Jumlah Pengunjung

Sunday 20 September 2015

MYVOC AGIH 1000 TOPENG MUKA PERCUMA UNTUK PELAJAR SEKOLAH !!!



Putrajaya – Berikutan masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara ini, Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) meneruskan misi kesukarelaan ke Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1) bagi mengedar topeng muka kepada 1000 orang murid sekolah tersebut sebagai langkah pecegahan daripada penyakit bawaan jerebu.



Misi pada hari ini diketuai oleh Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM bersama 10 orang sukarelawan MyVOC. Turut hadir adalah Sdr Norazli Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara JBSN KBS. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Komuniti Sukarelawan ini, semoga kerja-kerja sukarelawan ini akan mendapat penyertaan dari ramai lagi golongan anak muda malaysia. - belia.org.my


No comments:

Post a Comment

Member BSK