Budak
itu sememangnya tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual,
kata bekas pembantu peguam bela Anwar, Yuktes Vijay.
“Ini
kerana Anwar pernah cuba mengoratnya sejak berjumpa dengannya. Namun
keakraban budak itu dengan peguam Anwar, di mana budak itu ibarat anak
angkat kepada peguam Anwar telah membuatkan Anwar memberhentikan
perbuatannya itu.
“Itupun
selepas budak itu memarahi Anwar melalui telefon kerana cuba cakap
kotor. Namun pada budak itu, amalan LGBT memang lumrah kerana pemikiran
ala Barat disebabkan kehidupan di UK semasa menghabiskan kursus
undang-undangnya,” kata Yuktes dalam artikel terbaru di blognya,
yuktesvijay.blogspot.com bertajuk “Operasi Charter 77.”
Menurut
Yuktes, budak itu mula menyesali mengidolakan Anwar selepas
diperkenalkan dalam satu operasi yang dinamakan “Operasi Charter 77.”
“Operasi
Charter 77 mula berkuasa di negara Malaysia pada tahun 2000 dan
berjalan hingga ke hari ini. Ia dinamakan sempena sebuah dokumen yang
sama.
“Dokumen
itu amat bermakna bagi penaung utama Anwar yang merupakan seorang warga
asing yang dibenci ramai. Ia bertindak sebagai simbol permulaan campur
tangan warga asing yang berbangsa Yahudi dalam hal ehwal negara lain.
“Malah, kandungan Charter 77 digunakan sebagai pencetus pelbagai insiden (berselindung) di sebalik nama demokrasi.
“Charter
77 bertangungjawab melahirkan BERSIH, Himpunan Hijau, Malaysiakini,
Lawyers For Liberty dan Malaysia Chronicles. Kini, impak operasi Charter
77 adalah pada tahap yang maksima,” kata Yuktes lagi
Baca selengkapnya tulisan Yuktes sila layari yuktesvijay.blogspot.com/
