Jumlah Pengunjung

Showing posts with label rahsia anwar. Show all posts
Showing posts with label rahsia anwar. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Bukti Anwar Cuba Rasuah Haron Din untuk KALIMAH ALLAH !!!



Satu 'perjumpaan sulit' telah berlaku antara Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada malam Isnin lalu.

Pertemuan itu bukan atas anjuran mana-mana organisasi malah Anwar Ibrahim sendiri mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Datuk Dr. Haron Din sendiri.

Dalam 'pertemuan sulit' itu Datuk Dr. Haron Din telah ditawarkan jawatan tertinggi bergaji besar jika pakatan menang dengan syarat Datuk Dr. Haron Din mengaku bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Agama Kristian dalam bible berbahasa melayu.

Beberapa pemimpin Pas mensyaki sesuatu selepas sahaja pertemuan sulit tersebut Datuk Dr. Haron Din terus jadi 'bisu' tanpa sebarang kenyataan mengenai kalimah Allah.

Jika benar Datuk Dr. Haron Din telah menerima syarat Anwar Ibrahim yang dianggap dajal maka Pas akan menghadapi tahap kehancuran yang paling dashyat.

Ada juga kenyataan yang dibuat bahawa pertemuan sulit antara Anwar dan haron Din telah diatur oleh beberapa pemimpin cina DAP yang takut Melayu dalam pakatan pembangkang berpecah dan ini mengurangkan peluang mereka untuk menakluki Malaysia.

 Untuk bukti perbincangan mereka sila KLIK SINI...




Saturday, 2 February 2013

Rahsia Anwar Mufliskan Malaysia Terbongkar !!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, ia berikutan tindak tanduk Anwar dan kenyataan PR yang sering berubah-ubah dalam sesuatu isu, maka tidak mustahil akta tersebut diwujudkan semula jika mereka berkuasa.

Menurutnya, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah banyak negara termasuk Amerika Syarikat meniru akta tersebut.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati beliau (Anwar), tidak mustahil ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

"Kenapa saya berfikiran begitu, kerana mereka sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud kerana PR tidak boleh lagi menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.

Dakwa Dr Mahathir lagi, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan.

Selain itu, Musa turut menegaskan 'Arab Spring' boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

"Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.

"Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan," katanya.

Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.

"Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.

"Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara," katanya.




Member BSK