Jumlah Pengunjung

Saturday 14 May 2016

KAROOT KOMEDIA DI HARI BELIA NEGARA 2016 !!!



Serdang, semperna Hari Belia Negara 2016, telah dibawakan khas kumpulan dikir barat ‘Arjuna Sukma’ dipentas utama. Kumpulan Arjuna Sukma sememangnya tidak asing dikalangan kumpulan-kumpulan dikir barat seluruh Malaysia. Ini kerana, kumpulan dikir barat ini adalah sebuah kumpulan dikir barat yang telah menjayakan sebuah program ASTRO ‘Karoot Komedia’ selama tiga musim berturut-turut.

Persembahan yang telah berlangsung selama 2 jam ini telah dimeriahkan lagi oleh persembahan dari artis komidi Malaysia, Sabri Yunus, Ebby Yus dan Rahim Sepahtu. Ternya kehebatan gabungan tiga artis lawak ini sangat mencuit hati penonton-penonton semua. Persembahan tiga artis lawak ini bertambah menghiburkan kerana kumpulan Dikir Barat Arjuna Sukma sentiasa memahami kehendak mereka. Mungkin juga gabungan mereka sudah sinonim sejak dari dalam rakaman program Karoot Komedia di Astro lagi.

Kumpulan Arjuna Sukma mempunyai ‘Akademi Dikir Barat Arjuna Sukma’ tersendiri, di pimpin oleh saudara ‘Mohd Sulhie. Antara pencapaian Akademi Dikir Barat Arjuna Sukma ini adalah, mewakili negara dalam ‘Kembara Seni Beijing’ dan ‘Tamadun Melayu Riau” diluar Negara.  Terbaru, kumpulan dikir barat ini baru sahaja memenangi Pertandingan Dikir Barat peringkat kebangsaan anjuran RTM pada bulan Disember 2015.


Sedikit pengenalan tentang pengasas dan jurulatih ‘Akademi Dikir Barat Arjuna Sukma’ ini, beliau berumur 38 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 cahaya mata ( 2 lelaki 1 perempuan). Akademi ini mempunyai lebih 30 ahli yang aktif dalam pelbagai persembahan didalam dan luar Negara. Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dan menyertai Akademi ini boleh menghubungi nombor 019-4820000. 











No comments:

Post a Comment

Member BSK