Jumlah Pengunjung

Monday 3 August 2015

RAKYAT EROPAH BERPIDATO MELAYU DI MALAYSIA !!!



Bahasa tidak harus dilihat sebagai bahasa per se, bagaimanapun, ia harus dilihat dalam hubung kaitnya dengan politik bahasa dan politik budaya. Memanglah suatu bangsa itu akan lebih mudah dikenali dan dihormati kalau bangsa dan negara itu serba maju sari segi ekonomi, sains dan teknologi atau pendidikan warganya. Walau bagaimanapun, bahasa dan persuratan merupakan elemen dominan dalam perkembangan dan permerkasan bangsa dan negara bangsa.

Perkembangan teknologi masa kini memberi cabaran baru kepada perkembangan Bahasa Melayu. Maka gerakan memertabatan Bahasa Melayu perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi.

Keupayaan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa wahana tinggi dan bahasa ilmu yang boleh mengajarkan pelbagai disiplin ilmu selain menjadi bahasa pertuturan seharian. Ia juga menjadi bahasa yang melambangkan ketinggian budi bahasa dan ketamadunan kita.

Usaha memperkasakan Bahasa Melayu, khususnya di peringkat antarabangsa harus digembeling dan digerakkan oleh institusi kerajaan bersama masyarakat. Memperkasa bahasa Melayu memerlukan sokongan dan dokongan masyarakat keseluruhannya. Tanpa sokong Bahasa Melayu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia berkembang dan berkisar hanya di kalangan penutur bahasa itu sahaja atau di kalangan penggunanya yang setia. 

Apatah lagi bahasa Melayu bukan bahasa untuk orang Melayu samata-mata, tetapi bahasa semua kaum.

Kaedah terbaik untuk mengembangkan Bahasa Melayu dengan ‘mengeksport’ bahasa Melayu ke luar negara.  

Untuk merealisasikan hasrat itu satu Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri (PABM) akan berlangsung pada 4 - 6 Ogos 2015 di Hotel UNITEN dan peringkat akhir akan berlangsung pada 8 Ogos 2015 di PICC Putrajaya.

PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM. Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia.

Pidato ini bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.

PABM diideakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. PABM antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bermotifkan melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia. Penyertaan kali ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil bahagian telah meliputi semua enam benua.

Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkukuhkan melalui aspek bahasa.

Secara sinikalnya, impak kejayaan PABM dapat dirangkumkan dalam empat konteks; impak dalam pembangunan sektor pengajian tinggi; kesedaran kepada kepentingan pendidikan bahasa Melayu; peningkatan ekonomi dan pengantarabangsaan; serta kejayaan PABM dari kaca mata golongan belia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PABM http://www.pabm.com.my/

(SUMBER)

No comments:

Post a Comment

Member BSK