Jumlah Pengunjung

Monday 22 October 2012

HAFIZH HAMPIR MALUKAN PELUMBA DUNIA !!!

Pelumba wildcard negara, Hafizh Syahrin Abdullah hampir memalukan pemenang perlumbaan Moto2, Alex De Angelis pada Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabanga Sepang (SIC) semalam sebelum perlumbaan ditamatkan awal akibat hujan lebat. Hafizh, yang bermula pada petak ke-27 cemerlang apabila berada pada kedudukan paling hadapan pada pusingan kesembilan hingga ke-11.
Namun, pelumba negara itu menamatkan saingan pada kedudukan keempat apabila perlumbaan ditamatkan pada pusingan ke-15 daripada 19 pusingan keseluruhan.
De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing mencatat masa 36 minit, 57.793 saat untuk tempat pertama, meninggalkan pelumba QMMF Racing, Anthony West di tempat kedua manakala pelumba Federal Oil Gresini Moto2, Gino Rea ketiga.
Kata Hafizh, pencapaian tempat keempat semalam didorong selepas melihat kejayaan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin meraih kedudukan kedua.
�Sokongan penyokong tempatan yang luar biasa dan kejayaan Zulfahmi benar-benar membuatkan semangat saya berada pada tahap terbaik.
�Malah ketika dalam perlumbaan dan sewaktu litar mula dibasahi hujan, saya cuba untuk berada pada kedudukan hadapan bagi memberikan saingan kepada De Angelis dan pelumba lain.
�Namun disebabkan masalah pada tayar belakang akibat kerap menggunakan brek menyebabkan saya dipintas oleh pelumba lain termasuk De Angelis," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan.
Pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu menamatkan perlumbaan dengan masa 36; 60.734s.
Ia adalah peningkatan membanggakan buat Hafizh yang menduduki tempat ke-20 tahun lalu.
Lebih manis apabila Hafizh yang menimba pengalaman berlumba pada Kejuaraan CEV Buckler di Sepanyol turut mencatat masa sepusingan terpantas pada perlumbaan semalam iaitu 2:23.707s pada pusingan ke-10.

1 comment:

Member BSK