Jumlah Pengunjung

Showing posts with label NIZAR JAMALUDDIN. Show all posts
Showing posts with label NIZAR JAMALUDDIN. Show all posts

Sunday, 29 April 2018

NIZAR CALON PKR SUNGAI RAPAT KAKI FITNAH !!!


Nizar Jamaluddin yang merupakan calon N.44 Sungai Rapat sepatutnya berterima kasih kepada Dato Seri Najib Razak kerana telah memaafkannya dari di penjara 2 tahun atau pun denda pada tahun 2015 yang lalu. Kes tersebut berlaku pada tahun 2012 (BOLEH RUJUK DISINI) semasa nizar berceramah di Taman Desa Pakatan Ipoh. Bayangkan sekiranya Dato Seri Najib tidak menerima permohonan maafnya ketika itu ? Sudah pastinya nizar tidak layak sekarang bertanding di Dun Sungai Rapat.

Nizar sememangnya pandai berceramah memaki hamun pemimpin Barisan Nasional dalam ceramahnya untuk memberi pendengar dan penonton ketawa riang sambil meyakinkan rakyat kononnya apa yang diungkapkan olehnya semuanya adalah benar belaka.

Dalam misi Nizar untuk memenangi Kerusi Dun Sungai Rapat, mungkin Nizar terlupa bahawasanya dia adalah calon yang telah melompat sebanyak 3 kali pada setiap PRU yang bermula dari PRU12 (Pasir Panjang) PRU13 (Changkat Jering) dan kali ini PRU14 di Dun Sungai Rapat.

Dalam survey penulis kepada ramai pengundi Sungai Rapat, ramai memberikan komen bahawasanya pada kali ini mereka tidak mahu memberi kepercayaan kepada nizar, kerana contohnya mereka telah nampak bila nizar meninggalkan kawasan yang dimenanginya tanpa rasa bertanggungjawab, mereka tidak mahu nasib mereka menjadi seperti nasib penduduk Rantau Panjang dan nasib penduduk Changkat Jering.

Mereka lebih berkeyakinan dengan Calon dari Parti Barisan Nasional Datuk Hamzah Kasim, kerana Datuk Hamzah sememangnya penduduk Dun Sungai Rapat dan Datuk Hamzah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gopeng. Sudah pastilah Datuk Hamzah akan membela dan membangunkan kawasan mereka dan jasa-jasa Datuk Hamzah telah terbukti sebelum ini lagi walaupun Datuk Hamzah selama ini bukanlah ADUN Sungai Rapat sebelum ini. Dan pada PRU14 ini, apabila Datuk Hamzah menawarkan diri untuk bertanding, penduduk sungai rapat amatlah berbesar hati dan amat gembira dengan pencalonannya.

Mereka berharap, pada PRU kali ini Datuk Hamzah dapat mengalahkan Nizar dengan majoriti yang amat besar sebagai peringatan kepadanya agar bertanggungjawab bila memegang amanah yang telah diberikan rakyat setiap tempat.







Friday, 12 April 2013

BALA NIZAR SELALU FITNAH JATUH KEPADA SETIAUSAHA AGUNG PAS !!!




Bekas Menteri Besar Boneka cina DAP Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini gagal dalam kes saman fitnahnya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berhubung isu nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor.


Ini berikutan keputusan Hakim Datin Yeoh Wee Siam menolak saman terhadap TV3 dan Produser Buletin Utama, Rohani Ngah dengan alasan pihak defendan berjaya membuktikan pembelaannya berdasarkan ulasan saksama terhadap perkara yang menyentuh kepentingan awam.



Pihak mahkamah akan mengkaji bayaran yang perlu dibayar oleh bekas mb boneka cina DAP Perak Nizar Jamaluddin kepada Defendan dan kos-kos lain yang difikirkan munasabah.





Thursday, 11 April 2013

NIZAR LAMBAI KENCING RAKYAT ISU BEKAS MENTERI BESAR LAGI !!! Kah..Kah..Kah...




Nizar Jamaluddin yang cukup terkenal dengan kebengongan, ketololan, keLAMBAIan dan tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi, cuba memanjangkan angan-angannya bahawa salah seorang bekas Menteri Besar Perak, akan keluar UMNO dan menyertai PAS malam ini.

Bagaimanapun, sehingga ke tengah malam, jangankan bekas Menteri Besar Perak, bekas kepada bekas orang kuat bekas Menteri Besar Perak pun, tidak ada yang menyerahkan borang menyertai keahlian PAS!

Nizar Jamaluddin tidak memberikan nama yang spesifik, tetapi para pecacai PAS cuba meraba-raba nama 'bekas Menteri Besar' yang dimaksudkan oleh Nizar Jamaluddin. Dan akhirnya nama yang dikatakan itu adalah Tajol Rosli.

Dan seperti biasa, pelbagai gambaran 'baik' mula diberikan kepada Tajol Rosli walaupun pecacai yang sama jugalah mengutuk paling ke hadapan apabila kerajaan negeri pimpinan Tajol Rosli kalah kepada Pakatan Rakyat yang pada waktu itu belum lagi terbentuk.

Pakatan Rakyat hanya terbentuk apabila DYMM Sultan Perak menolak pencalonan Ngeh Kor Ham sebagai Menteri Besar Perak memandangkan Undang-Undang Tubuh Perak menghalang mana-mana individu bukan Melayu dan bukan beragama Islam daripada menjawat jawatan Menteri Besar.

Akhirnya setelah 'merajuk' hampir dua minggu, DAP akhirnya bersetuju untuk mewakilkan Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar mereka.

Dan semenjak itu, Nizar Jamaluddin terus diserang dan dihinggapi geruh kuasa Menteri Besar sehingga kini, terutama selepas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tumbang apabila tiga orang ADUN mereka keluar parti dan menjadi ADUN Bebas mesra BN.

Pemangku Ketua Bahagian UMNO Grik, Dato' Hasbullah menafikan isu Dato Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Perak akan lompat parti menyertai PAS pada malam ini. Isu tersebut sengaja digembar-gemburkan oleh Nizar Jamaluddin dan mula bertebaran di laman-laman sosial.

Nizar Jamaluddin yang amat dikenali sebagai PEMBOHONG BERSIRI terpaksa meneruskan agenda pembohongannya untuk mengecapi cita-cita politik di Perak!!!


Sunday, 17 March 2013

WAYANG TERBARU DARI NIZAR JAMALUDIN !!!




Belum pun tiba tempoh penamaan calon, Pemuda Pas Perak mengambil langkah berani dengan membuat pendedahan berhubung peletakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad Nizar yang sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan kerusi parlimen dan hanya akan bertanding untuk kerusi Dun, diisytiharkan sebagai calon Dun Changkat Jering.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada satu ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Dalam ucapannya, Raja Ahmad memaklumkan, pencalonan itu dilihat tepat dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan kemenangan setelah wakil rakyat sebelum ini mengisytiharkan­ diri sebagai calon bebas.

Menurutnya, personaliti Bekas Menteri Besar Perak yang dilihat sebagai ikon masyarakat itu mampu mengukuhkan kepercayaan pengundi yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Tindakan Adun sedia ada melompat parti tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PR.

“Jentera Majlis Tindakan Dun (MTD) khususnya di kalangan pemuda berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi misi mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Pada PRU 2008, Kapten (B) Mohd Osman Jailu yang mewakili PKR menang di Dun Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasiional (BN), Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, kejayaan merampas kerusi yang sebelum ini disandang BN, tidak kekal lama apabila pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon bebas bersama tiga wakil rakyat lain.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Salman Saleh pula berkata, Nizar merupakan pilihan terbaik sebagai calon Pas untuk bertanding di Dun Changkat Jering setakat ini.

“Kami yakin beliau dapat menggalas tugas ini dengan baik dan diharap, pengumuman ini dapat mengembalikan beliau sebagai menteri besar,” katanya.

Pendedahan Pemuda Pas ini dianggap masih kabur berikutan tiada pengumuman rasmi berhubung peletakan calon dikeluarkan Majlis Pimpinan PR Negeri dan Pusat.

Bagaimanapun, kemungkinan itu ada kerana Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhamad Nur Manuty ada menyatakan bahawa semua pembahagian kerusi PR sudah dimuktamadkan kecuali Dun Changkat Jering yang menjadi pertikaian antara PKR dan Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menganggap tindakan Pemuda Pas mengisytiharkan­ dirinya sebagai calon Dun Changkat Jering sebagai pendekatan yang ‘nakal’.

Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat.

“Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap Dun Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Pssss........: kelakar... Pemuda pas lak yg umumkan calon. Pesuruhjaya pas negeri apa buat? Lagi kelakar PAS amik tempat PKR






Sunday, 10 February 2013

Orang Lama UMNO Akan pastikan NIZAR Kalah PRU 13 !!!



“Kami akan berkampung untuk pastikan Mohammad Nizar kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan saya cabar dia bertanding di kawasan sedia ada,” Itu janji Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar.

Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar kononnya ada orang lama dalam Umno yang mengatakan tiada ruang untuk Umno menang pada PRU13 nanti sebagai tidak berasas dan sengaja diada-adakan.

“Saya nak tanya, siapa dia orang lama yang dimaksudkannya itu atau ia sengaja diada-adakan.

“Kalau dia (Mohammad Nizar) nak ramal terpulanglah, tetapi janganlah kaitkannya dengan orang lama Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mengatakan ramalan PRU13 yang dinyatakan di Twitter baru-baru ini diperoleh daripada pimpinan Umno dan ‘orang lama’ dalam Umno.

Melalui ramalan itu, Pakatan Rakyat (PR) dijangka memperoleh 145 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 77 kerusi sahaja.

Saharuddin berkata, pihaknya yang merupakan orang lama dalam Umno tersinggung apabila dikaitkan dengan ramalan itu.

Menurut beliau, ramalan dan dakwaan itu sebenarnya meleset kerana pada PRU yang lepas undi orang-orang lama ini kesemuanya milik BN berdasarkan peti undi yang dimenangi.

Sementara itu Pengerusi Veteran Umno Negeri, Datuk Abdul Khalid Nasir berkata, pihaknya juga menafikan sekeras-kerasnya pernah memberitahu secara rasmi mahupun tidak keadaan tersebut.

“Daripada sumber mana yang dia dapat? Kita ini yang tubuhkan Umno, takkan kita nak nafikan kemenangan Umno pada PRU nanti?

“Mohammad Nizar hanya lancar perang psikologi untuk senangkan hati ahli-ahli dan penyokongnya sahaja. Realitinya tidak begitu nanti,” katanya.

Menurutnya, semua veteran Umno yang ditemui telah menyatakan sokongan dan bersemangat untuk membantu BN pada PRU13.







Friday, 8 February 2013

Zaib Ibrahim Bakal Menteri Besar Selangor !!!



Cerita panas nih! Pegawai Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu umum meletakkan jawatan atas alasan sudah tidak tahan dengan sikap hipokrit dan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu.


Jefrei Nordin berkata, tindakan Ronnie yang mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab pelbagai tuduhan rasuah menimbulkan banyak persoalan dan membuatkan dia hilang kepercayaan. Paling mengejutkan kenyataan terbaru jefri ni rupa2nya DAP selangor dah siap letakkan calon melayu utk bertanding di DUN Selangor atas tiket DAP. Salah sorg calonnya adalah Zaid Ibrahim, kemungkinan besar Zaid Ibrahim ni akan jadi menteri besar utk menggantikan Menteri Besar PKR skrg. Wah...  kalau mcm ni la jawabnya makin bertambah la pusat pelacuran di selangor nanti. Orang melayu aku tak tahu la jadi apa nnti. Apa pon aku dah memang agak percaturan DAP utk pilihanraya akan dtg ni...  Taktik serupa bagaimana PAP merampas singapura dulu.  Harap org melayu cepat sedar utk Pilihanraya akan dtg nnti..






Monday, 21 January 2013

NIZAR dah tahu dia akan kalah di PASIR PANJANG !!!



Niza Meroyan didakwa tidak lagi berminat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat Pasir Panjang berikutan banyak masalah rakyat di kawasan itu gagal diselesaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membuat kesimpulan ini berikutan banyak masalah termasuklah projek-projek pembangunan masih belum dilaksanakan sehingga kini.

Katanya 'Niza Meroyan' juga didapati gagal melunaskan janji-janji yang dibuat kepada pengundi kawasan Pasir Panjang sejak dipilih pada pilihanraya 2008 lalu.

“Saya tahu penduduk di sini dipinggirkan wakil rakyatnya. Saya ada ingatkan beliau tentang perkara ini setiap kali siding DUN tetapi dia menafikan dengan mengatakan banyak yang telah diselesaikannya dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM)
“Berdasarkan maklumat, kita dapati MPM telah menyelesaikan lebih 50 aduan dan daripada aduan ini tidak satu pun datang daripada Pejabat DUN Pasir Panjang dan ini jelas membuktikan 'Niza Meroyan' memang kuat berbohong,” katanya.

Menteri Besar itu mendakwa bahawa Niza Meroyan mungkin lebih berminat untuk menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berikutan sering menimbulkan isu berkaitan kawasan itu setiap kali sidang DUN.

Malah, katanya, tindakan Niza Meroyan menuduh kononnya kerajaan Malaysia telah menerima
RM 207 billion pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk dibayar kepada mangsa-mangsa keretapi maut sehingga menimbulkan kemarahan Kerajaan Jepun mengukuhkan lagi bukti bahawa Ketua Pembangkang Perak itu sebenarnya lebih berminat menjadi Ahli Parlimen daripada seorang ADUN.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal
dan makan tengah hari bersama penduduk Kampung Padang Tembak dan
siswa siswi Universiti Utara Malaysia di Dewan Kampung Padang Tembak,
Teluk Muroh, hari ini.

“Dia tak habis-habis berbohong. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah juga telah memaklumkan bagaimana kerajaan Jepun memandang serius tuduhan ini sehingga mencalar kredibilitinya sendiri,” katanya

Mengulas cabaran berdebat yang dibangkitkan oleh si Niza Meroyan, Dr Zambry berkata beliau tidak akan membuang masa dengan melayan cabaran itu kerana isu yang bakal dibangkitkan sangat penuh dengan pembohongan.

“Rakyat sendiri saksikan bagaimana dia berbohong ketika dalam Dewan dan saya rasakan orang seperti ini tidak patut dilayan,” katanya.








Member BSK