Jumlah Pengunjung

Showing posts with label terkini. Show all posts
Showing posts with label terkini. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

TERKINI... Seorang Lagi Pengganas Berjaya Di Tembak Mati !!!



Seorang lagi penceroboh berjaya dibunuh semalam menjadikan jumlah penceroboh yang terbunuh seramai 54 orang sejak pertembungan pertama pada 1 Mac.


Menurut Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam satu sidang media pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia juga menerima 22 mayat lelaki bersenjata dari tiga kawasan operasi di Semporna dan Felda Sahabat.

Empat mayat dibawa keluar dari perkampungan atas air Simunul di Semporna, 16 mayat telah dijumpai di Tanjung Batu manakala dua yang lain di Kampung Tanduo.

Hamza berkata kesemua mayat dibawa ke Tawau dan Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat.




Monday, 11 March 2013

AHLI PAS Memang Bodoh Jika Tak Baca Berita Terbaru Ni !!!



Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang.

"Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita.

"Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk "Masa Depan Bangsa Malaysia" di sebuah sekolah di sini hari ini.

Dr. Mahathir, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran, berkata rakyat perlu menolak kerajaan yang tidak mementingkan pendidikan kerana sesebuah negara akan menjadi mundur jika tidak ada penguasaan ilmu secukupnya di kalangan rakyat.

Beliau berkata maju atau mundur sesebuah negara itu bergantung kepada tahap ilmu atau budi pekerti rakyatnya.
Katanya, sesebuah bangsa akan maju jika memiliki ilmu serta budi pekerti yang baik dan warga pendidik patut memainkan peranan untuk menyemain nilai mulia ini dalam diri masyarakat.

"Pada zaman ini, banyak penghijrahan berlaku dari kampung ke bandar, dan ibu bapa dilihat tiada masa untuk mendidik anak atas sebab kesibukan kerja, dan para guru terpaksa membentuk peribadi mulia bagi anak-anak ini," katanya sambil menambah kerajaan memperuntuk hampir 25 peratus daripada belanjawan tahunan untuk pendidikan.

Dr. Mahathir berkata "Arab Spring" di Asia Barat berlaku sebab rakyatnya tidak menguasai ilmu secukupnya, dan percaya kebangkitan politik itu tidak akan berlaku di negara ini kerana kerajaan memberi banyak peruntukan untuk pendidikan.








TERKINI... Pengakuan Ikhlas, 20 Tahun PAS Sesatkan Kami !!!

ISMAIL Samah (kiri) menerima borang kemasukan ahli UMNO daripada 35 bekas ahli Pas yang diketuai oleh Ali Bakar (tiga dari kanan) selepas Majlis Ceramah Selamat Tinggal Pembangkang di Kampung Tok Dor, Jabi, Besut, Terengganu, malam kelmarin


Seramai 35 anggota dan penyokong Pas dari Kampung Tok Dor dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Jabi, Setiu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Ketua mereka, Ali Bakar, 69, berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.

"Dulu mereka persoalkan dan beritahu bahawa ahli UMNO jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC dalam Barisan Nasional, tetapi hari ini Pas pula berkawan dengan DAP, tidak pula dihukumnya," katanya kepada pemberita.
Ali yang menjadi anggota Pas selama lebih 20 tahun berkata, mereka kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang sering berdolak-dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam termasuk penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

"Kami semua baru sedar tipu helah pemimpin Pas yang sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong Pas terkeliru. Sebelum ini kami ahli Pas pernah bertanya kepada pemimpin kami mengenai kedudukan isu kafir-mengkafir, tetapi tiada seorang pun yang tampil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka," katanya.

Majlis penyerahan borang keahlian UMNO didahului oleh Ali kepada Setiausaha Umno bahagian Setiu, Ismail Samah.


Member BSK