Jumlah Pengunjung

Friday, 8 January 2016

ZAMBRY LAKUKAN LEBIH PEMBAHARUAN NEGERI PERAK !!!

Zambry (dua, kiri) meneliti model MH Pinnacle selepas menyempiunakan majlis pecah tanah, semalam.


Sebanyak RM220 juta diperuntukkan bagi pembinaan projek berskala besar,  MH Pinnacle yang dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2018.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, MH Pinnacle merupakan bangunan  merangkumi pejabat, unit kediaman dan pusat membeli-belah.

Menurutnya, pembangunan MH Pinnacle yang akan menjadi bangunan tertinggi di Perak iaitu 49.5 meter, menjadi satu lagi projek mercu tanda untuk bandar raya Ipoh yang sebelum ini hanya dikenali sebagai pekan mati selepas waktu malam.

“Pembangunan berskala besar ini juga hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk sektor kerajaan dan swasta,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah MH Pinnacle di Jalan Medan Ipoh 3, semalam.

MH Pinnacle merupakan projek pembangunan  dimajukan Birchwood Sdn Bhd dan dimiliki sepenuhnya MH Avenue (MHAV) iaitu syarikat usahasama antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Man Hoe Holdings.

Zambry berkata, selain MH Pinnacle, lebih 20 projek berskala besar yang lain juga  dalam proses pembinaan di bawah pemantauan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Ketika ini, ada lebih 20 projek berskala besar yang sedang dibina di bandar raya ini dan akan ada lebih lagi kelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminuddin Hashim  berkata, MH Pinnacle merangkumi dua blok bangunan setinggi 29 tingkat dan menempatkan 72 unit bilik hotel serta 27 unit kediaman.

Katanya, blok kedua MH Pinnacle pula akan menempatkan 146 unit kediaman dengan menyasarkan golongan  berpendapatan tinggi, sederhana tinggi dan mereka yang mementingkan gaya hidup terkini.

“Pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Pinnacle Mall juga akan dibina dan bakal menempatkan 36 unit ruangan membeli belah (SOVO) termasuk pusat makanan ikonik atau Perak Signature Food Outlet,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK