Jumlah Pengunjung

Showing posts with label #ExpoNegaraku. Show all posts
Showing posts with label #ExpoNegaraku. Show all posts

Friday, 17 November 2017

5 KUBAH EXPO NEGARAKU YANG TERCANTIK !!! #ExpoNegaraku #ExpoNegaraku2017



Melangkah ke kubah pertama Ekspo Negaraku 2017 bagai memasuki dunia baharu yang jauh ke hadapan melangkaui masa.

Sofa empuk menanti pengunjung. Duduklah dengan selesa dan tumpukan perhatian ke layar besar bagi mengikuti kisah Alia. Siapa Alia? Cari jawapannya ada di Dataran Merdeka.

Dengan tema 'Tuah Dikongsi Bersama', Kubah 1 adalah permulaan kembara pengunjung dalam laluan menghayati limpahan nikmat pembangunan dan kemajuan negara yang ada kalanya tidak dihargai seperti sepatutnya.



Generasi pasca merdeka pasti sukar membayangkan kisah negara bertuah ini bermula,namun mereka juga mempunyai tanggungjawab berat dalam memastikan kemajuan sedia ada berlipat ganda apabila mengambil alih teraju pimpinan masa depan.

Kesedaran itu membawa pengunjung ke Kubah 2.Evolusi infrastruktur dan pengangkutan awam menjadi paksi segmen diberi tema 'Kemudahan Infrastruktur',bermula dari darat merentasi udara.



Kubah 3 bertema ‘Kehidupan dan Kesejahteraan' Kalangan pengunjung Generasi X (Gen-X) pasti tersenyum sendiri mengimbau kenangan silam tatkala melihat deretan telefon talian tetap yang digunakan sekitar era 1960-an hingga 1990-an memenuhi ruang pameran dan pastikan anda menjawab deringan,kalau-kalau berpeluang mendengar sendiri suara pemimpin negara.

Pelbagai sesi interaktif seiring ledakan teknologi massa semestinya membangkitkan keinginan pengunjung untuk cuba menyelami kemajuan hanya dengan sentuhan di hujung jari, selain mendengar amanat dan pesanan berguna ke arah bersama mensejahterakan Malaysia.

Kubah 4 yang berteraskan 'Gaya Hidup Malaysia' menjanjikan pengharapan besar rakyat negara ini dalam membentuk masa depan gemilang,bersandarkan kemajuan mencakupi darat hingga udara.



Tiada ruang yang dipinggirkan daripada arus kemajuan,malah perhatian sama rata diberi terhadap pembangunan infrastruktur pelancongan serta kebudayaan supaya semua lapisan masyarakat mengecapi limpahan rahmat kemerdekaan.

Tema 'Masa Depan Gemilang' menanti di Kubah 5.Ambil sedikit masa untuk berlapang dada bagi menyingkap segala nikmat kemajuan yang sudah sebati dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, hingga ada masanya kita terlalai untuk menghargai.

Dicetuskan hasil ilham Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak,buat julung kalinya ekspo dalam skala besar itu dizahirkan untuk segenap peringkat usia dengan pelbagai pengisian - bukti yang menunjukkan pembangunan negara dilaksanakan secara inklusif.

Seperti dikatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ekspo Negara 2017 :

“Ini adalah gambaran masa depan Malaysia dan segala-galanya harus bermula hari ini."

Di sebalik pengalaman menakjubkan Ekspo Negaraku 2017,terselit pelbagai mesej berharga untuk dijadikan azimat ke arah membawa Malaysia meluncur laju mengharungi pelbagai cabaran.

Paling utama,Ekspo Negaraku 2017 membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memberi yang terbaik buat kira-kira 32 juta rakyatnya tanpa batasan kaum, lokasi atau apa saja sempadan yang menjadi ukuran perbezaan buatan manusia.

Tempoh sebulan yang diberi,bermula semalam hingga 15 Disember memadai untuk anda memperuntukkan sekurang-kurangnya sekali berada di Dataran Merdeka dan berkongsi kebanggaan bergelar rakyat Malaysia!

Thursday, 16 November 2017

DATARAN MERDEKA TUMPUAN TARIKAN EXPO NEGARAKU !!! #ExpoNegaraku2017 #ExpoNegaraku



Pameran infrastruktur berskala besar, Ekspo Negaraku 2017 dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM diadakan selama sebulan di Dataran Merdeka bermula 15 Nov'17 sehingga 15 Dec'17.

#EkspoNegaraKu2017 berlangsung selama sebulan dibuka secara percuma setiap hari bermula jam 10:00AM hingga 10:00PM.

Ekspo ini adalah ilham PM DS Najib Razak. Beliau berhasrat agar ekspo ini menjadi wadah terbaik untuk rakyat melihat, mendengar dan merasai sendiri segala pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang dihasilkan oleh kerajaan.



Ekspo ini mampu menjadi satu bingkisan gambaran sejauh mana kemajuan yang sudah kita capai hasil usaha kepemimpinan pihak kerajaan dan sokongan padu yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dewan pameran sementara itu bakal menarik perhatian ramai kerana ia dibina berasaskan teknologi canggih.

"Bangunan ini akan dibina menggunakan lima kubah geodesi yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara iaitu kubah pertama berkonsepkan seperti sebuah teater; kubah kedua, berbentuk ruang pameran bervisual yang menggunakan teknologi elektronik.



Kubah ketiga juga berbentuk ruang pameran tetapi menonjolkan kejayaan program dan inisiatif dalam meringankan kos sara hidup rakyat; manakala kubah keempat dan kelima berkonsepkan pusat video interaktif.

Pengunjung juga dihiburkan dengan pelbagai acara menarik pada setiap hujung minggu termasuklah pertandingan futsal, zumba, pasar malam, KL Go Cart dan sukan rakyat.

Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi ekspo kerana kedudukannya yang sangat strategik untuk orang ramai selain akses kepada kemudahan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (#MRT), transit aliran ringan (#LRT), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan bas

Bagi mereka yang berada di luar Lembah Klang yang berminat untuk melawat Ekspo Negaraku boleh menulis secara rasmi kepada urus setia untuk urusan khas bagi pengangkutan dan penginapan ke exponegaraku@gmail.com atau hubungi 016 868 9830.



Member BSK