Jumlah Pengunjung

Showing posts with label baiah pas. Show all posts
Showing posts with label baiah pas. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

BAIAH SESAT PAS DI BULAN RAMADHAN UNTUK PILIHAN RAYA KUALA BESUT !!!



Islam tidak pernah mengajar para umatnya berbaiah seperti dilakukan oleh calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof dalam satu program di Kuala Besut, semalam.
Sebaliknya tegas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin, baiah hanya berlaku kepada ketua negara dan bukan selain daripadanya.


''Baiah itu bermaksud ikrar ketaatan kepada pemerintah atau kepada ketua. Namun, Islam tidak pernah mengajar kita berbaiah sebegitu rupa untuk menarik perhatian orang ramai.
''Apatah lagi baiah itu dibuat dengan perkataan 'sekiranya' di hadapan pemimpin dan penyokong parti mereka. Tidakkah itu boleh dilihat sebagai main-main dan tidak bersungguh-sungguh,'' katanya.
Beliau mengulas tindakan mengejut Pas itu apabila meminta Endot melafazkan baiah akan dilaknat Allah jika melompat parti sekiranya menang.

Azlan @ Endot, 48, melafazkan baiah berkenaan dengan dipimpin oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang antara lain menyebut jika beliau keluar daripada Pas dan menyertai parti lain, beliau akan dilaknat Allah dan Rasul.
Baiah itu dilafazkan sejurus selepas Abdul Hadi mengumumkan Azlan @ Endot sebagai calon Pas bagi PRK tersebut di Kampung Nail, Kuala Besut, Terengganu, semalam. 

Mohd. Riza turut mempersoalkan mengapa baiah itu terpakai sekiranya calon Pas itu menang.
''Adalah lebih wajar sekiranya beliau melafazkan ikrar - saya bersedia dilaknat oleh Allah dan seluruh makhluk, jika saya menang saya gagal untuk melaksanakan tanggungjawab saya seperti yang sepatutnya,'' katanya.




Saturday, 20 April 2013

RAHSIA BAIAH UNTUK CALON PKR BOCOR !!!




Calon PKR Dipaksa 'Baiah' Bayar RM5 Juta Jika Keluar Parti

Ahli-ahli PKR memang terkenal dengan 'Sindrom Lompat Parti'. Biasalah tu. Majoriti mereka semua pada asalnya adalah ahli umno yang terpinggir. Untuk mengelak sejarah lama tidak berulang, PKR kononnya lebih berhati-hati dalam soal memilih calon kali ini. Kononnya mencari calon yang boleh pegang amanah dan setia. 

Tapi Anwar dan Azmin masih tidak yakin dengan calon-calon mereka sendiri. Mereka masih takut ada diantara calon mereka akan menjadi pengkhianat kepada perjuangan mereka. 

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan pendedahan ajaran sesat Pas, calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya disyaratkan supaya membuat sumpah baiah yang antara kandungan dalam baiah tersebut adalah menceraikan isteri jika mereka lompat parti. 

Walaupun dinafikan oleh wali mereka Nik Aziz, baiah ini sememangnya wujud walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi ayat, sumpah jatuh talak 3 itu wujud.

Menurut sumber dalaman, dalam perjumpaan tertutup calon dengan Anwar dan Azmin pagi tadi, mereka telah dipaksa untuk ber'baiah' secara bertulis "Sekiranya calon yang menang dalam PRU13 akan datang melompat parti, mereka akan dipaksa membayar RM5 juta sebagai ganti rugi". Fuhh.. RM5 juta tue. 

Calon-calon yang hadir tadi ada yang merasa terkejut dengan pendirian parti. Ada juga yang kecewa kerana parti tidak mempercayai mereka 100%. Tapi apa boleh buat, nama dah naik, terpaksalah mereka ber'baiah' walaupun hati tidak rela.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin ketika ditemui oleh pemberita semalam yang berkata mana-mana calon jika mereka melompat sama ada rela atau paksa dia kena bayar RM5 juta sebagai bon.

Malah menurut Nizar lagi, pendekatan Pas agak sedikit berbeza apabila semua calon telah diminta untuk berikrar dan berjanji tidak meninggalkan parti. Namun sekiranya mereka ingkar mereka akan DILAKNAT OLEH RAKYAT. 

Begitulah kaedah yang diguna pakai oleh pakatan pembangkang bagi memastikan calon-calon mereka tidak melakukan perbuatan yang digelar sebagai ‘KATAK’. Ia secara tidak 

Pasti ramai yang masih ingat ketika negara digemparkan dengan berita akan jatuhnya kerajaan BN yang tidak mempunyai kuasa dua pertiga pada 16 September 2008 kerana wakil rakyatnya akan berpaling tadah.

Malah mereka turut menyebarkan cerita, kononnya Anwar telah dipanggil menghadap oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. 

Itu belum lagi diambil kira pendedahan Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari yang mendedahkan berhubung sebuah dana khas yang diwujudkan pembangkang bagi membiayai ahli UMNO dan BN untuk melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum akan datang.

Kesimpulannya inilah wajah sebenar manusia yang kononnya berjuang atas prisip tetapi di masa adalah merupakan BAPAK SEGALA KONSPIRATOR yang hanya ingin merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.



Friday, 5 April 2013

MENGAPA RAMAI ISTERI PEMIMPIN PAS KETAKUTAN !!! erkkk...



Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian, namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.





Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.



Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga. 

Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS. Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia. Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan. Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. 

Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS. Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti. Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran dan gadaiannya. 

Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan. Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS, bukan begitu?


Member BSK