Jumlah Pengunjung

Friday 17 November 2017

5 KUBAH EXPO NEGARAKU YANG TERCANTIK !!! #ExpoNegaraku #ExpoNegaraku2017



Melangkah ke kubah pertama Ekspo Negaraku 2017 bagai memasuki dunia baharu yang jauh ke hadapan melangkaui masa.

Sofa empuk menanti pengunjung. Duduklah dengan selesa dan tumpukan perhatian ke layar besar bagi mengikuti kisah Alia. Siapa Alia? Cari jawapannya ada di Dataran Merdeka.

Dengan tema 'Tuah Dikongsi Bersama', Kubah 1 adalah permulaan kembara pengunjung dalam laluan menghayati limpahan nikmat pembangunan dan kemajuan negara yang ada kalanya tidak dihargai seperti sepatutnya.



Generasi pasca merdeka pasti sukar membayangkan kisah negara bertuah ini bermula,namun mereka juga mempunyai tanggungjawab berat dalam memastikan kemajuan sedia ada berlipat ganda apabila mengambil alih teraju pimpinan masa depan.

Kesedaran itu membawa pengunjung ke Kubah 2.Evolusi infrastruktur dan pengangkutan awam menjadi paksi segmen diberi tema 'Kemudahan Infrastruktur',bermula dari darat merentasi udara.



Kubah 3 bertema ‘Kehidupan dan Kesejahteraan' Kalangan pengunjung Generasi X (Gen-X) pasti tersenyum sendiri mengimbau kenangan silam tatkala melihat deretan telefon talian tetap yang digunakan sekitar era 1960-an hingga 1990-an memenuhi ruang pameran dan pastikan anda menjawab deringan,kalau-kalau berpeluang mendengar sendiri suara pemimpin negara.

Pelbagai sesi interaktif seiring ledakan teknologi massa semestinya membangkitkan keinginan pengunjung untuk cuba menyelami kemajuan hanya dengan sentuhan di hujung jari, selain mendengar amanat dan pesanan berguna ke arah bersama mensejahterakan Malaysia.

Kubah 4 yang berteraskan 'Gaya Hidup Malaysia' menjanjikan pengharapan besar rakyat negara ini dalam membentuk masa depan gemilang,bersandarkan kemajuan mencakupi darat hingga udara.



Tiada ruang yang dipinggirkan daripada arus kemajuan,malah perhatian sama rata diberi terhadap pembangunan infrastruktur pelancongan serta kebudayaan supaya semua lapisan masyarakat mengecapi limpahan rahmat kemerdekaan.

Tema 'Masa Depan Gemilang' menanti di Kubah 5.Ambil sedikit masa untuk berlapang dada bagi menyingkap segala nikmat kemajuan yang sudah sebati dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, hingga ada masanya kita terlalai untuk menghargai.

Dicetuskan hasil ilham Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak,buat julung kalinya ekspo dalam skala besar itu dizahirkan untuk segenap peringkat usia dengan pelbagai pengisian - bukti yang menunjukkan pembangunan negara dilaksanakan secara inklusif.

Seperti dikatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ekspo Negara 2017 :

“Ini adalah gambaran masa depan Malaysia dan segala-galanya harus bermula hari ini."

Di sebalik pengalaman menakjubkan Ekspo Negaraku 2017,terselit pelbagai mesej berharga untuk dijadikan azimat ke arah membawa Malaysia meluncur laju mengharungi pelbagai cabaran.

Paling utama,Ekspo Negaraku 2017 membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memberi yang terbaik buat kira-kira 32 juta rakyatnya tanpa batasan kaum, lokasi atau apa saja sempadan yang menjadi ukuran perbezaan buatan manusia.

Tempoh sebulan yang diberi,bermula semalam hingga 15 Disember memadai untuk anda memperuntukkan sekurang-kurangnya sekali berada di Dataran Merdeka dan berkongsi kebanggaan bergelar rakyat Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Member BSK