Jumlah Pengunjung

Showing posts with label perdana menteri malaysia. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri malaysia. Show all posts

Monday, 1 July 2013

PERCAYAKAH KORANG KEWIBAWAAN NAJIB SATUKAN RAKYAT MALAYSIA !!!




MELBOURNE - Seorang komentator terkemuka Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki "wibawa dan kuasa" untuk menyatukan seluruh masyarakat selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

"Beliau begitu jujur, dan bila beliau berkata "Saya berhasrat mentadbir untuk semua rakyat Malaysia. Ini cukup menggalakkan," kata Tan Sri Robert Phang, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyayang Sosial kepada Bernama di sini.

"Najib adalah orang yang paling tepat untuk mengesani punca sebenar berlaku kegelisahan politik, terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Satu post-mortem perlu dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab mengapa MCA dan parti-parti komponen Cina lain dalam BN ditolak oleh masyarakat mereka sendiri.

"Mereka gagal mengadakan hubungan dengan pengundi kawasan mereka dan ini satu malapetaka. Tidak ada perwakilan Cina dalam Kabinet. Ini amat mengecewakan. Jadi sesuatu perlu dilakukan," katanya.

Phang berada di sini untuk berucap di dewan Perniagaan Cina Victoria hujung minggu ini.

"Najib telah menunjukkan dengan begitu meyakinkan bahawa beliau mahu meneruskan rancangan dan program untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

"Tetapi beliau perlu mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina dan India. Ini saya yakin, akan beliau capai," tambahnya.

"Kerana warisan keluarganya, latihan Britain, keterbukaan minda dan begitu reseptif kepada cadangan, saya yakin Najib adalah tokoh zaman ini yang mampu menyatukan negara.

"Najib banyak kali berkata "ubah, atau diubah'. Beliau memahami keseriusan situasi dan kita boleh jangkakan reform dalam Umno dan BN.

"Walaupun terdapat pengkritiknya, perdana menteri mendapat mandat besar pada pilihan raya dan beliau boleh maju ke depan dengan yakin dan dengan kuasa."

Phang berkata walaupun penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat untuk tujuan semak dan imbang, "mereka mestilah konstruktif dan berkesan dan tidak setakat melaungkan slogan dan berarak di jalan raya".

Beliau berkata perhimpunan yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak produktif, memusnah dan mengelirukan dan akan mengusir keluar pelaburan asing.

"Malaysia adalah sebuah negara indah. Saya ingin melihatnya berkembang dan makmur," kata Phang. - Bernama




Wednesday, 27 March 2013

NEW SUNDAY TIMES PON TIBAI ANWAR BERAHIM !!!





Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.

Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi ‘pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri’.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."



Wednesday, 13 March 2013

Yusuf Al-Qaradawi Buktikan Najib Benar, Anwar Salah !!!




Tindakan ulama terkemuka dunia Islam, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.

Dalam permulaan surat itu, tanpa berselindung Al-Qaradawi memanjatkan doa memohon kepada Allah S.W.T semoga terus mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Dato' Seri Najib dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global.

Surat penghargaan Al-Qaradawi ini merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Ia langsung tak terjangka oleh sesiapa memandangkan selama ini gerombolan pembangkang sering menggambarkan ulama tersohor itu agak dingin dengan kepimpinan negara.

Adalah satu kebiasaan Anwar memanipulasi nama Al-Qaradawi dalam usaha mencipta persepsi umum supaya dirinya dilihat berada di pihak yang benar dan mendapat sokongan ulama terkemuka itu dalam usahanya menjatuhkan kepimpinan Najib dan Kerajaan Malaysia.

Lantaran itu tidaklah menghairankan apabila ramai di kalangan pemimpin pembangkang sering mendabik dada konon perjuangan mereka menentang Barisan Nasional (BN) sentiasa mendapat sokongan dan restu dari tokoh ulama terkemuka dunia Islam itu.

Malah gerombolan pembangkang sering mempropagandakan kononnya Al-Qaradawi mempunyai hubungan yang agak akrab dengan ketua Umum PKR dan amat bersimpati dengan nasib Anwar yang dikatakan telah dianiaya oleh Najib dalam isu liwat.

Tanpa disedari umum, khilaf pandangan Al-Qaradawi dalam isu liwat Anwar itu sebenarnya tercetus dari kejayaan manipulasi hubungan rapat beberapa pemimpin PAS dan PKR dengan seorang anak Al-Qaradawi. Dari situlah munculnya desas desus hubungan dinginnya dengan Kerajaan Malaysia.

Lagi pun jika benar Al-Qaradawi berpegang teguh pada pandangan bahawa pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah konspirasi Kerajaan Malaysia, tentunya tidak sesekali ulama terkemuka itu sanggup mendoakan kebaikan untuk sebuah pemerintahan yang dikatakan zalim, bukan begitu?.

Berkemungkinan besar perubahan pandangan ulama tersohor ini bertitik tolak dari perilaku Anwar sendiri yang pernah mengikrarkan kesediaannya untuk menjaga keselamatan negara Israel, satu ikrar yang bersifat pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Selain itu, kesediaan Ketua Umum PKR itu mengambil mudah mengiktiraf aktiviti LGBT dan turut memberi sokongan terhadap kegiatan liberalisme dan pluralisme juga diketahui amat tidak disenangi Al-Qaradawi dan ramai ulama lain di dunia Arab.

Ternyata kebenaran sememangnya pahit bagi penyokong pembangkang. Realiti sebenar langsung tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar, sebaliknya amat tinggi pengharapan Al-Qaradawi untuk melihat Malaysia di bawah kepimpinan Najib terus memacu kebangkitan dan ketamadunan umat Islam.

Kegelojohan Anwar mahu mendaki puncak pemerintahan telah menjerat dirinya sendiri, langkah mendekati golongan LGBT , liberalisme dan pluralisme tidak menjadikannya berada di pihak yang benar sebaliknya mendedahkan lagi dirinya di pihak yang songsang dan bersalah.

Doa yang dilafazkan oleh Al-Qaradawi itu cukup simbolik dan bagaikan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Dato' Seri Najib dan Kerajaan Malaysia. Paling penting ia menunjukkan keyakinan ulama tersohor itu yang Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib sudah berada di landasan yang betul dan benar.




Member BSK