Jumlah Pengunjung

Wednesday 21 May 2014

CUBAAN BUNUH TERHADAP KUMPULAN WINGS !!!



Kumpulan rock popular Wings melahirkan rasa kesal apabila tiga lagu dalam album terbaru mereka berjudul `Menakluk Kosmos' yang akan berada di pasaran pada Khamis ini dan satu lagu untuk runut bunyi filem terbaru KRU yang bakal di tayang tidak lama lagi telah dicetak rompak.
 
Berikutan itu, vokalisnya, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, tiga lagu yang dicetak rompak itu bertajuk 'Bisa Yang Tertunda', 'Ingatkan Dia', 'Peti Pandora Mu' telah dipasarkan lebih awal oleh lanun cetak rompak dalam bentuk video cakera padat (VCD).

"Saya amat kesal sebab lagu terbaru yang sepatutnya mula berada di pasaran Khamis ini tetapi telah keluar lebih awal daripada tarikh tersebut. Ternyata penjual tidak takut kepada undang-undang.

"Malah, sekiranya perbuatan itu tidak disekat dengan segera, pasti mereka akan bermaharajalela," katanya terkilan.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, Selangor di sini malam tadi.
Menurut Awie, beliau berharap supaya pihak berkuasa akan lebih bertegas dalam memantau dan membanteras kegiatan haram tersebut.

"Sebagai penggiat seni, saya akan terus bersuara untuk mendapat keadilan dan pembelaan kerana perkara ini bukan perkara baharu dalam kalangan kami. Kesannya sudah kelihatan sejak beberapa tahun dahulu lagi.

"Apa yang kami perlukan adalah dengan mengharapkan pihak berkuasa mengambil perkara ini lebih serius, kerana masalah cetak rompak terus berleluasa. Kini jenayah itu sudah sampai suatu tahap yang membimbangkan," katanya.


Awie bersama anggota kumpulan Wings menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berhubung album baru kumpulan itu yang dicetak rompak, di Balai Polis Malawati, di sini malam tadi.

SUMBER


No comments:

Post a Comment

Member BSK