Jumlah Pengunjung

Showing posts with label aaron aziz. Show all posts
Showing posts with label aaron aziz. Show all posts

Thursday, 6 July 2017

MIDAH SERANG MESYUARAT KETUA-KETUA BAHAGIAN BERSATU PERAK!!!

Hiasan

Kecoh malam tadi bila beberapa cerita keluar sendiri dari mulut ahli-ahli Pribumi Bersatu Perak apabila Datuk Hamidah yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menyerang satu mesyuarat ketua-ketua Bahagian Pribumi Bersatu Perak. Mesyuarat yang sedang di jalankan di satu kawasan di Taman Meru Ipoh Perak itu telah bertukar menjadi kecoh apabila Datuk hamidah masuk dan mempertikaikan kelayakan beberapa ketua Bahagian yang hadir mesyuarat pada malam itu.

Beberapa ketua Bahagian Bersatu Perak juga turut mempertikaikan kehadiran Datuk Hamidah ke mesyuarat itu kerana sememangnya beliau tidak pernah dijemput tambahan pula kehadirannya telah mencetuskan kekecohan. Kekecohan menjadi semakin tegang apabila perang mulut mula terjadi antara Ketua Sri Kandi Bahagian Tambun bersama Datuk Hamidah, apabila Ketua Sri Kandi Tambun mencadangkan penubuhan Sri Kandi Bahagian Gopeng, dan keadaan tidak dapat ditenteramkan sehingga membuatkan air botol melayang membaling antara satu sama lain. Nampak juga kepuasan beberapa pengikut Datuk Hamidah terutamanya adik datuk Hamidah ( RUJUKSINI ) ( SINI ) dan ( SINI ) apabila beberapa komen di status facebook miliknya menampakkan lagi kejadian baling botol air memang berlaku pada waktu itu.

Ramai ahli-ahli Bersatu Perak mula mempertikaikan mengapa Datuk Hamidah harus menyerang mesyuarat mereka sedangkan dia dan orang-orangnya sebelum ini yang diketuai oleh adik iparnya (Suami kepada Hamizura) telah membuat sidang akhbar untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum ini.

Suami Hamizura (Azrul) yang merupakan adik ipar kepada Datuk hamidah semasa membuat sidang akhbar mendesak Presiden Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.


Makin pening dan kelam kabut Parti Pribumi Bersatu ini yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan sudah mula bercakaran sama sendiri. Dan seperti kebiasaannya juga, bila terjadi sesuatu musibah begini mereka akan mula menyalahkan UMNO dalam pergaduhan mereka untuk menutup kudis kurap pada punggung mereka sendiri. Pelikkan ? UMNO juga yang salah..


Pergaduhan antara datuk Hamidah dengan Ketua Armada Bersatu Malaysia

Pergaduhan antara Ketua Armada Bersatu Malaysia dengan Datuk Hamidah


Hurmm... entah apa la yang difikirkan oleh 2 orang pemimpin Bersatu ni..
Semua sudah gaduh sama sendiri..




Tuesday, 1 October 2013

GEMPAR... AARON AZIZ MENINGGAL DUNIA ???



Laporan berhubung kematian pelakon popular Aaron Aziz ketika bermain luncur salji di sebuah resort terkenal di Switzeland adalah palsu semata-mata.

Isteri kepada pelakon berusia 37 tahun itu, Diyana Halik berkata, laporan tersebut tidak benar sama sekali kerana Aaron kini sedang berada di Cape Town, Afrika Selatan dan bukannya di Switzerland.
"Berita itu palsu, Aaron sihat dan berada di Cape Town untuk penggambaran program Fear Factor untuk terbitan Astro. Dia bukannya di lokasi disebut dalam artikel tersebut," jelas Diyana melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Berita berhubung kematian pelakon berasal dari Singapura itu tersebar sejak semalam selepas laporan itu dikeluarkan oleh laman web "Global Associated News" yang kemudian mendapat perhatian meluas di laman-laman sosial lain.

Menurut laman web berkenaan, pelakon itu dikatakan gagal mengawal papan luncur salji sebelum terlanggar sebatang pokok ketika meluncur dengan laju dan gagal diselamatkan akibat kecederaan parah.
Bagaimanapun kami  mendapati "Global Associated News" yang menggunakan pautan networkedblogs.com/PyyPs itu merupakan sebuah laman web palsu.






Member BSK