Jumlah Pengunjung

Showing posts with label keluar umno. Show all posts
Showing posts with label keluar umno. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

DOA NIK AZIZ DI MAKBULKAN !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, Peter Muniandy, 40, berkata, beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.

"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.

"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita.

Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata, beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya.

"Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.

"Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.

"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak," katanya.

Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai BN kerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat. - BERNAMA








Sunday, 17 March 2013

Lagi Ahli PAS Keluar Parti Di KELANTAN !!!

ABDULLAH Mat Yasim (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat yang menyertai UMNO dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Rantau Panjang malam tadi.




RANTAU PANJANG 17 Mac - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.
"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.
Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.
"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya.





Sunday, 10 March 2013

TERKINI... Lagi 340 Ahli PKR Keluar PARTI !!!


Tajuddin Abdul Rahman (kiri) menerima borang kemasukan ahli UMNO daripada Mokhtar Ridzuan di Kampung Gajah, Pasir Salak, kelmarin.




Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima tamparan hebat apabila seramai 340 ahlinya di Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16 dalam Parlimen Pasir Salak di sini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.
Mereka bertindak demikian kerana yakin hanya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menyatupadukan dan memimpin rakyat di negara ini selain kecewa dengan kepemimpinan parti itu yang saling bertelagah sesama sendiri serta tidak mempedulikan nasib rakyat di kawasan tersebut.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menubuhkan UMNO Cawangan Taman Malinja Jaya di sini dan menyerahkan borang keahlian masing-masing untuk menyertai UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis yang diadakan di kediaman bekas Setiausaha PKR kawasan itu, Mokhtar Ridzuan.






Saturday, 26 January 2013

PEMIMPIN UMNO mana pulak ni yang kena Fitnah dengan PAS Perlis !!!



Pas & Pakatan hampir ketandusan idea untuk berceramah & menarik minat rakyat sehingga menggunakan "Orang UMNO" dalam banner ceramah mereka. Terbaru, mereka menggunakan nama YB Dato Seri Shahidan Kassim yang mana dikatakan oleh mereka bahawa akan berceramah di pentas mereka ( Pas) pada 23 Januari lepas.

Gambar Ds Shahidan Kassim telah diletakkan pada banner ceramah perdana Pas  sebenarnya dijadikan modal politik untuk Pas Kedah menarik penonton pada ceramah perdana berkenaan... ( DISINI )


Walau bagaimanapun kenyataan dari YB DSShahidan Kassim mengenainya boleh bikin pentas ceramah PAS terbakar hangus :

'SAYA TIDAK HADIR MAJLIS WACANA ILMU ANJURAN PAS KEDAH PADA MALAM ESOK. SAYA JUGA TIDAK MASUK PAS. SAYA UMNO TULEN, DULU KINI DAN SELAMANYA. SAYA BUKAN MACAM PUNASEHAT DI PERLIS TU'

Cayalah ...YB!






Member BSK