Jumlah Pengunjung

Monday, 7 September 2015

MYVOC SERBU HOSPITAL NOR ZAHIRAH TERENGGANU !!!



Sukarelawan MyVOC sedang giat menjalankan program diseluruh negara untuk lebih mendekatkan diri mereka bersama belia-belia seluruh Malaysia. Pada tarikh 6hb September 2015 semalam, bertempat di Hospital Nor Zahirah Kuala Terengganu, sukarelawan yang telah diketuai oleh Naib Presiden MBM Puan Asfalinda telah membuat lawatan kesana bagi menceriakan pesakit dan memberi sedikit sumbangan kepada pesakit wanita dan kanak-kanak.

Kehadiran mereka ternyata telah menceriakan suasana dalam Wad hospital Nor Zahirah apabila kedatangan mereka turut dihadiri oleh badut yang menghiburkan. Terubat sedikit dihati kanak-kanak tersebut walau dalam masa yang sama terpaksa menanggung kesakitan pada diri masing-masing.

Program ini juga turut menerima kehadiran orang kuat belia Terengganu iaitu Presiden MBNT Sdr Zaidi Muda yang banyak memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.













No comments:

Post a comment

Member BSK