Jumlah Pengunjung

Wednesday, 11 May 2016

PEMBUKAAN MALAM BELIA BERSELAWAT DI HARI BELIA NEGARA !!! #BeliaMBM #HariBelia2016 #HariBelia #‎HBN2016‬ ‪#‎TheFutureIsNow‬



Hari Belia Negara kembali lagi, jika sebelum ini Program ini dinamakan sebagai Festival Belia Putrajaya, namun pada tahun ini telah ditukar kembali kepada nama asalnya. Pada tahun ini UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA amat bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah program yang amat meriah untuk semua belia Malaysia.

Seperti juga tahun lepas, pembukaan acara bagi tahun ini akan dimulakan dengan acara "MALAM BELIA BERSELAWAT" bersesuaian pembukaannya pada hari jumaat ini. Diharap pada hari jumaat ini sekali lagi, ribuan para belia seluruh negara dapat memenuhi perkarangan Padang Kawad Universiti Putra Malaysia untuk menyaksikan sekali lagi sejarah yang bakal dicipta oleh Belia-belia seluruh negara.

ACARA HARI PERTAMA:

JUMAAT  ( 13/05/2016 )

03.00ptg hingga 05.00ptg
- Persembahan Nasyid 

07.20mlm hingga 09.00mlm
- Solat Maghrib
- Tazkirah Perdana
- Solat Isya

09.00mlm hingga 11.00mlm
- Majlis Selawat
- Tausiyah


No comments:

Post a comment

Member BSK