Jumlah Pengunjung
Friday, 21 August 2015
SIDANG DUN PERAK.. PAS TIDAK DUDUK DALAM KANDANG BABI DAP LAGI !!!
DAP kalau tidak bersikap nakal adalah sesuatu yang agak aneh. Begitu juga beberapa wakil rakyatnya. Sama juga seorang lagi wakil rakyat PAS.
Kalau setakat nakal, masih boleh dimaafkan tetapi bagaimana kalau mereka bersama-sama rakan pembangkang menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari?
Kalau pagi Rabu ketika berlangsung sidang DUN ke13 hari kedua, mereka sekadar menyindir, dalam sidang yang lalu mereka bertindak beramai-ramai memakai baju serba hitam.
Mereka enggan memakai uniform nombor satu persidangan pada hari Sultan Perak merasmikan persidangan berkenaan.
Agak ironi, lima wakil rakyat PAS ikut telunjuk DAP ketika itu.
Tetapi rasanya sejak tidak lagi “sekandang”, mereka tidak lagi terpegaruh dan lebih banyak bersikap berkecuali.
Kalau kesemua puak pembangkang ini ingat rakyat lupa, lupakan. Perbuatan mereka bukan saja masih dalam ingatan pihak lstana, juga rakyat Perak.
Pada Selasa sewaktu hari pertama sidang DUN ke13, ia berjalan dengan lancar sehingga Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dapat membentang Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak (2016-2020) dengan begitu selesa.
Pendek kata wakil-wakil rakyat pembangkang turut memberi perhatian kerana kawasan mereka juga turut sama memperoleh buah-buah pembangunan.
Contoh Sitiawan kini, dan dalam penggal lalu dikuasai ADUN DAP (Ngeh Koo Ham) namun kerajaan tidak pinggirkan dari segi pembangunan.
Begitu juga parlimen Lumut, dianggap kubu traditional BN menyaksikan dalam PRU ke13 lalu jatuh ke tangan pembangkang.
Namun demikian Lumut dan Sitiawan memperoleh projek mega seperti pembangunan pusat pengumpulan dan pengedaran bijih besi oleh Syarikat Vale Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. daripada Brazil di Teluk Rubiah, Manjung.
Kerajaan juga memilih Kampung Acheh di Lumut bagi mewujudkan Kampung Acheh Free Zone (KAFZ) yang terletak berhampiran Lumut Maritime Terminal untuk memudahkan urusan import eksport kargo-kargo.
Kerajaan Persekutuan juga bercadang membina Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Segari, Lumut.
Kita ingatkan apabila segala-gala berjalan licin dan lancar seperti hari pertama, ia bakal berterusan atas semangat “kekeluargaan.”
Sebaliknya tidak seperti disangkakan. Apabila Nga bangun bertanyakan soalan (dan soalan tambahan), lain pula ceritanya.
Ia menyindir Perdana Menteri DS Najib Razak dengan menimbulkan soal RM2.6 billion. Walaupun ia seperti “humour” (berseloroh) tetapi di dalam sidang DUN, ia boleh ditafsirkan pelbagai termasuk dianggap berniat jahat.
Begitu juga dengan Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering), yang sering menggunakan strategi “buat dakwaan kemudian baru bertanya soalan.”
Sering sangat berlaku sepanjang menjadi Ketua pembangkang. Dulu, beliau ialah MB Perak 11 bulan sahaja.
Tetapi sebelum itu menjawab soalan, Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor memberitahu, rizab kerajaan negeri berakhir pada 31 Julai 2015 sebanyak RM867.5 juta.
Baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat sebanyak RM62.1 juta.
Menurut Dr.Zambry pinjaman ini untuk rancangan perumahan awam sebanyak RM44 juta, rancangan pembangunan perusahaan dan ladang hutan (RM1.2 juta) pelbagai projek iaitu bangunan kerajaan (RM16.9 juta).
Beliau berkata, pinjaman bagi projek bekalan air dengan kerajaan Persekutuan di mana kerajaan negeri menjadi penjamin bagi Lembaga Air Perak, ia berjumlah RM508.1 juta.
Mengenai pinjaman pengstrukturan semula bagi fasa kedua di mana hutang tersebut akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas pelaksanaan projek-projek bekalan air di seluruh negeri disiapkan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pertama dikemukakan Nga Kor Ming. Katanya projek-projek itu ialah penaiktarafan loji bekalan dan penggantian paip-paip utama yang lama.
Selesai menjawab, Nga bangun bertanya soalan tambahan. Dr Zambry kemudian menyifatkan soalan tambahan ADUN DAP itu “ sebagai melucukan apabila wakil pembangkang itu bertanyakan mengapa kerajaan negeri tidak meminta Perdana Menteri untuk membayar hutang negeri daripada derma RM2.6 bilion.”
“Bagi saya soalan itu agak melucukan, saya tidak boleh menjawabnya kerana ia tiada kena mengena dengan hutang kerajaan negeri,” ujarnya.
Menjawab soalan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), Menteri Besar menjelaskan LAP mencatatkan keuntungan RM795 juta, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk) RM140 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) lebih RM100 juta.
Cerita Nizar bermula apabila dakwaan mengenai pinjaman ratusan ribu diberikan kepada seorang individu oleh Yayasan Perak. Tentulah “tuduhan” tanpa bukti adalah sesuatu dianggap fitnah.
Justeru, anggota EXCO juga ADUN Kamunting, Datuk Mohamed Zahir Khalid bangun membidasnya kerana ia dakwaan melulu dibuat tanpa mengemukakan sebarang fakta. Bila ditanya kepada Nizar,dia kelihatan kantoi.
Nizar yang turut membahas Rancangan Pembangunan Lima tahun Perak kelihatan gagal menyokong dengan fakta bahawa Yayasan Perak tidak membantu pelajar tempatan. Seperti biasa, apabila diasak Zahir, Nizar cuba berdolak dalik dengan berkata, “saya hanya bertanya”.
Dakwaan Nizar akaun pembangunan dan sains negeri Perak diarah ditutup dan bakinya sejumlah RM430,000 dipindahkan kepada akaun peribadi seorang wanita ditegor Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hahim.
Sementara itu pada hari pertama, Dr.Zambry berkata 23 lot daripada 48 lot tanah telah dirampas oleh Pentadbiran Tanah Daerah Pengkalan Hulu kerana gagal membayar cukai tanah.
Katanya Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) turut menolak permohonan kelulusan kebenaran merancang pada 30 Jun yang lalu bagi sebahagian tanah yang telah dicadangkan untuk pembangunan Northgate.
“Bagi tanah yang telah dirampas, sebahagiannya telah diletakkan di bawah kawalan MDPH dan dijadikan tempat pemunggahan buah-buahan dan barangan.
“Caj pemunggahan telahpun berkuatkuasa pada 1 April 2015 terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menjalankan pemunggahan buah-buahan dan barangan di sekitar sempatan Pengkalan Hulu – Betong,” katanya.
Tuesday, 11 August 2015
LELAKI FITNAH MBI DI FACEBOOK DAH KECUT TELOR !!!
IPOH - "Ketika itu saya sedikit emosi dan marah bila nampak makcik tu
menangis, kerana itu saya kongsikan gambar di Facebook,” kata Nurrudin
Abdul Mujid, 22, pemilik akaun yang mendapat perhatian sebaik memuat
naik sekeping gambar seorang peniaga kacang putih yang didakwa dikasari
anggota penguat kuasa, minggu lepas.
Nurrudin berkata, ketika kejadian, dia melihat peniaga wanita berusia
41 tahun itu menangis dengan barang perniagaannya bertaburan di kaki
lima.
Menurutnya, turut berada di lokasi kejadian adalah beberapa anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Saya faham mereka (MBI) hanya jalankan tugas, tak nampak pun mereka
mengasari peniaga itu, tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak,
saya cuma sedih bila nampak makcik tu menangis,” katanya pada sidang
media di Pusat Rawatan Harian Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di
sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria
Sebelum ini, pengguna laman sosial mengutuk tindakan pihak berkuasa
tempatan (PBT) yang disifatkan kejam apabila gambar memaparkan seorang
wanita India sedang duduk sambil memerhati hasil jualannya yang
bertaburan di atas jalan raya, tersebar di Facebook.
Wanita berkenaan dikatakan menjalankan perniagaan makanan ringan tanpa
lesen sah di bahagian belakang bangunan HRPB yang merupakan lokasi
larangan berniaga.
Nurrudin turut menyatakan permohonan maaf kepada semua pihak sama ada
secara langsung atau tidak langsung atas status yang telah menjadi
‘viral’ di laman sosial Facebook berhubung kejadian itu.
“Saya pun tak sangka, ia boleh jadi viral seperti ini,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Bandar MBI, Datuk Zamri Man tidak menolak
kemungkinan gambar sedemikian sengaja diambil dan kemudiannya diviralkan
oleh orang-orang berkepentingan yang berniat negatif ke atas MBI.
Menurutnya, laporan awal mendapati, barangan jualan yang bertaburan itu, dilakukan sendiri oleh peniaga terbabit.
“Kita sentiasa ambil pendekatan yang cukup mesra dengan semua orang,
jadi apabila kita tengok sahaja gambar itu, kita tidak percaya pegawai
kita ada melakukan hal tersebut.
“MBI ada menerima aduan daripada orang ramai yang menyatakan banyak
perkara buruk berlaku akibat kewujudan peniaga itu termasuklah kesesakan
dan sebagainya.
“Jadi kita hanya melaksanakan tanggungjawab selepas menerima aduan daripada orang awam,” katanya.
Wanita terbabit, S Selvajanaki, 41, turut tampil bertemu media dalam
keadaan menangis ditemani Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar dan
Ketua Wanita DAP Perak, Lim Pek Har di sini, semalam.
Difahamkan, ibu tunggal yang tinggal di Menglembu itu mempunyai tiga
anak yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur.
Dia meraih pendapatan melalui jualan makanan ringan dari satu tempat ke tempat lain bagi menampung kehidupan harian.
Sementara itu, Ahli Majlis MBI, M Veeran berkata, beliau sudah
menghubungi wanita terbabit dan akan membantunya memohon lesen
perniagaan bergerak.
“Kita akan bawa dia memohon lesen di MBI bagi membantunya meneruskan perniagaan,” katanya.
Thursday, 6 August 2015
GAMBAR PANAS LAN PET PET MULA TERSEBAR DI INTERNET !!!
Pelawak dan pelakon Lan Pet Pet berasa malu apabila
gambarnya yang sedang membantu mangsa kemalangan di Alor Star, Kedah
pada Sabtu lalu menjadi viral dan tersebar di laman sosial sejak Ahad
lalu.
Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 46, berkata, bantuan yang dihulurkan kepada seorang lelaki berbangsa India itu bukan bertujuan untuk meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara tidak sengaja.
Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 46, berkata, bantuan yang dihulurkan kepada seorang lelaki berbangsa India itu bukan bertujuan untuk meraih publisiti sebaliknya ia berlaku secara tidak sengaja.
“Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri.
“Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Menceritakan kejadian tersebut, Lan berkata, semasa kejadian dia memandu melalui Jalan Putra sebelum melihat sebuah kenderaan secara tidak sengaja terlanggar sebuah motosikal ditunggang mangsa dari arah belakang.
Tanpa berfikir panjang, Lan memberhentikan keretanya di arah bertentangan jalan dan segera membantu lelaki yang menaiki motosikal itu.
“Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan.
“Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan,” ujarnya.
Tambah Lan lagi, ketika itu ibunya turut bersama dan menunggu di dalam kereta ketika keadaan lalu lintas sesak ekoran orang ramai baru pulang dari tempat kerja.
Tindakan Lan itu turut mendapat pujian daripada pengguna laman sosial yang memuji sikapnya itu biarpun mangsa bukan orang Melayu.
Sementara itu, Lan Pet Pet berkata, sebagai rakyat Malaysia dia tidak pernah memilih warna kulit untuk menghulurkan bantuan dan apa dilakukannya adalah ikhlas.
“Arwah Ayah saya ketika hayatnya sering berpesan supaya menjadi seorang manusia yang mampu memberi manfaat kepada orang lain.
“Pada saya, apa yang saya lakukan itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia memang menjadi tanggungjawab kita sesama manusia,” ujarnya.
Monday, 3 August 2015
RAKYAT EROPAH BERPIDATO MELAYU DI MALAYSIA !!!
Bahasa tidak harus dilihat sebagai bahasa per se, bagaimanapun, ia harus dilihat dalam hubung kaitnya dengan politik bahasa dan politik budaya. Memanglah suatu bangsa itu akan lebih mudah dikenali dan dihormati kalau bangsa dan negara itu serba maju sari segi ekonomi, sains dan teknologi atau pendidikan warganya. Walau bagaimanapun, bahasa dan persuratan merupakan elemen dominan dalam perkembangan dan permerkasan bangsa dan negara bangsa.
Perkembangan teknologi masa kini memberi cabaran baru kepada perkembangan Bahasa Melayu. Maka gerakan memertabatan Bahasa Melayu perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi.
Keupayaan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa wahana tinggi dan bahasa ilmu yang boleh mengajarkan pelbagai disiplin ilmu selain menjadi bahasa pertuturan seharian. Ia juga menjadi bahasa yang melambangkan ketinggian budi bahasa dan ketamadunan kita.
Usaha memperkasakan Bahasa Melayu, khususnya di peringkat antarabangsa harus digembeling dan digerakkan oleh institusi kerajaan bersama masyarakat. Memperkasa bahasa Melayu memerlukan sokongan dan dokongan masyarakat keseluruhannya. Tanpa sokong Bahasa Melayu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia berkembang dan berkisar hanya di kalangan penutur bahasa itu sahaja atau di kalangan penggunanya yang setia.
Apatah lagi bahasa Melayu bukan bahasa untuk orang Melayu samata-mata, tetapi bahasa semua kaum.
Kaedah terbaik untuk mengembangkan Bahasa Melayu dengan ‘mengeksport’ bahasa Melayu ke luar negara.
Untuk merealisasikan hasrat itu satu Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri (PABM) akan berlangsung pada 4 - 6 Ogos 2015 di Hotel UNITEN dan peringkat akhir akan berlangsung pada 8 Ogos 2015 di PICC Putrajaya.
PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM. Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia.
Pidato ini bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.
PABM diideakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. PABM antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bermotifkan melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia. Penyertaan kali ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil bahagian telah meliputi semua enam benua.
Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkukuhkan melalui aspek bahasa.
Secara sinikalnya, impak kejayaan PABM dapat dirangkumkan dalam empat konteks; impak dalam pembangunan sektor pengajian tinggi; kesedaran kepada kepentingan pendidikan bahasa Melayu; peningkatan ekonomi dan pengantarabangsaan; serta kejayaan PABM dari kaca mata golongan belia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PABM http://www.pabm.com.my/
(SUMBER)
Sunday, 2 August 2015
#KEKALNAJIB HADI AWANG TETAP PERCAYA DAN YAKIN PADA NAJIB !!!
Presiden Pas pun tahu menilai .. secara tak langsung membuktikan
Sarawak Report dan serangan gerembolan pakatan Dap dan PKR memang
bergelumang dengan fitnah dan pembohongan.
“Saya puji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun
bersaing (berbeza politik). Presiden PAS pun boleh buat penilaian (isu
1MDB). Apa hal dengan orang kita ni? Tumpang semangkuk.”
“Sebagai Islam, kita kena pegang pada prinsip mencari kebenaran dan
tidak menghukum seseorang sebelum seseorang itu dibuktikan bersalah.”
Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu Haji bagi tahun 2015.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu Haji bagi tahun 2015.
Seramai 1200 orang dikalangan para imam dan pengerusi JKKK/JKKKP dari seluruh negara terpilih menyertai Program Khas Haji YAB Perdana Menteri buat kali ke-5. Program ini ditaja oleh Yayasan 1MDB.
Dalam seronok segelintir pihak menyambut agenda parti lawan menyerang 1MDB yang ketika ini masih dalam siasatan, para bakal Haji ini menadah tangan tanda bersyukur. Semoga para jemaah haji terus dicucuri rahmat dan memperoleh haji mabrur.
Pas tahu Sarawak Report pembohong”
MAHFUZ OMAR RAMAL PAS AKAN BERKUBUR PADA PRU 14 !!!
Saya
bukan lah nujum politik yang mampu membuat telahan tentang masa depan
politik sesebuah parti apatah lagi membabitkan parti yang saya dukung
iaitu parti PAS.
Saya yakin sesuatu yang
berkaitan masa depan ianya dalam Ilmu Allah. Cuma dalam politik pilihan
raya kita boleh membuat analisa dan unjuran melalui “survey” dan cula
undi.
Inilah yang telah sebati
dalam jentera gerakerja pilihan raya PAS sejak 13 kali menghadapi
Pilihan Raya Umum dan berpuluh kali menghadapi Pilihan Raya Kecil.
2. Sejak berlarutan
krisis dalam PR hingga kini boleh dikatakan banyak pihak menyatakan PAS
akan menerima kesan kemerosotan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu
pada PRU 14 akan datang.
Tidak perlu saya
membariskan insiden-insiden yang telah berlaku membabitkan PAS dan rakan
rakan PR yang mendorong menjadi penyumbang kepada kemerosotan undi
tersebut.
3. Apa yang penting
untuk dipersoalkan ialah apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh
pimpinan PAS untuk memperbaiki keadaan dalam membendung kemerosotan undi
bukan melayu khususnya pengundi cina pada PRU 14 akan datang.
Sehingga sekarang saya
masih belum nampak sesuatu telah dilakukan. Malah apa yang saya lihat
ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS
bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.
4. Respon PAS terhadap
Gerakan Harapan Baru (HB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan
ketakutan PAS terhadap kemunculan gerakan tersebut.
Kenyataan-kenyataan PAS
yang mengecam Harapan Baru dan pimpinan Harapan Baru akan membuka ruang
untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap Harapan Baru.
Ini akan menyebab
berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari
kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat.
5. Kenyataan demi
kenyataan dari kalangan pimpinan PAS yang disiarkan akhbar rasmi PAS
iaitu Harakah yang menimbulkan isu kononnya ancaman yang merosakan PAS
dari dalam adalah dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan IRC,
JIM dan kini IKRAM akan menambahkan lagi kemerosotan sokongan undi
Melayu Islam pada PAS.
Kenyataan-kenyataan
tersebut seperti mempersoalkan keikhlasan dari kalangan ahli-ahli PAS
sendiri yang berlatar belakangkan fikrah IRC, JIM dan kini dinamakan
IKRAM.
Semua harus mengakui
sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada IKRAM yang mempunyai rangkaian
di pelbagai peringkat akan menjejaskan kedudukan kekuatan PAS dari sudut
politik pilihan raya.
Mungkin dari sudut
kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, PAS boleh rasa syok sendiri kerana
tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS.
Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam.
6. Tindakan dan
kenyataan sebegini sudah pasti akan mengguris dan melukakan pihak
ahli-ahli IKRAM yang menyertai PAS mahupun yang mengundi PAS dalam
setiap pilihan raya, kerana mereka telah digambarkan oleh PAS sebagai
pengkhianat kepada Jemaah Islam PAS.
Sikap yang ditunjukkan oleh PAS ini sudah pasti mengundang penarikan sokongan dan undi dari ahli-ahli dan pendokong IKRAM.
Bukan saja IKRAM tetapi
dia akan membabitkan padangan dari pihak kumpulan Islam yang lain juga
akan merasai yang PAS tidak boleh menerima kelainan fikrah dari Jemaah
yang bukan terhasil dari tarbiah PAS untuk bersama PAS.
7. Bayangkan, daripada
senario yang saya berikan sepatutnya PAS perlu menumpu dan mengawal
pengundi terasnya iaitu Melayu Islam agar tidak kehilangan dan merosot
sokongan pada PRU 14 nanti.
Di samping berusaha
memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi
Cina. Tetapi apa yang berlaku kesan di sebalik setiap perkataan yang
dihamburkan ialah ia seumpama cirit birit mulut yang perlu dicari ubat
bagi segera menghentikannya.
8. Saya hanya
melontarkan persoalan untuk direnungi oleh pimpinan dan ahli ahli PAS
yang terlibat secara langsung dengan gerakerja pilihan raya. Jangan
sekadar hanya menyatakan yang penting bukan hanya kemenangan tetapi
keredhaan Allah yang dicari.
Kalau begitu, tidak
perlulah PAS menyertai pilihan raya yang hanya menghabiskan wang. Cukup
sekadar dengan program dakwah dan tarbiah membangun ummah. Sedangkan, hakikatnya yang kita mahukan ialah politik kuasa yang redhai Allah.
9. Terserahlah pada
pimpinan yang bijaksana untuk menerima atau menolak pandangan dan
komentar saya ini. Sekadar pandangan 10 sen daripada saya yang tidak
sebijak pimpinan yang ada kini.
Mohon maaf sejujurnya daripada saya untuk semua atas pandangan dan komentar ini.
Selamat Hari Raya ‘Edilfitri.
DATO MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
25 Julai 2015
8 Syawal 1436H
Ahli Parlimen Pokok Sena
25 Julai 2015
8 Syawal 1436H
(SUMBER)
Subscribe to:
Posts (Atom)