Jumlah Pengunjung

Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts

Friday, 11 January 2019

PROFIL CALON BN CAMERON HIGHLANDS : RAMLI MOHD NOOR


Kuala Lumpur, 10.1.2019.  Pemilihan Ramli Mohd Noor diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Berikut adalah profil beliau:

ACP (Bersara) G/10460 Ramli Bin Dato’ Mohd NorRamli Mohd Noor
Asisten Komisioner Polis Bersara (ACP Bersara) Ramli Bin Dato’ Mohd Nor dilahirkan pada 01hb Oktober tahun 1958 di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor.   


Ayahanda beliau berketurunan Orang Asli Semenanjung dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang manakala bondanya suku kaum Termiar, Gua Musang Kelantan. Beliau merupakan Pegawai Kanan Polis berketurunan Orang Asli Semenanjung yang menyandang pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia buat ketika ini.  Beliau telah bersara  wajib  daripada  perkhidmatan  Polis  DiRaja  Malaysia  pada  tarikh  01 Oktober 2018.


Atas mengenang jasa-jasa beliau kepada bangsa, Negara dan agama semasa berkhidmat dalam PDRM, DYMM Sultan Pahang telah menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada beliau yang membawa gelaran Dato’ selepas beliau bersara.


Dari sudut aktiviti kemasyarakatan, beliau merupakan seorang penggerak dakwah Islamiah di kalangan masyarat Orang Asli Cameron Highlands dan beliau sendiri telah membawa lebih 20 Orang Asli untuk memeluk agama Islam. Beliau merupakan pengasas pergerakan Umno di kalangan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands selepas beliau bersara dari PDRM.


Kelulusan Akademik

1.  Candidate PhD in Business (IUMW)
International University Malaya-Wales

2.  Master in Public Administration (OUM) with Distinction
Open University Malaysia (Chancellor Award)

3.  Bachelor of Arts in Business Studies (Hons) (First Class)
University of East London U.K. (UEL)

4.  Diploma in Police Science (UKM)
National University of Malaysia

5.  Diploma in Public Administration (ITM)
Mara Institute of Technology Malaysia

6.  Certificate in Criminal Justice Education, University of Virginia VA. USA


7.  Federal Bureau of Investigation (FBI) National Academy
Graduate 244th Session, Quantico, Virginia USA



Anugerah Dan Pingat

1.“Pingat Peringatan Jasa Pahlawan Negara’ (PJPN)   2018
Awarded by Ketua Polis Negara

2.‘Bintang Panglima Pasukan Polis’ (Pg.PP)           2017
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

3.‘Bintang Kesatria Mangku Negara’ (KMN)             2016
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

4.  ‘Pingat Pekerti Terpilih’ (PPT), NS             2008
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan

5.  ‘Pingat Ahli Mangku Negara’ (AMN)        2007
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

6.  ‘Bintang Pahlawan Pasukan Polis’ (PPP) 2005
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong
Malaysia

Monday, 1 April 2013

JANJI ANWAR UNTUK HARGA KERETA PALING MURAH DI DUNIA !!!




Rasional Disebalik ‘Manifesto Bukan Janji’ Pakatan Tentang Penurunan Harga Kereta 

Pengumuman pimpinan pakatan pembangkang yang ingin menurunkan harga kereta melalui ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini dilihat sebagai pendekatan populis semata-mata. Ini kerana ramai yang berpendapat ia bukanlah kaedah yang terbaik buat rakyat malah bakal memberikan impak besar kepada negara.



Ini kerana secara keseluruhannya penurunan dan pemansuhan cukai kenderaan belum tentu menurunkan harga kereta. Sebagai contoh kereta hibrid tidak dikenakan cukai, namun harganya tidak pula diturunkan kerana pengeluar juga perlu mengambil untung.  

Malah di Amerika Syarikat kereta tersebut turut dikenakan cukai, namun harganya lebih murah kerana pasaran negara itu besar berbanding Malaysia.

Kerajaan secara dasarnya telah mengambil kira pelbagai faktor dalam usaha menurunkan harga kenderaan, termasuk syarikat pengeluar, pengusaha industri kenderaan terpakai serta kepentingan pengguna. 



Adalah penting untuk mengimbangi semua ini, kerana jika harga kereta terlalu rendah syarikat pengeluar tidak akan mendapat keuntungan malah para pelabur pula akan lari dan tidak lagi membuka kilang di Malaysia. Tidak ketinggalan penurunan harga kereta secara mendadak turut akan menjejaskan pembangunan industri automotif tempatan secara keseluruhan. 

Kesannya ialah ekonomi kita, kestabilan ekonomi negara bakal terjejas sekiranya harga atau duti eksais diturunkan seperti yang dikatakan oleh pembangkang jika berjaya menawan Putrajaya. Malah mereka-mereka yang terlibat dengan industri automotif ini akan berdepan dengan situasi gulung tikar dan muflis.

Itu belum lagi diambil kira faktor yang akan menyebabkan hasil negara berkurangan sebanyak RM7 bilion. Sekali gus ia pastinya akan merencatkan usaha kerajaan untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.



Menurut pakar ekonomi, apa yang penting ialah bukan menurunkan harga cukai, kerana harga kenderaan sebenarnya boleh turun tanpa perlu mengurangkan pendapatan negara. Iaitu melalui langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini dengan melakukan rundingan dengan syarikat pengeluar kenderaan. 

Ini kerana langkah tersebut jelas terbukti memberi hasil positif yang jauh lebih baik berbanding ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang. Malah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar lebih efisien, selamat dan dinikmati juga merupakan satu langkah yang dinamik. 

Selain mengelakkan kesesakan jalan raya, kos perjalanan yang lebih murah ia juga mampu mengurangkan penceraman alam sekitar. Ini kerana hanya dengan menurunkan harga tidak akan mampu memberi penyelesaian terbaik kerana perlu mengambil kira faktor pengeluaran serta pendapatan rakyat.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa pembangkang kini ketandusan idea sehingga membuat kenyataan tanpa kajian terperinci dan kesan yang bakal dihadapi negara jika ia dilaksanakan. Berbeza dengan kerajaan BN yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan dasar-dasar yang mampu menjana ekonomi negara serta kemakmuran rakyat.



Tuesday, 19 March 2013

NIK AZIZ Laksanakan HUKUM HUDUD Di KELANTAN Esok !!! ...




Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum. 

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya. 

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut. 

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini. 



Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya. 

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang. 

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian. 

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan. 

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah. 

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya? 

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.



Member BSK