Jumlah Pengunjung

Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Sunday, 3 December 2017

RM2 JUTA KANTOI HARGA KONDO ANAK SAUDARA AZMIN ALI!!!


1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham didedahkan di masih sempat melepaskan diri.


2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram. 


3. Pelbagai aduan termasuk aduan Ummi Hafilda adik Azmin kepada SPRM turut dibuat sekian lama, malah dikatakan setahun SPRM menyiasat kes Nuzul Fadli ini. Akhirnya pada 29 November 2017 'Aboy' ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur. Tiada kerja tapi mampu tinggal di Kondomium mewah G- Residence berharga sekitar RM857k hingga RM2 juta.Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.

Thursday, 2 January 2014

BINI BOMOH MANJOI IPOH KANTOI DENGAN DUA BUDAK LELAKI !!!



Polis berjaya menahan seorang wanita bersama tiga remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah kedai telefon bimbit di Jalan Baru, kampung Tengku Hussin, Manjoi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pasukan bertindak D4, Ibu Pejabat Polis Daerah diketuai Inspektor Azrulhazrin Mahiding  menahan dua remaja berusia 18 dan 19 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, ia susulan kejadian yang dilaporkan oleh seorang peniaga telefon bimbit yang mengalami kerugian kira-kira RM25,000 apabila kehilangan kad tambah nilai prabayar dan pelbagai telefon bimbit pada 11 Disember lalu.

Menurutnya, hasil tangkapan itu membawa ke sebuah rumah yang didiami wanita berusia 29 tahun dan menahan seorang lagi remaja berusia 18 tahun.

“Polis telah merampas 70 pelbagai kad tambah nilai prabayar, sembilan telefon bimbit, dua tablet dan sebuah penghisap shisha di rumah wanita yang didiami bersama suaminya yang merupakan seorang bomoh.

“Hasil maklumat orang awam itu, polis dapat menyelesaikan kes pecah kedai telefon bimbit di kawasan terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Difahamkan, ibu kepada dua anak terbabit dipercayai menjadi ‘master mind’ dan remaja-remaja yang suka ‘lepak’ di rumahnya itu pula memasuki kedai terbabit.

Ketika ditahan, suami wanita terbabit yang merupakan pengamal perubatan tradisional tidak mengetahui kegiatan sebenar isterinya itu bersama rakan-rakannya.

Paramasivam berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek baru berjinak dalam aktiviti itu setelah didapati tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

“Barangan curi itu dijual semula sebelum dibahagikan hasilnya dan ada yang dipakai untuk kegunaan sendiri terutama telefon bimbit terbabit.

“Namun, ujian awal saringan urin mendapati kesemua suspek negatif dadah dan kesemua mereka ditahan reman sehingga 25 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menunjukkan puluhan kad tambah nilai prabayar yang dirampas dari empat suspek kepada Paramasivam (kiri).

Tuesday, 12 November 2013

MAT BANGLA KANTOI SEDANG SEKS DENGAN PATUNG !!! MACAM GAMPANG....



Permaisuri: Sekumpulan lelaki warga asing dipercayai menjadikan alat boneka seks sebagai pemuas nafsu serakah susulan penemuan pelbagai alat perangsang seks dan anak patung menyerupai wanita dalam serbuan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah rumah kongsi di Kampung Telaga Putat, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu Mohd Shahrir Khalil berkata, pelbagai peralatan itu ditemui dalam sebuah kotak yang disembunyikan di salah sebuah bilik dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus membongkar aktiviti ‘gelap’ penghuni di rumah kongsi berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, seorang daripada penghuni mengakui semua peralatan seks itu miliknya dan turut digunakan rakannya yang lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

“Walaupun warga asing itu mengaku hanya akan mencari peralatan itu bagi memuaskan nafsu dan tidak membabitkan wanita, kita bimbang ia membahayakan anak-anak gadis tempatan di lokasi berhampiran jika dibiarkan berleluasa.

SEBAHAGIAN daripada pekerja asing yang ditahan.

“Jika aktiviti tidak bermoral ini tidak dibendung, ia boleh mendatangkan bahaya kerana lokasi rumah kongsi ini begitu hampir dengan kawasan perkampungan.



Saturday, 28 September 2013

KENA TANGKAP TENGAH BAIK PUNYA !!!



“Jangan macam ni bang, nanti mak saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.

Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.

Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.

Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut tinggal di hotel itu seorang diri.

“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar dan akan pulang selepas itu.

“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya, di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.


Wednesday, 19 June 2013

BUDAK IPOH KANTOI BELI PISTOL !!!



Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu.
Pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumahnya berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan kurier yang dipesan remaja itu.

Lebih mengejutkan, kesemua senjata yang dibeli remaja itu bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88.
Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pihaknya masih menyiasat motif dan sumber kewangan remaja bawah umur itu membeli senjata tiruan berkenaan.

Beliau berkata, remaja terbabit ditahan susulan rampasan lapan senjata tiruan import tanpa permit yang dikesan selepas pemeriksaan dilakukan mesin pengimbas di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh di sini.
"Antara senjata yang dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu adalah jenis M16, raifal MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik," katanya dalam sidang akhbar hari ini. 

Mohd. Nasir berkata, remaja terbabit telah dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 manakala pihaknya sedang mengesan individu lain terlibat dengan pembelian tiga lagi senjata tiruan yang dirampas.
"Kesemua senjata tiruan berkenaan menyerupai senjata sebenar, berkualiti tinggi dan boleh membawa maut jika disalahgunakan. Kebanyakan senjata itu menggunakan peluru getah manakala raifal MP5 menggunakan peluru tembaga," ujarnya.




Thursday, 7 February 2013

YB Pembangkang Kantoi Simpan Gambar Lucah Isteri Dalam Handfone !!!



YB Mohd Ariffin Abdullah adalah YB yang sering menjadi topik pembangkang yang sememangnya suka menangguk di air keruh.Beberapa kali beliau menjadi sasaran putar belit yang di buat oleh PAS.

Mengambil isu rumah kotak yang diutarakan oleh Buletin online, Angin melihat betapa buruknya sikap manusia yang cuba membesarkan perkara tersebut tanpa memberikan fakta yangsebenar (kisah ini akan Angin ceritakan dalam artikel yang akan datang)

Selepas isu rumah kotak, sekali lagi YB Zakaria atau lebih mesti dengan panggilan Pak Ya menjadi bahan serangan apabila kes tuntutan cerai dibuat oleh isteri kedua beliau yang di panggil Kak Mas (sila rujuk video kak mas dalam youtube).

Kak Mas membuat tuntutan cerai di mahkamah alasan Pak Ya tidak menjaga  air muka keluarga mereka. Yang menyedihkan Kak Mas menyatakan bagaimana beliau melihat handphone PakYa dan melihat kemaluan seorang perempuan. dan apabila ditanya kepada Pak Ya, Pak Ya mengaku bahawa itu adalah isteri beliau.

Perihal kemaluan di dalam handphone telah menjadi bahan perbualan di dalam fb dan lain-lain. Ianya begitu diperbesarkan seolah-olah Pak Ya telah melakukan kesalahan besar.

Angin ini bertanya sekali lagi... Gambar itu gambar siapa?? jawapannya...gambar seorang isteri yang sah kepada suaminya. 

Persoalan yang ingin Angin timbulkan kenapa dibuat seolah-olah satu kesalahan melihat "barang" kepunyaan isteri yang halal di sisi ALLAH?? Gambar itu pula hanya dilihat oleh isteri kedua dan suaminya. Tidak dilihat oleh orang lain termasuk orang-orang yang bawa perkara ini ke FB.  Orang-orang ini, mungkin pernah melihat sendiri video-video pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dengan China Doll atau perbualan antara Mat Sabu dengan isteri orang atau Badrol Amin yang ditangkap khalwat bersama isteri orang di dalam bilik di sebuah hotel di awal pagi. Semua itu perbuatan HARAM!!!

Sebaliknya mereka menyatakan bahawa mereka tidak percaya kepada video-video tersebut yang dianggap besi karat. Inilah sebenarnya sifat manusia yang tidak nampak gajah dihadapan mata tapi melihat kuman diseberang laut.

Apa salahnya Pak Ya sebenarnya? Bukankah Pak Ya boleh berkahwin 4 sekiranya Pak Ya mampu?? Dengki ke Pak Ya dapat nikah dengan kakak kepada penyanyi rock terkenal Ella??

Angin : kadang-kadang heran jugak.. apabla kena ke puok dia, bukan main dia kata tak baik buruk-burukkan orang, tak baik buka aib orang. Kena ke dia plak,  bukan main dia perbesar-besarkan kisah rumah tangga orang. macam kawan angin kata, yang halal dia bising yang buat perkara haram dia nok susuk bawah karpet. Kepada Pak Ya teruskan perjuangan membela rakyat kerana Pak Ya tidak melakukan perkara yang boleh memesongkan akidah atau berdosa di sisiNya.





Member BSK