Jumlah Pengunjung

Showing posts with label cubaan bunuh. Show all posts
Showing posts with label cubaan bunuh. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

CUBAAN BUNUH TERHADAP KUMPULAN WINGS !!!



Kumpulan rock popular Wings melahirkan rasa kesal apabila tiga lagu dalam album terbaru mereka berjudul `Menakluk Kosmos' yang akan berada di pasaran pada Khamis ini dan satu lagu untuk runut bunyi filem terbaru KRU yang bakal di tayang tidak lama lagi telah dicetak rompak.
 
Berikutan itu, vokalisnya, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, tiga lagu yang dicetak rompak itu bertajuk 'Bisa Yang Tertunda', 'Ingatkan Dia', 'Peti Pandora Mu' telah dipasarkan lebih awal oleh lanun cetak rompak dalam bentuk video cakera padat (VCD).

"Saya amat kesal sebab lagu terbaru yang sepatutnya mula berada di pasaran Khamis ini tetapi telah keluar lebih awal daripada tarikh tersebut. Ternyata penjual tidak takut kepada undang-undang.

"Malah, sekiranya perbuatan itu tidak disekat dengan segera, pasti mereka akan bermaharajalela," katanya terkilan.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang, Selangor di sini malam tadi.
Menurut Awie, beliau berharap supaya pihak berkuasa akan lebih bertegas dalam memantau dan membanteras kegiatan haram tersebut.

"Sebagai penggiat seni, saya akan terus bersuara untuk mendapat keadilan dan pembelaan kerana perkara ini bukan perkara baharu dalam kalangan kami. Kesannya sudah kelihatan sejak beberapa tahun dahulu lagi.

"Apa yang kami perlukan adalah dengan mengharapkan pihak berkuasa mengambil perkara ini lebih serius, kerana masalah cetak rompak terus berleluasa. Kini jenayah itu sudah sampai suatu tahap yang membimbangkan," katanya.


Awie bersama anggota kumpulan Wings menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya berhubung album baru kumpulan itu yang dicetak rompak, di Balai Polis Malawati, di sini malam tadi.

SUMBER


Friday, 26 April 2013

PANAS... VIDEO PENGAKUAN TAKUT DI BUNUH DARI MAKCIK BADARIAH !!!




Seperti yang kami janjikan petang semalam, makcik Badariah telah membuat laporan polis pada pukul 4.40 petang. Di bawah adalah salinan laporan polis untuk membuktikan kisah ini adalah benar. Kami masih menunggu apa jawapan dari pihak yang telah mengugut.

Untuk mengetahui kisah sebelumnya sila klik disini dan disini...

dan untuk melihat pengakuan cerita sebenar sila lihat video di bawah...






Tuesday, 26 March 2013

CUBAAN MEMBUNUH TUN MAHADIR !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Sebak bila membaca kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tanpa mengetahui ada rancangan untuk membunuh saya, tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang perkara itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Ini menunjukkan hati Tun Mahathir lebih mulia daripada pemimpin Pas yang bersikap hipokrit dan munafik sehingga sanggup merancang untuk membunuh Tun Mahathir.



Sebelum ini bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Member BSK