Jumlah Pengunjung
Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Sunday, 10 September 2017
MELAMPAU, NABI ISMAIL ANAK LUAR NIKAH KATA PEMIMPIN PEMBANGKANG SABAH!!!
Beberapa hari sebelum itu, ahli politik yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman mewakili Parti Reformasi Negeri (STAR) itu juga telah membuat kenyataan bahawa Nabi Ismail merupakan anak luar nikah Nabi Ibrahim.
Beliau mendakwa umat Islam hanyalah terikut-ikut melakukan upacara korban Nabi Ibrahim tanpa memahami konteks dan pengajaran yang terdapat disebalik peristiwa tersebut sepertimana yang dihayati oleh bangsa Israel dan penganut-penganut agama Kristian. Beliau berkata, “Ada juga kebenarannya apa yang dikatakan oleh Siti Kasim ini.
Upacara korban itu cuma dilakukan oleh Agama Yahudi bagi “melambangkan” apa yang bakal Tuhan lakukan nanti bagi memberikan “syafaat” (keselamatan) kepada bangsa Israel kelak.”
(Kisah penuh klik disini)
Friday, 19 April 2013
PENYOKONG PAS MAKIN PENING SOAL PEREBUTAN KERUSI PEMBANGKANG !!!
Ramai ahli dan penyokong PAS tepuk dahi sendiri melihatkan suasana hiruk-piruk dan berpuak-puak dalam perebutan kerusi sesama sendiri sempena PRU-13 terutama sekali di Kelantan.
Suasananya agak panas, kelam kabut dan serba bercelaru. Itu gambaran jelas betapa kalutnya proses pemilihan calon-calon PAS untuk PRU-13, semacam tiada lagi nilai jihad dalam perjuangan para pemimpinnya.
Dari A sampai Z berkucar 'wak yah' kerana wujudnya puak-puak berlainan kepentingan yang merasakan kroni dan waris warah masing-masing lebih berhak menjadi calon terutama sekali di kawasan yang dikira selamat.
Pengumuman calon misalnya yang sepatutnya berlangsung pada 12 April 2013 dalam majlis Himpunan Kelantanku Hijau tapi gara-gara kekalutan yang berlaku memaksa ianya ditunda kepada 17 April 2013.
Setelah nama-nama calon diumumkan, lagi sekali ahli dan penyokong PAS menepuk dahi sendiri apabila sebahagian punca kekalutan ini juga melibatkan Dewan Harian PAS yang turut sibuk memasang calon masing-masing.
Soal berjuang kerana jihad demi kedaulatan Islam yang sering dilaungkan sudah habis di bakul sampahkan. Pening ahli dan penyokong PAS dibuatnya.
Diam tak diam, UMNO dan BN Kelantan sudah menang di pusingan pertama kerana lebih awal mengumumkan calonnya tanpa banyak masalah dan soal cah keting juga sudah tidak kedengaran.
Pergolakan dan kekalutan dalaman serta persaingan pelbagai puak dalam kepimpinan PAS Kelantan tika ini menjadikan parti berlabel Islam itu tiada jauh bezanya dengan UMNO mahu pun PKR.
PAS sudah semakin hanyut dan kian hilang identiti Islamik yang selama ini dibanggakannya, barangkali kerana peralihan zaman atau sebenarnya disebabkan para pemimpinnya tenggelam dalam mimpi indah mengejar kuasa di Putrajaya.
Apa yang berlaku kini, ia boleh disimpulkan sebagai rekod terburuk dalam sejarah PAS berbanding kekalutan yang pernah berlaku semasa pemilihan calon PAS untuk PRU 1978 dan PRU 2004 dulu.
Andainya kesimpulan itu benar, bermakna suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat bahawa keputusan PRU-13 yang akan diterjemahkan dalam peti undi kelak yang bakal membawa perkhabaran buruk yang sukar untuk dielakkan.
Sunday, 10 February 2013
Pembangkang Panggil Ustaz Kazim Elias ANJING !!!
Siapa yang tak kenal dengan AF Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, seorang pendakwah bebas yang begitu disegani seluruh rakyat Malaysia. Seorang pendakwah yang tidak pernah mencaci orang, maki hamun orang, kutuk orang, menggelar orang dengan gelaran yang bukan-bukan dan sebagainya dalam ceramah beliau seperti sesetengah pendakwah lain.
Tetapi aku agak terkejut bila terbaca status Ustaz Kazim Elias kat facebook dimana ada orang yang menghina dan mengutuk beliau dengan panggilan "ANJING". Aku tidak tahu siapa tapi aku yakin manusia yang menghina dan mengutuk beliau dengan panggilan anjing ni tak lain tak bukan puak parti pembangkang. Aku bukan nak tuduh sebarangan tetapi aku yakin aku dipihak yang benar kerana memang selama ni puak pembangkang cukup anti dengan beliau.
Cuma yang membuatkan aku sedih yang teramat sangat dimana dalam status facebook beliau yang sama beliau mengatakan mata beliau semakin kabur. Aku mohon kepada semua pembaca blog aku marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar Allah panjangkan umur AF Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz dan berikan beliau kesihatan yang baik agar beliau dapat teruskan perjuangan berdakwah kerana aku percaya dan aku yakin kita semua dahagakan ilmu yang beliau sampaikan. Semoga Allah makbulkan doa kita semua. Amin..
Saturday, 19 January 2013
ahli dap kecewa !!!
DAP terus menerima tekanan daripada ahli-ahlinya berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu baru-baru ini yang disifatkan mereka mengandungi unsur-unsur manipulasi.
Terbaharu, dua lagi pemimpin DAP negeri ini hari ini, membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negeri ini, supaya siasatan terperinci dibuat terhadap keputusan pemilihan tersebut.
Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, K. Chelvam berkata, pihaknya mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengadakan semula pemilihan itu demi mengembalikan kredibiliti parti.
Saya sudah lama dalam DAP dan telah ke Pulau Pinang, tetapi tidak dapat mengundi. Saya tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Dahulu memang saya percaya kepada DAP," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS negeri di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





