Kecoh semalam bila penahanan Yusuf Azmi dan Ali menjadi
bualan hangat pengikut setia mereka di Facebook dan alam maya mereka, kononnya
penahanan mereka oleh pihak polis adalah tindakan yang tidak sepatutnya
terhadap mereka yang mengakui mereka adalah pejuang islam yang mempertahankan
hak rakyat Malaysia.
Amat pelik bagi aku bila penahanan mereka seolah-olah mereka
dizalimi oleh kerajaan. Aku bukanlah mahu mempertahankan tindakan Datuk Kabi
yang menipu orang ramai dalam kes kereta pajak sebelum ini, namun aku
berpendapat tindakan Datuk Kabi untuk mendakwa Yusuf Azmi dan Ali atas
kesalahan menceroboh premisnya adalah betul. Bagi aku peguam Datuk Kabi bijak
untuk mendakwa Yusuf Azmi dan Ali atas kesalahan menceroboh premis mengikut
undang-undang.
Bila amarah sudah tidak boleh dikawal dan dendam mula
menguasai diri, apa sahaja jalan dan cara mesti mereka lakukan untuk menganayai
pihak musuh mereka. Aku lihat sendiri video ucapan dari Yusuf Azmi pagi tadi yang
seolah mula tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan bila penahanan mereka
seolah langsung tidak dibantu malahan Yusuf Azmi bersama rakannya mula mengugut
mahu menghasut rakyat pada pilihanraya akan datang. Kedengaran juga seolah
Yusuf Azmi mahu bertanding pilihanraya dan mahu mendaftarkan PPIM sebagai
sebuah parti politik.
Wahai Yusuf Azmi, aku rasa dah elok sangat kamu tu jadi
pemimpin politik kerana sejak akhir-akhir ini aku makin menampakkan tindakan
kamu sekarang seolah mahu bermain politik (rasanya Yusuf Azmi faham maksud aku
ni) dan tak perlulah berselindung lagi dengan nama Persatuan Islam. Janganlah
jadikan penyokong kamu itu TAKSUB kepada kamu, kerana sifat TAKSUB itu haram
bagi agama islam. Sekiranya benarlah Yusuf Azmi dan kawan-kawannya mahu
berjuang dan mempertahankan Islam, kenapa kenyataan SITI KASIM yang
terang-terang menghina agama islam dan memperlekehkan agama islam langsung tidak
dilawan ? Adakah Yusuf Azmi TAKUT BERHADAPAN DENGAN SITI KASIM ?
Ok, berbalik pada cerita Datuk Kabi, sepatutnya Yusuf Azmi
tahu, sesiapa sahaja yang menceroboh premis atau kediaman orang boleh didakwa
dimahkamah. Polis juga sekiranya mahu memasuki rumah atau premis orang haruslah
mendapatkan waran dari pihak mahkamah terlebih dahulu. Akhir cerita, aku
sarankan Yusuf Azmi dan rakan-rakan daftarlah persatuan anda menjadi sebuah
parti politik, tak perlu ugut-ugut lagi, itu pun kalau Yusuf Azmi ni
benar-benar JANTAN la.. Takut lepas pilihanraya nanti Yusuf Azmi dan
rakan-rakan pun dah malas nak tolong rakyat Malaysia. Nak dekat pilihanraya ni
biasalah.. Semua orang nak jadi HERO…
Harap Yusuf Azmi dan pengikutnya boleh klik dan baca kenyataan dari Armand khas untuk kes penahanannya..
No comments:
Post a Comment