Jumlah Pengunjung

Monday 22 August 2016

UMNO IPOH TIMOR BANTAH CADANGAN GILA CUEPACS !!!


IPOH 21 Ogos - Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

KETUA UMNO BAHAGIAN IPOH TIMOR Dato Haji Azian Bin Haji Osman berkata, cadangan tersebut perlu ditolak kerana bakal melambatkan proses kenaikan pangkat bagi kakitangan yang lain dan menyekat peluang pekerjaan khususnya kepada lepasan institusi pengajian tinggi.

"Sebelum ini kita menyokong tindakan kerajaan menaikkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60, tetapi bila dicadangkan naik sehingga 62 tahun, ia cadangan yang amat keterlaluan.

"Apabila yang di atas tidak keluar-keluar, yang di bawah macam mana hendak naik kerana kenaikan pangkat akan menjadi lambat untuk mereka yang di bawah," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timor di sini hari ini.



Beliau mengulas usul Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ipoh Timor yang mahu kerajaan menolak cadangan CUEPACS kerana jika dilaksanakan ia akan menghalang peluang golongan muda mendapat peluang pekerjaan dan seterusnya akan menyukarkan usaha mengurangkan pengangguran di negara kita.

Dato Azian yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor berkata, kenaikan umur persaraan dianggap tidak lagi relevan kerana keupayaan fizikal seseorang individu yang berusia lebih 60 tahun semakin berkurangan.

"Tenaga pun dah kurang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan, berlainan dengan ahli politik kerana selagi orang suka kalau dah berumur 70 tahun pun boleh lagi berkhidmat kerana telah dipilih oleh rakyat," katanya.

Sebelum ini, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Beliau berkata, kebanyakan negara seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, Eropah serta Amerika Syarikat melanjutkan usia persaraan penjawat awam mereka kepada 65 tahun. - BERNAMA

1 comment:

  1. CEUPEC ni semakin gilakan duit nampaknya. Meluat betulah. Berilah peluang orang muda hidup. Malaysia tak perlu mencontohi negara lain jika kesannya lebih negatif dari positif. Lagipun suasana di negara lain tu tak sama dengan negara kita.

    ReplyDelete

Member BSK