Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ROS. Show all posts
Showing posts with label ROS. Show all posts

Tuesday, 10 April 2018

PPBM MALUKAN DIRI TARIK SEMULA SAMAN TERHADAP ROS!!!



KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi S. Nantha Balan membenarkan saman itu ditarik balik tanpa kos selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said esok.

Pada 22 Feb lepas, PPBM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan RoS sebagai defendan.

Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.....

Sunday, 6 October 2013

MELAMPAU... TONY PUA BABIKAN KUASA MELAYU DALAM ROS !!!



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' ekoran isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.
 
Beliau yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, perbuatan tersebut amat keterlaluan, biadab, kurang ajar dan perlakuan buruk itu dibimbangi akan menjadi ikutan generasi muda jika terus menerus diamalkan.
"Kalau nak berpolitik ada had dan batasan. Sikap kurang ajar ini akhirnya akan menyuntik dan mengajar anak-anak kita untuk meneruskan amalan yang biadab.

"Ini bukan cara kita. Jangan mudah kata ROS dan Utusan Malaysia sebagai anjing UMNO," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Mindef di Dataran Kluang di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, perkara tersebut mungkin sengaja ditimbulkan untuk mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai namun menyerahkan hal itu kepada rakyat bagi membuat penilaian.




Member BSK