Jumlah Pengunjung

Showing posts with label MURTAD. Show all posts
Showing posts with label MURTAD. Show all posts

Friday, 2 February 2018

SITI KASSIM MAHU HAPUSKAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA???


Kuala Lumpur: Peguam pejuang hak golongan LGBT, Siti Kasim mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin demi kesejahteraan negara.

Aktivis Perhimpunan BERSIH tersebut menghebahkan keinginannya itu setelah teruja dengan tuduhan Tengku Razaleigh Hamzah di sebuah forum anjuran kumpulan Melayu ulung G25 bahawa kononnya JAKIM sebagai “tidak berperlembagaan”. Beliau berkata, “Oleh sedemikian, mari hapuskan organisasi tersebut secepat mungkin.

Malaysia akan lebih baik sepertimana kita bermula kali pertama dahulu. Dana 1 bilion yang diberikan kepada JAKIM boleh digunakan untuk kesihatan kita, pendidikan dan infrastruktur untuk mensejahterakan negara ini.”

“Bubarkan JAKIM,” desak Siti Kasim lagi.

Thursday, 17 October 2013

PEGUAM ISLAM ANWAR NI DAH MURTAD ???



Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.


Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.


"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.


Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.


Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.


"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.


"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi. ~ Sinar Harian



Saturday, 17 August 2013

LUAHAN HATI IBU LINA JOY !!!

Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.

"Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga," katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.

Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007







Monday, 8 April 2013

Apa Dah Jadi KALIMAH ALLAH di INDONESIA ??? PAS Akan JAdi Lebih BANGANG Jika Tak LIhat Di Sini...



FAKTA NGERI
Setiap 15 saat 1 orang Islam di Indonesia masuk Christian.
Antara sebabnya ialah Bible di sana menggunakan KALIMAH ALLAH.


Jadi inikah yang orang PAS dan Nik Aziz Mahukan ? 

ikuti bicara bersama di bawah...

Soalan: Sekarang ini isu yang hangat diperkatakan adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ini bukan kali pertama timbul. Apa pandangan ustaz sendiri. Kenapa kerajaan yang punya kuasa tidak mengeluarkan kenyataan yang keras dan tegas agar isu ini tidak ditimbulkan lagi dan supaya mereka tidak sesuka hati meminta perkara seperti ini atau perkara yang lain.
Jawapan:
Perbincangan tentang isu kalimah Allah ini sebenarnya satu perbincangan yang ilmiah dan tidak sepatutnya dipolitikkan. Perbincangan ini telah dibicarakan oleh para ahli ilmu. Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”, nescaya mereka menjawab: “Allah”.” (surah Az-Zumar: 38)
Yang menjawab demikian adalah orang kafir jahiliyyah Makkah. Mereka ada Latta, Uzza, dan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang mereka sembah. Tetapi mereka menggunakan nama Allah dan penggunaan kalimah Allah di sisi mereka disahkan oleh firman Allah SWT di dalam Al-Quran.
Para ahli ilmu (alim ulama) di Timur Tengah yang berbangsa arab secara khususnya berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah ini telah menjadi satu budaya dan adat. Masyarakat di sana walaupun ada yang bukan Islam, kristian, ada yang tidak berpegang dengan mana-mana agama, qadianiyah dan sebagainya, mereka tetap dengan ucapan seperti Masya-Allah, insyaAllah, wallaah, wabillah, watallaah.
Namun perkataan mereka itu contohnya Wallaah tidak dikategorikan sebagai sumpah. Itu satu perkataan biasa menurut mereka dan mereka tidak perlu membayar kaffarah kerana mengingkari sumpahnya. Ini kerana perkataan wallaah sudah menjadi pertuturan kebiasaan mereka, bukan wallaah dengan niat qasam (bersumpah). Itu apa yang berlaku di negara arab, sebab itu digunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Sekarang ini kita bercakap dalam konteks Malaysia. Berapa kali orang-orang kristian di dalam negara kita ini menjadikan penggunaan kalimah Allah di dalam pertuturan seharian mereka atau menjadikan ia budaya di dalam percakapan? Berapa kali orang seperti Lim Guan Eng contohnya tersadung lalu menyebut Allahu akbar? Berapa kali apabila dia terkejut lalu menyebut nama Allah?
Di Sabah Sarawak memang penggunaan kalimah Allah sudah menjadi kebiasaan sebab di gereja mereka menggunakan kitab-kitab terjemahan Indonesia. Indonesia menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Indonesia dan menggantikan kalimah God kepada kalimah Allah.
Kita perlu ingat, di Indonesia, perlembagaannya membawa pluralisme menerusi Pancasila. Pancasila adalah hasil daripada pluralisme, kesamaan di dalam beragama. Jadi di sana, jika orang Islam hendak berkahwin dengan orang bukan Islam pun tidak ada masalah, walaupun memang ada perbincangan khusus di kalangan ilmuwan Islam tentang keharusan berkahwin dengan ahli kitab. Tetapi syarat berkahwin dengan ahli kitab itu, si lelaki perlu muslim. Itu perbincangan di kalangan ahli ilmu dan saya tidak mahu panjangkan perbincangan tersebut serta kekhilafan di kalangan ilmuwan Islam tentang masih wujud atau tidak ahli kitab pada hari ini.
Namun apa yang berlaku di Indonesia tidak menepati syarat yang digariskan. Di sana, perempuan muslim pun boleh berkahwin dengan lelaki kristian, hindu atau apa-apa agama sahaja. Jadi penggunaan kalimah Allah itu sudah menjadi biasa bagi mereka, dan implikasinya boleh dilihat di Sabah dan Sarawak apabila kitab ini diguna pakai.
Kita kena ingat umat Islam di Malaysia berapa peratus? Kita sendiri pun tidak tahu umat Islam berapa peratus. Kita bukan duduk di zaman mula-mula merdeka di mana peratusan umat Islam adalah 80%. Sekarang ini umat Islam dalam negara kita cuma 61%, masih majoriti di dalam negara ini. Menyusul selepas itu adalah agama Buddha, hampir 20%. Susulannya Kristian, 9.2%, seterusnya Hindu dan lain-lain.
Kristian hanya 9.2% dan bercakap seolah-olah mewakili majoriti dalam negara ini. Kita kena ingat, gereja yang terbesar di Asia yang sedang dalam proses binaan di Selangor pada hari ini diberikan kepada mereka. Tokong Hindu yang terbesar di Batu Caves. Kemudian, tokong Buddha yang terbesar di Kelantan, bahkan salah seorang daripada orang  politik dalam negara ini merupakan orang besar gereja Katolik di Asia.
Apa yang hendak saya sampaikan adalah di sana terdapat agenda; 1) Kristianisasi, 2) Pluralisme. Kita kena ingat apa tuntutan IFC yang dikepalai oleh Ambiga. Tuntutan mereka mengkehendaki supaya perlembagaan yang diletakkan Islam sebagai agama persekutuan itu dirungkaikan, dan diberikan kesamarataan kepada semua agama. Ini semua adalah agenda mereka yang tersusun dan terancang.
NGO, bar council, ini adalah gerakan mereka; terdiri daripada para peguam bahkan terdiri dari kalangan orang Islam sendiri. Mereka ada orang yang menggerakkan agenda kristianisasi dan pemurtadan, kemudian agenda pluralisme pula, secara berani salah seorang pemimpin DAP baru-baru ini Lim Kit Siang menyebut secara terang bahawa kerjasama DAP dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan negara Islam dan bukan bertujuan untuk hudud, sebaliknya untuk tujuan demokrasi dan pluralisme. Secara terang ianya ditulis dalam laman web rasmi Lim Kit Siang, bapa kepada Lim Guan Eng.
Ini adalah agenda pluralisme, membawa kepada semua agama itu sama, yang menjadikan kita tidak berhak lagi untuk mengatakan Islam agama yang lebih baik berbanding agama lain. Kita jangan bertanya pada orang lain, tetapi tanyalah diri kita sendiri; apakah sumbangan kita terhadap dakwah Islam? Berapa ramai orang yang telah kita Islamkan, berapa ramai orang yang terkesan dengan perkataan-perkataan Islami kita, dengan adab dan akhlak kita. Sedangkan golongan-golongan kristian ini mempunyai wang, mereka kaya dan ada peruntukan. Mereka sanggup berkampung di perkampunagan orang asli, masuk dan tinggal menetap di situ selama puluhan tahun, sanggup berkahwin dengan orang asli, berkeluarga dan beranak pinak di sana.
Siapa di kalangan kita apabila tamat universiti sanggup turun ke perkampungan orang asli? Kalau kita tidak bersedia untuk itu, jangan beri ruang kepada sesiapa pun untuk menyangkal dan membatalkan perlembagaan yang sedia ada. Ada orang mengatakan kita perlu buka minda dan kemudian usaha, namun apa usaha yang kita buat?
Sebab itu kita kena pertahankan apa yang sedia ada di samping melakukan pembetulan dan pembaharuan. Kita perlu sedar isu kalimah Allah di dalam konteks negara kita adalah berbeza dengan konteks negara lain. Cuba bayangkan kita yang selama ini melaungkan Allahu Akbar dengan tauhid tetapi di sana gereja juga melaungkan Allah, Allah, Allah dengan trinity. Perkataan ini kita berikan kepada mereka untuk mereka guna pakai di dalam kitab-kitab mereka dalam keadaan sistem pendidikan Islam di dalam negara ini masih lagi sedang diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Kita mungkin berhujah tanpa melihat bagaimana kemerdekaan itu diperoleh. Kita tidak melihat bagaimana proses peralihan perubahan kehidupan dalam negara kita. Dulu pada tahun 60-an, 70-an, di mana hendak cari orang pakai tudung labuh? Ibu dan bapa saya belajar di Universiti Al-Azhar. Ada gambar-gambar ustazah-ustazah yang popular pada hari ini, dulu mereka tidak memakai tudung pun. Ustaz-ustaz yang popular dan senior pada hari ini dulu hanya memakai seluar pendek belajar di Timur Tengah.
Sekarang ini telah berlaku proses perubahan yang dahsyat yang kita kena akui dan iktiraf. Cuma masih ada kelemahan. Kita tidak katakan telah sempurna tetapi semuanya perlu dipertingkatkan dan dikemaskini, perlu pandangan dan idea daripada sahabat-sahabat sekalian untuk memperbetulkan dan melengkapkan.
Bayangkan kalimah Allah nanti diletakkan di depan gereja. Mereka memang sengaja hendak membuat ini semua. Apa yang boleh kita katakan pada masa itu? Perkara ini tentu akan mencetuskan sensitiviti. Sebab itu saya gunakan perkataan kristianofobia. Kalau dulu mereka menggunakan Islamofobia; jenama yang barat gunakan dan tempelkan kepada umat Islam kerana wujudnya golongan-golongan yang mana mereka jahil tentang Islam tetapi bertindak sewenang-wenangnya. Saya katakan sikap yang dibuat oleh Lim Guan Eng pada hari ini sebenarnya mencetuskan Kristianofobia iaitu apabila mendengar agama Kristian orang merasa fobia ataupun benci, orang merasa takut dengan gerakan mereka.
Apabila mereka sebagai rakyat di dalam negara kita, di mana kafir mereka itu dalam kategori kafir mu’ahadah (yang ada perjanjian dengan umat Islam) dan ada kebenaran untuk menetap di dalam negara ini, maka hak-hak mereka perlu dijaga. Islam tidak membenarkan kita membakar gereja mereka, Islam tidak membenarkan kita membunuh mereka, mencerca tempat ibadah mereka, atau mengambil hak mereka. Islam melarang ini semua.
Bahkan Islam memberikan hurriyyatul I’tiqad (kebebasan beragama) kepada orang bukan Islam. Namun ini tidak bererti orang Islam bebas memilih agama, kerana orang Islam terikat dengan perundangan dan syariat Islam. Sebab itu adanya hudud, di mana sekiranya seseorang itu murtad diminta dia bertaubat terlebih dahulu, selepas tiga hari jika dia tidak bertaubat maka hukumannya adalah pancung. Tiba-tiba ada orang Islam yang bercakap dan meminta supaya berikan kebebasan memilih agama kepada umat Islam. Bercanggah perkataan dan pandangan mereka. Sebab itu saya katakan bahawa isu penggunaan kalimah Allah ini ada agenda di sebaliknya.
Di antaranya, ahli politik sekarang ini sedang mencari undi dari semua pihak sama ada dari perspektif agama, bangsa, atau parti; kristian, Buddha, cina, India, melayu, dan sebagainya. Jadi kita perlu melihat isu ini sebagai isu yang mempunyai agenda terancang. Kalau ditemui di tepi jalan risalah-risalah yang tertulis kalimah Allah, dan kemudian ditulis “Allah maha pengasih”. Berapa ramai anak-anak kita yang mampu untuk menganalisa bahawasanya risalah ini datang daripada gereja?
Islam mengajar prinsip dan pendirian saddun lidz-dzarii’ah yakni menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar. Maka kita perlu sekat hal yang seperti ini.
Kerajaan perlu bertegas
Sahabat kita bertanya tadi, di manakah ketegasan kerajaan? Sebab itulah yang kita perlu kepada 2/3. Tanpa 2/3 kita hanya boleh marah tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab itu orang tidak mahu simple majority. Orang mahukan 2/3.
Dalam keadaan sekarang, yang membimbangkan kita adalah sikap sebahagian orang yang ada kepentingan politik yang turut mempertahankan kenyataan ini. mereka mengatakan tidak mengapa, ulama Timur Tengah mengatakan tidak ada masalah. Mana boleh begini, sedangkan kita mengeluarkan fatwa dan mengatakan bahawa kita perlu meraikan fiqhul waaqi’.
Maka waqi’ (realiti keadaan) dalam negara kita ini perlu diraikan; bagaimana kefahaman masyarakat kita tentang agama, kita masih lagi jauh terkebelakang dan kita sedang bina sedikit demi sedikit. Jangan kita mengharapkan semuanya mantap dengan serta merta. Pemimpin yang naik turut mempunyai kelemahan, ada yang faham agama dan ada yang tidak faham agama. Ada yang faham agama tetapi tidak tahu buat kerja. Ada yang tidak faham agama tetapi pandai buat kerja. Masing-masing ada kelemahan dan masing-masing ada kelebihan. Sebab itu kita berkehendak kepada perpaduan dan kesatuan sesama kaum muslimin, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Masalah timbul apabila seseorang itu mempunyai kepentingan, dia melupakan segala-galanya demi untuk menjaga kepentingannya. Sehingga isu kalimah Allah ini pun menjadi satu isu yang berkepentingan.
Sebab itu cadangan yang baik agar kerajaan lebih tegas, cuma masalahnya adalah kita berhadapan dengan pandangan sebahagian daripada kaum muslimin sendiri yang mengatakan agama lain boleh menggunakannya. Saya hairan orang yang mengatakan boleh guna ini, anak-anak mereka tidak pula dihantar ke sekolah missionary kristian seperti Methodist dan sebagainya. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah agama juga. Anak sendiri hendak dihantar ke tempat bagus, tetapi negara sendiri tidak mahu diselamatkan daripada kekacauan minda-minda dan perkara-perkara yang seperti ini.
Jadi cadangan supaya kerajaan lebih tegas adalah cadangan yang baik, dalam masa yang sama kita juga berkehendak kepada kuasa orang Islam yang lebih tinggi dan kuat. Apabila ada kekuatan dan mendapat kekuasaan 2/3, seterusnya kita perlu kepada perpaduan. Maka hulurkanlah tangan, bersatu, berpadu dan bersama dengan kaum muslimin. Itu yang lebih utama daripada mencari helah dan jalan untuk bersatu dan berpadu dengan kaum bukan Islam. Bukan tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi keutamaan, kecenderungan dan ruhnya mestilah bersatu dengan kaum muslimin. Seperti mana yang digambarkan di dalam Al-Quran tentang ciri-ciri pengikut Muhammad,
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
“Bertegas terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka.” (surah Al-Fath: 29)
Wallaahua’lam



Wednesday, 27 March 2013

SYAITAN BOLEH BERKAWAN YANG DI MAKSUDKAN NIK AZIZ !!!




Lihatlah dua wajah orang-orang Melyu Islam serta biodata mereka. Kedua-dua Melayu Islam ini akan memberi ceramah di Dewan Gereja St Peter Melaka pada 03 Mac 2013. Ceramah di gereja ini adalah anjuran Catholics Graduates Movement Of Malaysia. 

NGO ini bergiat aktif di dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan membantu mana-mana Umat Islam untuk murtad. Ironinya, kedua-dua anak muda ini adalah penyokong kuat Pakatan Haram terutamanya PGayR.




(SUMBER)

Tuesday, 29 January 2013

TERIMA KASIH NURUL IZZAH !!! KRISTIAN BERJAYA KERANA ANDA...



Ada maklumat yang sampai ke telinga kawan aku menceritakan tentang terdapatnya penganjuran kelas-kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak gereja dan turut melibatkan pelajar-pelajar Melayu Islam.Sejauh mana kesahihan maklumat ini tidak dapat dipastikan namun gambar diatas menceritakan segalanya.

Kawan aku sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. 

Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah.

Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. 

Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.


(SUMBER) 



Friday, 25 January 2013

Gambar Edar Bible di Sekolah !!! SUBHANALLAH....



Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang mengedarkan bible di perkarangan sekolah dan lihatlah betapa dekatnya seorang pelajar perempuan yang sudah semestinya beragama Islam dengan beliau.Untuk makluman gambar ini diambil di perkarangan Sekolah Menengah Jelutong Pulau Pinang.

Apakah ini yang kita mahukan ? Adakah kebebasan ini yang PAS perjuangkan bersama Pakatan Haprak selama ini ? Tahniah kepada semua pihak yang pernah memberi undi kepada Pakatan Haprak dalam PRU 2008 yang lalu kerana anda semua turut menyumbang kepada apa yang berlaku kini.

Aku tak mau ulas banyak-banyak sangat korang semua pakat-pakat fikir tengok lah macam mana...

Makin biadap dan kurang ajar !





Member BSK