Beliau berkata, majoriti seba­nyak 9,191 undi merupakan satu keputusan yang tidak disangka apatah lagi beliau bermula sebagai calon ‘underdog’ dalam PRK itu yang menyaksikan pertan­dingan tiga penjuru melibatkan calon Pas dan PAN.
“Bagaimanapun, berkat soko­ngan rakyat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh jentera BN, saya berjaya memenangi PRK ini.

“Saya lebih suka mengambil pendekatan berorientasikan rakyat, kerana di situ kita tahu akan kehendak dan keperluan mereka.

“Politik bagi saya apa yang menentukannya adalah kerja keras,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan PRK itu di Dewan Seri Bernam di sini hari ini.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman menewaskan calon Pas dan PAN dengan majoriti 9,191 undi.

Budiman memperoleh 16,800 undi mengatasi Azhar Ab. Shukur daripada PAN yang memperoleh 7,609 undi, diikuti calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman yang meraih 6,902 undi.

Keputusan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Khairuddin Md. Som.