Jumlah Pengunjung

Showing posts with label dap hina islam. Show all posts
Showing posts with label dap hina islam. Show all posts

Friday, 19 July 2013

PENJELASAN PEGUAM NEGARA TENTANG KES DUA EKOR BABI MENGHINA UMAT ISLAM !!!




PUTRAJAYA 18 Julai - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.

Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

"Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.
"Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media.
Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ’Alvin and Vivian - Alvivi’ pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk ’Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. - BERNAMA






ALVIN DAN VIVIAN AKAN DI RODOK DALAM PENJARA !!!




KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!” yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kandungan itu telah dibaca di CAF – Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Pasangan itu kelihatan tenang dan bersahaja ketika pertuduhan dibacakan satu persatu kepada mereka dan masing-masing berkata: “Saya minta dibicarakan”.
Hakim Murtazadi tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin atas sebab kepentingan awam.
“Mahkamah tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur luar dalam memberi jaminan kepada tertuduh,” tegas hakim itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin bagi dua kesalahan iaitu memuat naik kandungan gambar dan komen berhubung berbuka puasa dan mempamerkan gambar-gambar lucah.
Beliau memberikan dua alasan iaitu kesalahan di bawah Seksyen 298A(1)(a) dan Akta Penapisan Filem, memang tidak boleh dijamin.
“Sememangnya kami akur budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan dalam dua pertuduhan itu, tetapi pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan dikenakan,” kata Noorin.
Alasan kedua pula ialah kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk memuat naik gambar yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
“Pihak pendakwaan memohon mereka tidak dilepaskan dengan sebarang jaminan sehingga selesai perbicaraan kes itu,” katanya.
Peguam Chong Joo Tian, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya dengan alasan pertuduhan yang dihadapi mereka belum dibuktikan dan bersifat pramatang.
Chong berkata pihak pendakwaan tidak boleh membuat spekulasi bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama kerana mereka belum didapati bersalah.
“Kedua-dua anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SKMM dan polis ketika siasatan dilakukan dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah selain kesalahan itu tidak melibatkan sebarang bentuk keganasan,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pula berhujah mahkamah perlu mengambil kira keadaan sekeliling dalam menentukan sama ada jaminan dapat diberikan atau tidak.
“Nama Alvin Tan sangat dikenali dan bila kita ‘Google’ sahaja nama Alvin, akan timbul gambar dan artikel mengenainya yang mana jika tidak dikawal boleh memusnahkan masyarakat dan agama. Tidak dinafikan kesalahan itu tidak melibatkan keganasan tetapi ia kesalahan serius,” katanya.
Noorin juga memohon supaya ketiga-tiga kes itu dibicarakan bersama mengikut Seksyen 170 Kanun Tatacara Jenayah kerana melibatkan satu transaksi dan saksi yang sama.
Bagaimanapun, Chong memohon pertuduhan kedua dibicarakan berasingan kerana pertuduhan pertama dan ketiga merupakan satu perbuatan tetapi pertuduhan kedua melibatkan penerbitan gambar-gambar lucah yang disiarkan di laman web berlainan.
Noorin menjelaskan Seksyen 170 membolehkan kesalahan-kesalahan jenayah dibicarakan bersama walaupun ketiga-tiganya adalah berlainan dan pihak pendakwaan akan membuktikan kesalahan itu berlaku dalam transaksi sama.
Hakim Murtazadi membenarkan ketiga-ketiga kes itu dibicarakan bersama dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.
Beliau turut memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh mengemukakan alasan mengapa jaminan perlu diberikan kepada mereka.
Alvin berkata: “Saya mahu dijamin. Saya tidak memegang apa-apa kuasa, kedudukan, kekayaan mahupun pekerjaan dan semua barang multimedia dirampas oleh SKMM yang menjejaskan kecenderungan saya untuk memuat naik gambar dan mengakses Internet”.
Vivian, yang merupakan guru tadika, pula berkata: “Saya juga ingin dijamin dan saya mempunyai pendapat yang sama dengan Alvin”.
Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian di Penjara Kajang.- BERNAMA




Thursday, 18 July 2013

PANAS... PEMIMPIN PAS PERTAHANKAN ALVIN DAN VIVIAN !!! HARAM JADAH PUNYA PAS...




Agak-agaknya dimana
keuntungan Ahli Parlimen dan lawyer PAS ni bila meminta umat Islam di Malaysia supaya memaafkan pasangan lucah yang menghina islam ini???

Sudah-sudahla dok kipas bontot DAP...Pemimpin DAP tak sibuk minta umat Islam maafkan pasangan kerana tindakan mereka.. ini pemimpin Islam pula  yang lebih -lebih...



Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini.
Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan.
"Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan)," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider.
"Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu," katanya. ..........

....... Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka. 
"Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam. 
"Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini," katanya. 
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya. 
Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. 
"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil?

SUMBER






DAP BERJAYA DAYUS KAN PEMIMPIN PAS !!!




Dalam isu kalimah ALLAH, pujian harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji akan mempertahan serta melindungi Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan.

Pendirian tegas beliau bukanlah sekadar untuk meraih populariti atau menyedapkan hati umat Islam tetapi adalah komitmen berterusan bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Duta vatican City, Archbishop Joseph Marino telah mengundang kecaman dan kutukan keras dari pelbagai pertubuhan Islam dan Melayu di negara ini sejak kontroversi itu tercetus beberapa hari lalu.

Namun dalam kemarahan umat Islam yang diluahkan dalam setiap ruang media, satu perkara yang amat mengejutkan ialah sikap pihak pembangkang khususnya Pas yang terus membisu hingga ke hari ini.

Tidak sepatah bantahan pun telah dikeluarkan oleh Pas setakatnya untuk mengecam kenyataan ketua biskop itu.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sikap Pas amat dikesali malah seharusnya turut dikutuk seprrti juga komen Archibishop Marino.

Ini kerana Pas sepatutnya menjadi badan politik pertama di kalangan organisasi siasah pembangkang yang menyuarakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai campurtangan pihak asing dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak wakil Paus Francis I itu.

Tetapi Pas memilih untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh ketika Islam berdepan dengan ancaman pihak luar.

Parti itu nampaknya telah hilang semangat untuk mempertahankan Islam akibat persekongkolannya dengan Dap dan PKR.

Pas lebih rela melawan calon Islam daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut daripada menentang pihak Kristian untuk mempermainkan agama.

Sememangnya sikap pas itu telah mengesahkan tanggapan umat Islam bahawa parti itu telah menjual maruahnya kepada Dap.

Tidak salah kalau umat Islam melabel Pas sebagai keldai tunggangan Dap kerana itulah hakikatnya.

Pas telah hilang legitimasi untuk bercakap bagi pihak Islam kerana demi kepentingan politik, agama pun sanggup dikorbankan dan dibiarkan untuk diperlecehkan oleh orang kafir.

Sejak berada dalam pakatan pembangkang apakah sumbangan parti itu kepada pembangunan syiar Islam di negara itu.

Tidak kedengaran pendapat-pendapat bernas serta pandangan yang lahir daripada pemikiran tinggi pemimpin-pemimpin Pas.

Yang keluar dari mulut mereka hanya cacian, cercaan dan maki hamun terhadap saudara seagama yang berlainan ideologi politik.

Dalam PRU13, Dap menggunakan peluang untuk mendapat undi Melayu sehingga parti rasis itu muncul sebagai parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen berbannding Pas dan PKR.

Jika ini masih belum dapat membuka mata dan minda pemimpin Pas bahawa mereka telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti Cina perkauman itu, eloklah bubar sahaja Pas.

Ini kerana kewujudan Pas hanya memecah-belahkan umat Islam dan tidak menyumbang sedikit pun kepada pembangunan minda serta memperkukuhkan status agama di negara ini.

Semakin lama Pas berada bersama-sama Dap dan PKR, semakin parah perpaduan umat Islam yang dilihat semakin longgar.

Kekalahan Anwar Ibrahim untuk membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang sepatutnya menjadi pengajaran kepada pas untuk menilai semula kedudukan dan kepentingannya berdamping dengan dua sekutunya itu.

Sudah tiba masanya Pas membersihkan parti itu daripada anasir dan elemen Anwarinas yang menghalang parti itu untuk merealisasikan potensinya sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam.

Dalam kedudukan sekarang Pas hanya menjadi perkakas kepada Anwar untuk mempergunakan parti itu untuk kepentingannya.

Anwar telah menumpulkan ketajaman perjuangan Pas sehingga sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata untuk mengambil hati Dap.

Di mana maruah dan integriti Pas sehingga dap berjaya menjadikannya sebagai parti yang bacul dan dayus! 



Wednesday, 17 July 2013

PAGE FACEBOOK HINA ALLAH SEMAKIN MENJADI-JADI !!!




ALLAHUAKBAR.... Apa nak jadi ni, aku perasan page yang menghina ALLAH semakin bertambah-tambah sekarang. Cuba korang search di fb skrg, korang akan terkejut dengan penemuan page yang semakin banyak menghina ALLAH... 

Ketahuilah kita semua bahawasanya BALA ALLAH tidak mengenal sesiapa. Aku mohon jasa baik korang semua untuk report pd facebook pada setiap page yang ada tertera menghina ALLAH dan agama ISLAM.



MOHON JASA BAIK ANDA DEMI NAMA ALLAH, TOLONG SEBARKAN BERITA INI... 

ALLAH SENTIASA PERHATIKAN SETIAP TINGKAH LAKU KITA...






Thursday, 13 June 2013

MAMAT NI BERANI HINA SUMPAH LAKNAT NAMA ALLAH !!!



Memang pembangkang makin trdesak sehingga sanggup mmpermainkan sumpah laknat hingga sanggup mempersenda nama ALLAH dlm gurauan mereka. Mohon bantuan pada sesiapa sahaja yg mmpunyai maklumat lelaki sial ni sila beritahu pd kami agar seluruh rakyat malaysia beragama islam tahu bahawasanya mak bapaknya tersalah didik hingga jadi begini... TErima kasih anwar ibrahim kerana menjadikan melayu sebodoh begini..



Ini adalah taktik terbaru yang digunakan oleh macai Anwar untuk memburukan UMNO/BN. Nampak sangat mamat tiga ekor nie penyokong Pakatan. Bagi MKP jika mereka menyokong BN sudah pasti tidak melakukan perbuatan macam nie cuma penyokong pakatan saja berperwatakan tiga suku macam nie.



Sumber dari - mat kilau pinang


Friday, 3 May 2013

PANAS... VIDEO PEMIMPIN DAP HINA BUNYI AZAN...!!! WAJIB KE BERI UNDI PADA DAP ???



Inilah yang mahu disokong oleh PAS. YB DAPig yang menghina azan subuh dengan mengatakan bising dan menganggu orang lain tidur. Kepada Umat Islam seluruh Malaysia, sedarlah bahawa Bahalol Siyasi PAS adalah salah. Mereka bersyubahat dan bersahabat dengan orang yang menentang pembinaan Masjid dan menghina azan. Sokonglah mereka yang membina Islam, bersaudara dengan Islam lain, bukan yang menghancurkan Islam.




Member BSK