Jumlah Pengunjung

Saturday, 19 March 2016

SOKONGAN KEPADA NAJIB TERUS MENINGKAT !!!


KUANTAN - Lebih 4,000 ahli dan pemimpin dari 14 Umno Bahagian di negeri ini, dijangka berkumpul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pagi esok, bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, 'Himpunan Solidariti' itu diadakan untuk memberi semangat kepada Najib yang juga Presiden Umno, supaya terus cekal menghadapi sebarang cabaran politik.

"Kita mahu menunjukkan Umno Pahang akan terus berdiri teguh di belakang Najib sebagai perdana menteri yang berasal dari Pahang dan Ahli Parlimen Pekan.

"Tidak kira apa bentuk tohmahan dan rintangan yang beliau hadapi, kita berharap Najib tidak akan tunduk terhadap tekanan dan teruskan agenda membela rakyat.

"Tuduhan dilemparkan kepada beliau sebelum ini, kita anggap dilakukan oleh mereka yang terdesak dan kecewa kerana impian peribadi tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, antara pengisian dalam himpunan itu termasuk ucapan daripada Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, dan  diikuti amanat oleh Najib sendiri.

Selepas himpunan berkenaan, perdana menteri dijadual menghadiri Majlis Penyerahan Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang di Perumahan Makmur Sri Fajar Jaya, Jalan Kuantan Gambang, di sini.

Najib, kemudian akan merasmikan pelancaran Taman Teknologi Hijau Pekan di kawasan Rehat dan Rawat KM26.8 Lebuhraya Gambang-Segamat, Paloh Hinai, Pekan.

Pada sebelah petang, Najib dijadual minum petang bersama masyarakat dan meninjau tapak Masjid Paloh Hinai di Taman Selasih, Pekan. – Bernama




No comments:

Post a comment

Member BSK