.      Sehubungan dengan itu,  YBhg. Tan Sri/Datuk/Datin/Dato’/Tuan/Puan dijemput untuk turut serta dalam program tersebut dan dimohon untuk menghebahkan mengenai acara ini. Sila layari www.festivalbeliaputrajaya.com atau www.facebook.com/malambeliaberselawat  dan  follow twitter @beliaberselawat .

Sekian, terima kasih.

Member BSK